Monday, December 31, 2012

50th in 31 december 2012

Yes!its 50th right now(betul ke idok grammar ni.hehe)apa yang 50th?umur?tidakkkkk!Muda lagi taw walaupun pada hakikatnya hampir mencecah angka duapuloh tahun.hehe. Merdeka?haish hang dah duduk kat Malaysia ni berapa tahun dah.sejarah Malaysia takkan tak ingat.bukak buku balik. baiklah2 sebelum diri ni kena 'pang' ngan tangan-tangan yang terpilih, biarlah aku mengumumkan yang bilangan post untuk blog SHAFIQAH ADILLA ini telah mencecah ke angka 50.yeay!bigh clap for me!





"Thank you2 for those who supported me from beginning until today ,to my parents...".ok ucapan ni memang tak tahan, berperasan konon2 dapat awards tapi abaikan saja .wah tidak kusangka dalam kemalas malasan aku untuk menulis ditambah pula dengan kekangan waktu yang kadangkala tidak mengizinkan untuk menaip, dan semestinya ingatan dan idea2 yang kurang genius dapat juga aku berterus2 terusan untuk menaip. dan ini mungkin merupakan post yang terakhir untuk tahun ini ada rezeki, ada jodoh kita jumpa lagi tahun hadapan.hehe

Dah alang-alang berceghita pasal tahun hadapan, yes today is the last day of the year of 2012 Masihi. And tomorrow will be gonna 1st January 2013. Pagi ni bukak radio , topik utama adalah azam dan perkara2 yang berlaku sepanjang tahun 2012. Macam2 cceghta ada yang mempunyai nasib baik dan tak kurang juga yang kurang bernasib baik. For me, perkara yang lepas usah kita bangkitkan apatah lagi dibicarakan. tapi cuba kita ambik dari side yang positif.

Perkara yang baik. Yes, mesti semua orang gembira dengan kebaikan yang berlaku terhadap diri kita. Tapi bilamana perkara yang baik digembar-gemburkan ditakuti ianya menjadi riak. mungkin ada yang kata just for sharing. yela benda baik mestilah kongsikan.yang penting niyat di hati. moga2 apa yang dikongsikan akan memberi kebaikan kepada mereka yang mendengar.

Perkara yang kurang baik. Sedih woo bila nak cerita, so, kebanyakan daripada kita lebih banyak mendiamkan diri dan hanya AKU DAN ALLAH sahaja yang tahu.kan..?tapi tak salah untuk kita cerita dan kongsikan. mungkin apa yang terjadi ke atas diri kita boleh menjdi pengajaran ke atas mereka. dengan perkara2 macam ni jugak kita akan lebih dekat pada Allah sebab kita akan banyak bermuhasabah diri kita. tapi harus ingat bebanyak kali yang ingat Allah bukan hanya pada waktu susah sahaja.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Masih belum terlewat untuk kita berubah. perbaharui niat dan moga2 apa yang berlaku pada tahun ni dapat dijadikan pengajaran yang berguna. semoga tahun hadapan lebih baik keseluruhannya. memang benar manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. kerana sebaik2 perancangan adalah perancangan DIA. tapi merancang itu bukankah lebih baik daripada tiada?

Jadi, akhir kata(wah ni dah macam ucapan guru besar plak dah.haha) ..jangan kamu berani keluar rumah pada jam 1159 malam ni, kerna sekurang2nya kamu akan balik pada tahun hadapan.ok taw ni ayat2 cliche tapi terima jela...maafkan segala kekurangan empunya blog ni ..hehe. till now, see again on the next post. In sha Allah.

Sunday, December 30, 2012

Akhirnya jalan pulang telah kutemui.

Assalamualaikum,=)

Hye awak2 semua.."kitew da selamat sampai ke kolej ..."(baca dengan tahap gedik yang paling maksima.haha) tapi dont worry be happy tuan empunya blog ni tak gediks taw! ., as usual sebelum ni ,aku kan sedang ber'Study week' dan telah mengambil keputusan untuk study di rumah. Satu keputusan  yang membuatkan orang tanya berkali2.

         " boleh ke study kat rumah?"
        "dengan tv ,laptop, ish..kalau aku tak boleh."

Ha..macam tulah lebih kurang kawan2 ku yang awesome berkata2..tapi mungkin aku dah terbiasa tak balik malah tak mendapat tentangan daripada kedua ibu bapakku makanya selamatlah aku sampai ke rumah.haha..kesian roommate aku yang sorang tu, tertinggal sorang2 kat bilik selama beberapa hari.

Dan akhirnya , bila balik memang kena perli baik punyalah ngan roommate.

     "ingatkan dah tak jumpa jalan balik.."
     "eh2..budak baru ke..baru register ea."
     "sesat ke tadi."

Tapi, bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa" .dah biasa da. tak kisah pun sebab tu tandanya diorang sayang kat aku, rindu lah tu.kan2.haha.tapi sebenarnya tak kisah lah study kat mana..mungkin ada yang selesa study kat rumah sebab semuanya ada, dan mungkin dah terbiasa. dan berkemungkinan mereka yang tak boleh study di rumah disebabkan banyaknya halangan yang tak boleh dielakkan.hambik kau banyak betul kemungkinannya.hehe. but thats from my point of view.

Paling penting, kat mana pun kita berada kita mengalami proses pembelajaran. tak gitu?hehe.so, cakap banyak pun mungkin korang tak dapat dengar , nak menulis panjang2 takut tak terhabis pulak entry ni .makanya sampai sini jelah entry kali ni.


p/s :nak gtaw je dah balik dan selamat sampaike kolej kediaman tercinta. doakanlah moga2 tuan tanah kedaung ni dapat study baik2 di sini.keep smile!

Saturday, December 29, 2012

dont disturb me!

Assalamualaikum =)


Heyya happy weekends!

Sekarang bilik sedang dikerumuni oleh sang semut bersama tentera tenteranya yang mengikut perintah,*sigh.

Dan ini merupakan AMANAT khas dari tuan punya bilik untuk semut2 sekalian.(walaupun semut2 tu mungkin tak baca blog ni dan rasa macam imposssibble pulak kan dia nak bukak laptop, tekan url blog ni and so on.tapi harapnya link antara kami kuat dan amanat ini selamat sampai.)

1.Wahai semutS2..haruslah ada S plural kan.haha silalah keluar dari bilik ni, dah tak tahu nak buat camane.

2. Wahai semutS2..saya masih lagi mempunyai tahap kesabaran untuk tidak mencederakan kalian dengan pukul mahupun menggunakan ridset(tibe2 tak sure plak ngan ejaan ni, but do I care, bukannya spell it right kan.hehe)

3. Wahai semutS2..walaupun kalian terkenal dengan kerajinan bersama bala-bala tentera kalian tapi kalau nak berperang mencari makanan sekalipun pun janganlah di bilik saya,bilik saya tiada gula mahupun benda2 manis melainkan tuan empunya badan,opps, terlebih suda, agak2 kalo ada yang nak trmuntah, jauh2 ye.hehe

4. Wahai semutS2..pergilah kaliannnn.!3x.bersama gemaan.haha




Till now, and hope you enjoy it!


p/s :ceghita ini tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah kembali.