Wednesday, February 20, 2013

Saat hati diruntun pilu



Aku hanyalah insan biasa yang lemah,
tidak punya apa-apa keistimewaan sehingga menjadi buruan manusia lain,
kecewakah aku?menangiskah aku? tatkala tiada semua itu?
Ya, jujur ku katakan,sekelumit perasaan itu tetap ada,
tetapi,aku percaya dengan janji-janji -Mu,
semua keistimewaan itu hanyalah sementara,
sementara di dunia dan tidak kekal di akhirat sana.

Sangat hina diriku di mata-Mu sekiranya tiada perasaan syukur,
semakin lama aku menyulusuri kehidupan di dunia pinjaman-Mu ini,
semakin banyak yang ku pelajari,
Kini, aku sedang berusaha untuk mensyukuri dengan setiap yang Engkau kurniakan padaku,
berusaha moga-moga ianya berterusan,
bukanlah aku mencari-Mu tatkala badai melanda tetapi biarlah aku mencari-Mu tatkala senang juga.
Aku tidak mahu menambahkah kehinaanku di mata-Mu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan mudah untuk memuaskan hati manusia lain,
lain yang diharapkan,lain yang menjadi,
maaf andai apa yang kau harapkan padaku tidak seperti yang kau inginkan,
itulah aku!
mungkin kau rasa diriku ini membosankan,tidak seperti mereka yang lain,
itulah aku!
Kini, aku bersyukur sekali lagi kerna punya mereka yang sudi menemaniku,
aku tidak mahu mencari api, kerna aku hanya mahu mencari air,
aku tidak mahu mencari lawan, kerna aku hanya mahu mencari kawan.

Terima kasih kawanku, kerana menerima diri ini seadanya,
terima segala kekurangan dan bersama dalam setiap kesusahan,
menjadi penguat semangat tatkala lunturnya semangat .




p/s :sedang asyik menaip, tidak sedar ada butir-butir kaca yang jatuh.kenapakah?





No comments:

Post a Comment