Saturday, February 15, 2014

Syukur 21

Assalamualaikum  =)

Hai hai!

*sambil lambai tangan naa

Dulu, time sekolah selalu terfikir, nak buat dan pergi rombongan. Tapi bukan rombongan yang biasa-biasa ni macam pergi KLCC(walaupun ianya mercu tanda Malaysia), Pusat Sains Negara yang ada roket besar-besar tu, ada kena mengena k?haha. sebaliknya rombongan seperti khidmat komuniti. But, alhamdulillah, tahun lepas, 2013, dapat juga merasai pengalaman tersebut.

Ke mana dan dimana and what happened?Lets chekidaut!




Bertempat di suatu tempat di Seremban kalau tak silap,hehe, tak ingat pulak nama rumah ni . Sorry for my bad memory. Tapi,takpe let we called it as Rumah Kasih okayyy. 









Meet with the owner of this house.





Bersama adik-adik Rumah Kasih.

Mengikut apa yang diceritakan, adik-adik yang tinggal dekat sini semuanya dalam lingkungan 7-12 tahun. Dan tak semua antara diorang yang tidak bernasib baik seperti ketiadaan ibu-bapa. Ada antara mereka yang masih mempunyai ibu-bapa. Cuma ketidaksempurnaan dalam keluarga yang berlaku seperti masalah keluarga yang membawa mereka ke sini. Walaupun dengan keadaan yang berlaku, satu perkara yang nampak ketara pada mereka adalah kematangan. Yepp, mereka masih lagi ada sifat kebudak-budakan, cuma untuk certain2 perkara, mereka bertindak matang. Itu yang membuatkan akak salutesangat dekat korang.



Okay, its time to work. Cari kerja masing-masing. Well in this early 20th, hehe kami mengambil keputusan untuk masak sendiri dengan kudrat masing-masing untuk bilangan yang ramai. Percaya ke tidak? Kena percaya!

Menu : Tom yam, paprik, ayam goreng Upin Ipin.hehe




Yang lelaki and some girls, take parts sesi cat mengecat dinding. Alhamdulillah its getting yellowish.
 Kuning, kan warna diraja.hehe.






"Sesungguhnya, sembahyang jemaah itu lebih baik dari sembahyang sendirian."

Dekat sini, mereka telah diajar untuk sembahyang berjemaah setiap waktu solat. Kecik-kecik bila dah diajar macam ni, in sha Allah akak doakan semoga berterusan sampai bila-bila. Ini pun akak salutesangat !



Khusyuknya mendengar adik-adik! Ni sebelum start Game. Kata buat program dengan adik-adik kan. Mestilah ada game.



Nampak tak siap ada persembahan lagi daripada adik-adik ni. Memang awesome sangat performance korang walaupun akak dapat tengok sikit je. Suke yang main deram tu. Haha. Akak bagi empatbintang.(ala-ala nora danish gittu)



Sesi menanam pokok oleh Madam Ju, our lecturer sebagai simbolik pada program kali ini. 



At last, its a wrap! Thumbs up.

Yess, thumbs up kepada kami! Alhamdulillah dengan jayanya, program kali ni berjalan dengan lancar walaupun ada shiki-shikit masalah, well kitorang kan gagah, mestilah boleh harunginya. tibe-tibe!haha. 

Disebabkan lagi beberapa hari je nak masuk sem baru, cerita sem lepas harus berakhir disini. Its quite tough for last semester but indeed i've got new experience and memory and this is the precious one. Bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan, sebab kadang-kadang nikmat yang kita dapat, tak semua dapat.


Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
 Surah As-Sajdah:9



Diam itu tandanya berfikir.

Assalamualaikum =)

Begitu banyak pilihan sampai bingung untuk memilih,
Nak A ke B ke C ke mahupun Z?
Owh perlukan masa untuk berfikir,
Jangan salahkan pilihan yang banyak kalau lambat untuk memberi keputusan,
Itu bukan caranya.

Yang bertanya,
Sabar itu kuncinya,
Mereka bukan seperti yang kamu mahu,
Bukankah peribahasa ada menyebut,
                  "Rambut sama hitam, hati lain-lain"
Itulah faktanya, luaran nampak sama tapi yang dalam
hanya Dia yang tahu.

Kalau dulu, orang tua-tua kata,
diam tanda setuju,
kita tak boleh nak bantah ,
Sebab mereka terlebih dahulu makan garam,
Tapi, sekarang zaman millenium,
Makna Diam tu dah UP sikit,
Sebab tandanya berfikir.

Berfikir mencari yang terbaik,
Bukan untuk kesempurnaan seratus peratus,
Sebab sempurna itu akan datang selepas yang terbaik.




Monday, February 10, 2014

M I M P I S E M A L A M

Assalamualaikum,

Mimpi itu,
Datang lagi,
Datang sekadar menjengah atau punya maksud?
Aku tidak mengerti.

Saat aku tersedar dari lena,
Mengucap panjang menyebut namaMu,
Tak tahu apa yang harus ku lakukan,
Terduduk, diam mendalami mimpi itu.
Memilih sama ada mimpi itu suatu petanda atau 
hanya mainan tidur.
Sukar untuk ditafsir.