Wednesday, February 20, 2013

Saat hati diruntun pilu



Aku hanyalah insan biasa yang lemah,
tidak punya apa-apa keistimewaan sehingga menjadi buruan manusia lain,
kecewakah aku?menangiskah aku? tatkala tiada semua itu?
Ya, jujur ku katakan,sekelumit perasaan itu tetap ada,
tetapi,aku percaya dengan janji-janji -Mu,
semua keistimewaan itu hanyalah sementara,
sementara di dunia dan tidak kekal di akhirat sana.

Sangat hina diriku di mata-Mu sekiranya tiada perasaan syukur,
semakin lama aku menyulusuri kehidupan di dunia pinjaman-Mu ini,
semakin banyak yang ku pelajari,
Kini, aku sedang berusaha untuk mensyukuri dengan setiap yang Engkau kurniakan padaku,
berusaha moga-moga ianya berterusan,
bukanlah aku mencari-Mu tatkala badai melanda tetapi biarlah aku mencari-Mu tatkala senang juga.
Aku tidak mahu menambahkah kehinaanku di mata-Mu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan mudah untuk memuaskan hati manusia lain,
lain yang diharapkan,lain yang menjadi,
maaf andai apa yang kau harapkan padaku tidak seperti yang kau inginkan,
itulah aku!
mungkin kau rasa diriku ini membosankan,tidak seperti mereka yang lain,
itulah aku!
Kini, aku bersyukur sekali lagi kerna punya mereka yang sudi menemaniku,
aku tidak mahu mencari api, kerna aku hanya mahu mencari air,
aku tidak mahu mencari lawan, kerna aku hanya mahu mencari kawan.

Terima kasih kawanku, kerana menerima diri ini seadanya,
terima segala kekurangan dan bersama dalam setiap kesusahan,
menjadi penguat semangat tatkala lunturnya semangat .




p/s :sedang asyik menaip, tidak sedar ada butir-butir kaca yang jatuh.kenapakah?





Sunday, February 17, 2013

Perkara normal sebagai seorang pelajar

Assalamualaikum =)

Tetiba jari terasa kejanggalannye untuk menaip setelah sekian lama tidak mengepost sesuatu yang baru di blog ini. Orang kata kalau cuti, kompom banyak bebenor ceritanya , tapi lain pulak ngan aku, tetiba otak ni rasa tepu dan kosong sebab tak tahu nak mulakan camana. Manusia macam2 fi'ilnya.hewhewhew

Seperti kebanyakan pelajar2 univ. seangkatan aku,sudah semestinya esok(18 feb) menjadi hari baru untuk memulakan sem baru. Aku juga tidak terkecuali. (dah kenapa aku rasa macam jadi pemberita sekejap) So, kalau korang tanya aku apa persiapan untuk masuk ke sem baru, aku akan kata sebenarnya persiapan aku lebih kepada mental.Kenapa mental je?Fizikal tak nak persiapkan ke?Mana ada mental je.fizikal sekalilah cuma mental tu lebih sikit. Macam nak memasak, mesti ada bahan yang kita kasi lebih sikit kan.*ok ,takde kene mengena.

Mental dan fizikal memang tak dapat dipisahkan. Tapi sepanjang pengamatan aku..chewah..segala2nya bermula dari mental. Dari mental turun ke fizikal.(ada ke ?)Mental kata BOLEH, fizikal pasti kata SEMESTINYA BOLEH.Nampak tak dua kali ganda kebolehannya. Dan tak salah kalau cakap yang saya, nama seperti yang tertera di kad pengenalan telah selamat kembali ke kolej.huaaa.rasa cuti macam tak cukup.ok la tu cik dilla oii, cuti lama2 lgi nanti, tak gerak2 otak tu.

Akhir kata walaupun sebenarnya menaip, wish all of u best of luck for new semester,new target dan macam2 new lagi. Tanamkan dalam diri belajar lillahi ta'ala(untuk diri sendiri jugak), dan enjoy waktu2 belajar di univ, opps enjoy yang berhemah .



Atuk bulat gelaran diberi,
Alhamdulillah dah selamat keluar wad.sihat2 selalu ye,tuk


p/s :plain is white

Friday, February 1, 2013

Rezeki di pagi Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum dan Bismillah ;)


 Hye February 2013!

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam menikmati 1/1/2013, tuptuptaptap harini dah masuk 1/2/2013 bersamaan hari Jumaat. Allright, straight to the titik hari ni saya dan ibu telah pergi ke bank dengan satu tujuan yang UTAMA tiada yang lain ;untuk membayar bil. Bil?Hello, apa itu bil?Hello maaf ini bukan kaunter pertanyaan!okey da start merapu.haha. Bil macam bil eletrik, api, air, astro dan lain2 lah kan,just named a few.

Jadi nak dijadikan cerita di pagi Jumaat, ibu saya drive dan sebagai pertukaran sayalah yang kena bayar bil2 itu semua. bukan malas nak drive tapi kecuakan telah melanda, yela bawak 3 orang anak orang,nanti jadi apa2 saya jugak yang innocent ni dipersalahkan.harharhar.

Sebagai teman, saya ajak sorang anak asuhan yang ibu saya jaga, kira yang paling rapat ngan sayalah pergi jalan sama2. tak taulah orang tengok saya ni macam kakak yang bawak adik ke or ibu muda yang bawak anak dia jalan berdua sebab suami pergi kerja .TETTTT-_-(rekaan semata-mata)

Dipendekkan cerita, nasib baiklah orang tak ramai kat dalam bank tu, so jimat sikit masa, dari menunggu, duduk punya duduk sambil mata tengok sekeliling, tiba-tiba datang seorang atuk yang bertongkat ni,saya tahu dia baru habis urusan di kaunter, dan memberi sekeping not rm5 kepada adik saya, katanya "nah, ambil ni buat belanja beli jajan"(dengan nada yang lembut) .Saya pun senyum jela sebab dia bagi kat adik saya. Tapi, satu ketidaknormalan pada adik saya ni, dia tolak duit tu, amalan yang bagus ,adik!hehe. Mungkin sebab dia tak kenal atuk tu.

Lepas tu, dia bagi kat saya pulak.Saya pun tolak lah dengan cara yang baik. Segan lah nak terima duit macam tu je kan, tapi atuk tu tetap bagi, katanya "ambil2, ikhlas ni." At the end, saya end up pemberian atuk tu dengan ucapan terima kasih dan terima duit tu bagi pihak adik saya.

Then , bila saya cakap dengan ibu saya, ibu saya terkejut dan ketawa sebab ingatkan saya main2 tapi bila tunjuk bukti ,baru ibu saya percaya. Ibu kata ini rezeki budak-budak nak2 hari ni hari Jumaat. Rezeki masing-masing kita tak tahu, mungkin juga mak/ayah adik saya pernah lakukan perkara yang sama,then the same things goes towards their son.

So, pengajaran dekat sini, amalan baik ,akan dibalas baik. Kadang2 apa yang kita lakukan sekarang, kesan dia tak semestinya berlaku waktu sekarang, mungkin esok,lusa, tahun depan atau infinity kita tak tahu.Paling penting,






Last but not least,always SAY