Sunday, October 16, 2016

Vacay #3: Pulau Langkawi

Assalamualaikum =)

*tarik nafas dalam dalam sebab lama tak type* kaitan?hahaha


So, back to the title I will share 3 days 2 nights of our vacation at Langkawi Island. Yeehaaaa!

Memandangkan 2015/2016 adalah tahun akhir sebagai student degree kitorang, so plan nak g bercuti tu membuak-buak, yelah apa orang kata "to keep as memory" gittuw. So, kalau nak citer plan memang panjang jadi kite terus jela ke hari pertama. Btw, meh akak perkenalkan trip buddies akak dulu okay?


From left: Yan-Ana-Diba-Adilla 

6 Nov 2015

Perjalanan pergi-balik kitorang di'sponsor' oleh Air Asia tambang murah dengan duit poket masing2. Hahaha. Flight pergi kitorang ambik malam (5 Nov 2015) sebab time tu je murah tapi jgan tanya harga sebab for sure la dah lupa. ngeh3. Then, kitorang tidur di hotel 21/2 bintang di Pantai Chenang. Hotel ni kitorang tempah by Agoda, dengan harga +- 80/malam. Kereta pulak kitorang sewa viva auto melalui kenalan dengan harga +- 100 utk 2 hari . Minyak tak tercampur ye kengkawan. 

So, bangun pagi, there you go nampak dah pantai yang cantik sangat. Betul, tak tipu! Apa lagi, isi perut dulu lepas tu terus shoot ke Langkawi Sky Cab. Kitorang beli tiket standard RM 30 (include  SkyCab dan SkyDome). SkyDome ni adalah tayangan 3D. Not badlah bagi first experience. Lepas tu, barulah dapat naik cable car. Masa mula2 nak naik tu cuaca dah tak menentu, hujan rintik2 ditambah pulak dengan jerebu. Tapi, alhamdulillah sampai dekat atas, tak hujan. 







Petang tu, kitorang ambik feel orang Langkawi, melawat pantai sambil makan2 laksa. Our first day not doing so much activity because of raining. Just jalan2 di sekitar Pantai Chenang, cuci mata dekat kedai2 dan survey island hopping untuk keesokkan harinya. Gladly, we get the best price which RM 25/person di service AB Marine & Water Sport


7 Nov 2015

Hari kedua maksudnya full-day of activity. Lepas sarapan, kitorang tunggu guider yang nak bawak ke Island Hopping. Island Hopping ni termasuk Beras Basah Island-Eagle feeding-Tasik Dayang Bunting. Lebih kurang pukul 9 pagi setelah diberi short taklimat, maka bergeraklah kitorang ke destinasi pertama Pulau Beras Basah. Masa yang diperuntukkan adalah sejam. Kalau nak mandi dekat sini pun boleh, tapi kitorang save for the last. hehehe


Our love just for nature


Peghangai apa ni tak taw la. Hahaha

Then, Eagle feeding. Eagle feeding ni sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting. Memang banyak sangat helang time tu sampai tak tersempat tangkap gambar. Kitorang juga diberi info bagaimana nama tasik dayang bunting mendapat nama. Just see the picture then you will know how it get its name. 

Image result for gambar bukit dayang bunting



Bayaran RM 10 (bayaran masuk+sewa life jacket)

Lebih kurang 2 jam plus2 buat aktiviti Island Hopping, then terus shoot mencari tempat makan. Penat main air, perut pun meragamlah minta diisi. Sebab kitorang nak mencari makanan berlauk, makanya geraklah ke Pekan Kuah. Habis makan, next destinasi adalah MARDI Agro Park Langkawi. Dekat sini tujuan paling utama semestinya nak makan buah-buahan yang fresh dari pokok. 


Muka kenyang+burn hasil main air laut

Last aktiviti untuk hari kedua adalah menikmati keindahan pantai Chenang. Sambil sambil tu, kitorang cuba aktiviti parasailing. Seriously, this is one of my wishlist dan dalam cuak neves tu, akak beranikan diri nak mencuba. hehehe. Harga tak silap RM 60. Kalau korang jalan sekitar tu pun banyak package yang diorang tawar. Tinggal nak pilih je. Pandai bargain, boleh dapat lagi murah.


Gambar dulu dengan beach boy katanya. Hahaha


8 Nov 2015

Pagi2 dah siap packing barang, then check out hotel. Disebabkan last day, plan kitorang nak berjalan2 di sekitar Pekan Kuah. Melawat tempat2 menarik dan tangkap gambar buat kenangan. Contohnya, jeti. Hehe. Paling penting sebelum meninggalkan Pulau Langkawi, selain berjumpa dengan helang yang besar amat, haruslah singgah ke Kompleks Haji Ismail Group. Haaa, kalau nak tau kompleks ni menempatkan pelbagai barangan yang duty-free. So, dari pinggan mangkuk, luggage dan coklat biskut2 semua ada. Untuk mak2 of coz pinggan mangkuk jadi pilihan. Untuk akak pulak, awaklah! Ehh..silap2 coklat. Heheheh. 


Dalam tak sedar, satu luggage jugak kitorang beli coklat.

Oh ya, sebelum balik kitorang ada singgah di perkampungan Beras Terbakar. So, dekat situ, ada kedai2 jual baju, cenderamata dan juga sedikit sejarah bagaimana Beras Terbakar mendapat nama. Dan of coz, sebelum ke airport, sempatlah kitorang menjamah laksa. Sebab dikatakan laksa tepi airport ni sedap. Tapi, yang mana satu pun tak tau. Cumanya, yang kitorang makan ni agak kurang umph sikit, mungkin yang lagi satu kot. Hahahah. Overall, percutian bajet kitorang ni, sangatlah puas dan seronok. Paling penting dalam mana2 percutian, semua kena take part dan enjoy tak kiralah dalam atau luar negara. 

Lastly, thank you for reading and see you in another post. Love.





p/s: Jika ada fakta/sejarah tempat yang salah mohon dimaafkan, sebab this vacation almost a year. hehehe