Assalamualaikum,,
What is double S's ?teka la!masih ad mase lgi, alright straight forward it means Sabar dan Syukur. and I guess something that sabar itu adalah lebih mudah daripada syukur. betul k?Waallahua'alam, tapi cuba kita ambil satu contoh. satu je.tak banyak pon. huhu,:)
Situasinye seperti berikut:
Seorang pelajar yang sedang menunggu result exam, setelah berhempas pulas mungkin selama bertahun2, dia yakin yang dia akan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan ,orang kata penantian itu suatu penyeksaan, tapi baginya penantian yang penuh sabar itu, insyaAllah akan membawa suatu yang baik. akhirnya, hari yang ditunggu2 tiba..dengan hati yang berdebar2, mengharapkan keputusan yang bakal diterima adalah yang terbaik, tetapi apakan daya perancangan Allah itu adalah lebih baik, keputusan yang diterima tidaklah seperti yang diharapkan. Maka, bermulalah satu episod yang mane empunya diri rasa seperti tidak mampu untuk meneruskan hidup lagi, rasa bersalah yang teramat sangat, dan akhirnya menyesalll!
Nmpak tak bagaimana sabar itu dan bagaimana syukur itu, manusia boleh menunggu bertahun2 tapi jarang sekali kita lihat manusia bersyukur sepanjang masa, walaupun dilanda ujian. dan itulah yang membezakan antara manusia dan nabi, sebagaimana yang kita tahu ,Nabi walaupun dilanda pelbagai ujian walau sebesar zarah sekalipun tetap bersyukur kerna baginya ujian itu suatu bentuk penghapus dosa dan penguat diri, tetapi bagaimana pula kita?tepuk dada,tanya iman!tetapi tidaklah saya katakan disini kita tidak boleh sentiasa bersyukur seperti Nabi, kita boleh!ye.bkan mudah utk kita melakukan sesuatu yang baik, bisikan syaitan itu sentiasa ada, tetapi sebagai manusia practice itu sangat penting.
Wujudnya mata untuk kita melihat. melihat pada Ciptaan Allah, Maksiat?Nauzubillahiminzalikk, minta dijauhkan, wujudnya telinga untuk kita mendengar pada perkara kebaikan.Azan,Ceramah agama, nasihat yang baik. wujudnya hidung untuk kita menghidu. wujudnya mulut untuk kita bercakap,makan dan minum, cakaplah sesuatu yang boleh membawa kebaikan, ringankanlah mulut untuk sentiasa mengalunkan bacaan suci Al-quran walau sepotong ayat, makan dan minumlah sesuatu yang halal malah baik untuk kesihatnmu. wujudnya sepasang kaki dan tanganmu adalh untuk melangkah ke tempat yang suci dan membantu saudara islam mu yang lain. Ya Allah, terima kasih pada kesemua nikmat yang Engkau limpahkan, jauhkanlah diriku, keluargaku serta saudara Islamku yang lain dari lalai mengucap syukur padaMU,
InsyaALLAH ,moga entry kali ini dapat mendekatkan diri kita padaNYA dan sentiasa bersyukur walau ap yang terjadi, sesungguhnya, CIK DILLA juga bukanlah seorg yang sempurna ,malah sedang berusaha utk ke arah yang lebih baik juga,dan maaf kan CIK DILLA andai ad kekasaran bahasa dan isi yang kurang memuaskan pada tulisan kali ini. ada jodoh,kita jumpa lagi.
Assalamualaikum,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment