Showing posts with label nurani. Show all posts
Showing posts with label nurani. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

Terbalik

Assalamualaikum =)



 ,namaz rihka ainud
,habureb gnay tagnas kaynab
,radup naik ulam tafiS
,rajekid nikam ainud gnaY
,rajekid aynurahes gnaY
,gnibma-gnabmuret nakraibid
,ALLAHU
,uknafalihkek naknupmA
 ,ukiurubmecem kadit asam agoM
  ,umiskap adap ilabmek uka kutnU
.IZINKAN AKU






Monday, April 7, 2014

Kifarah

Assalamualaikum,


Sakit itu KIFARAH,
Susah itu KIFARAH,
Jauh itu pun KIFARAH,
Lemah juga KIFARAH,
Dan dalam banyak hal jugak, semuanya ada kaitan dengan 
K I F A R A H
Ianya antara kita, 
Sedar atau tidak,
Leka atau lena,
Terjelepok atau terduduk tanpa kata.








Saturday, February 15, 2014

Syukur 21

Assalamualaikum  =)

Hai hai!

*sambil lambai tangan naa

Dulu, time sekolah selalu terfikir, nak buat dan pergi rombongan. Tapi bukan rombongan yang biasa-biasa ni macam pergi KLCC(walaupun ianya mercu tanda Malaysia), Pusat Sains Negara yang ada roket besar-besar tu, ada kena mengena k?haha. sebaliknya rombongan seperti khidmat komuniti. But, alhamdulillah, tahun lepas, 2013, dapat juga merasai pengalaman tersebut.

Ke mana dan dimana and what happened?Lets chekidaut!




Bertempat di suatu tempat di Seremban kalau tak silap,hehe, tak ingat pulak nama rumah ni . Sorry for my bad memory. Tapi,takpe let we called it as Rumah Kasih okayyy. 









Meet with the owner of this house.





Bersama adik-adik Rumah Kasih.

Mengikut apa yang diceritakan, adik-adik yang tinggal dekat sini semuanya dalam lingkungan 7-12 tahun. Dan tak semua antara diorang yang tidak bernasib baik seperti ketiadaan ibu-bapa. Ada antara mereka yang masih mempunyai ibu-bapa. Cuma ketidaksempurnaan dalam keluarga yang berlaku seperti masalah keluarga yang membawa mereka ke sini. Walaupun dengan keadaan yang berlaku, satu perkara yang nampak ketara pada mereka adalah kematangan. Yepp, mereka masih lagi ada sifat kebudak-budakan, cuma untuk certain2 perkara, mereka bertindak matang. Itu yang membuatkan akak salutesangat dekat korang.



Okay, its time to work. Cari kerja masing-masing. Well in this early 20th, hehe kami mengambil keputusan untuk masak sendiri dengan kudrat masing-masing untuk bilangan yang ramai. Percaya ke tidak? Kena percaya!

Menu : Tom yam, paprik, ayam goreng Upin Ipin.hehe




Yang lelaki and some girls, take parts sesi cat mengecat dinding. Alhamdulillah its getting yellowish.
 Kuning, kan warna diraja.hehe.






"Sesungguhnya, sembahyang jemaah itu lebih baik dari sembahyang sendirian."

Dekat sini, mereka telah diajar untuk sembahyang berjemaah setiap waktu solat. Kecik-kecik bila dah diajar macam ni, in sha Allah akak doakan semoga berterusan sampai bila-bila. Ini pun akak salutesangat !



Khusyuknya mendengar adik-adik! Ni sebelum start Game. Kata buat program dengan adik-adik kan. Mestilah ada game.



Nampak tak siap ada persembahan lagi daripada adik-adik ni. Memang awesome sangat performance korang walaupun akak dapat tengok sikit je. Suke yang main deram tu. Haha. Akak bagi empatbintang.(ala-ala nora danish gittu)



Sesi menanam pokok oleh Madam Ju, our lecturer sebagai simbolik pada program kali ini. 



At last, its a wrap! Thumbs up.

Yess, thumbs up kepada kami! Alhamdulillah dengan jayanya, program kali ni berjalan dengan lancar walaupun ada shiki-shikit masalah, well kitorang kan gagah, mestilah boleh harunginya. tibe-tibe!haha. 

Disebabkan lagi beberapa hari je nak masuk sem baru, cerita sem lepas harus berakhir disini. Its quite tough for last semester but indeed i've got new experience and memory and this is the precious one. Bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan, sebab kadang-kadang nikmat yang kita dapat, tak semua dapat.


Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
 Surah As-Sajdah:9



Friday, May 10, 2013

Rejab datang sebelum Ramadhan

Assalamualaikum =)


It has been a while I didnt share something yang bersifat kerohanian kan???an an an?*bajet cute jap. so, i've decided to share THIS and I hope kita semua dapat manfaat daripadanya.

Dari Riwayat Al-Thabrani dr Said b Rsyid

“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun…


Masha Allah, betapa besarnya ganjaran puasa di bulan Rejab dan tahukah anda semua(ya anda yang dihadapan laptop mahupun di tepi laptop) esok, 11 Mei adalah bersamaan 1 Rejab, how fast time flies!(ini tarikh Malaysia la)
Banyak sebenarnya amalan2 yang boleh kita amalkan sementelahan Rejab merupakan salah satu bulan suci. Antara amalan yang disunatkan adalah puasa dan memperbanyakkan Istighfar.

Kenapa kita disunatkan berpuasa?
  • Sebagai persediaan untuk puasa wajib pada bulan Ramadhan
  • Kerana padanya penuh kebaikan ;
    • puasa satu hari(mendapat keredhaan yang besar drpd Allah)
    • puasa dua hari(dilipatkangandakan pahalanya)
    • puasa tiga hari(dijadikan parit yang panjang untuk menghala ke neraka)
    • puasa empat hari(dia'afiatkan daripada bala dan penyakit yang besar)
    • puasa lima hari(aman daripada azab kubr)
    • puasa enam hari(keluar dari kubr dgan mka yang bercahaya)
    • just name a few dan kalau nak baca yang lebih lagi bolehlah ke LINK ini
Istighfar itu banyak. dan semestinya Istighfar itu banyak kebaikannya apatah lagi di bulan Rejab.

  • Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:
    • Astaghfirullah al-'Adheemal-ladhi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih (I seek the forgiveness of Allah the Mighty, Whom there is none worthy except Him, the Living, The Eternal, and I repent unto Him)
  • Kedua: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan petang sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:
    • Rabbighfirli wa tub alayya (My Lord, forgive me and pardon me; Thou art the Pardoning and the Forgiving One)
  • Ketiga: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”
    •  Lailâha illallâh (1000 kali).
  • Keempat :Membaca doa bulan Rejab



Ya ,sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.In sha Allah, sama2lah kita memperbanyakkan amalan2 sunat pada bulan Rejab ini. Sesungguhnya,  setiap perkara yang kita lakukan dengan niat padaNya, walau sekecil zarah sekalipun, Dia Maha Mengetahui. Bukan pada mata manusia yakni hambaNya yang kita mahu tunjukkan , tetapi pada mata Dia yang mencipta.

Feel free to practice!


Thursday, December 27, 2012

Go go Chaiyok!

Assalamualaikum,.


Some said "The key to success is making your dreams come true.” 




 And your dream is not one miles,it is 93 miles away.
It is a long journey.



Long journey is nothing BECAUSE,,




AND ..




IN SHA ALLAH.
 PRAY
RELAX
AND LETS ALLAH TAKE OVER.



p/s :memberi semangat buat diri sendiri.

Wednesday, November 14, 2012

New Book

Assalamualaikum w.b.t,,

Salam Maal Hijrah 1434 Hijriah

Masjid Brunei


Alhamdulillah, by the time korang baca entry ni, bermaksud kita-we-nahnu sama2 dah melangkah ke tahun baru Islam. dan mungkin dah terlewat untuk aku post kan doa akhir tahun dan awal tahun ,tapi sure2 readers2 ku yang awesome2 lagi comells ni da baca tadi before maghrib dan lepas maghrib kan.Alhamdulillah sekali lagi!

Biasanya bila masuk tahun baru tak kira la tahun baru Masihi ke Hijriah ke.orang mesti tanya.." apa azam anda tahun baru ni?"."apa pembaharuan yang akan anda lakukan?".apa perubahan yang bakal dilakukan?" (ada gaya wartawan-to-be tak?hehe)

Confirm ada yang boleh jawab dan ad yang tergagap2 kan..same thing goes to me.For me, either new year or not, everyday is a new day .so, tak semestinya bila tahun baru kita kena ada azam baru.agak2 azam tahun2 sebelumnya dah tercapai ke?kalau ada yang dah mencapainya dan mengecapi, tahniah kerana anda dah meletakkan satu tempoh untuk azam tu dan korang dah berjaya lakukannya.tapi, macamana kalau azam yang korang buat tak tercapai?????

Its okay.nothing to worry!bukanlah bermaksud kita tergolong dalam mereka yang gagal dalam mencapai azam .tapi sebaliknya ALLAH sedang memberi kita peluang lagi untuk mengejar dan mencapai azam .mungkin kita dapat merasai kemanisannya lebih dari sebelumnya.

Jadi, bila azam dahulu masih tak tercapai, janganlah kita kuburkan azam tu, buang jauh2, luputkan dari ingatan,*ayat memang nak sarcastic..that's why its me.huihui.sebaliknya, kita proceed sampai kita capai azam tu,itukan lebih baik dari kita niat azam baru, tapi at the same time azam lama tak tercapai. nak lagi cantik dan molek.kita perbaiki apa yang kurang, dan cantikkan apa yang senget2..(ha..kepala tu kene senget gak.hehe)

Tapi, azam yang kita buat tu haruslah disertakan sekali dengan usaha, kalo berazam tinggi langit, tapi usaha takde, janganlah salahkan orang lain bila azam yang korang buat tu tak tercapai. sebenarnya semuanya reflects towards us, apa yang terjadi adalah daripada kita, Allah membantu kita dari setiap sudut, position, angle, sisi, kita berusaha.Chaiyok!

Again,Salam Maal Hijrah 1434H.maafkan segala salah silap tuan tanah kedaung ni dalam berbicara. its time to open new book and jadikan segala perkara yang berlaku sebelum ni sebagai satu panduan ke arah hidup yang lebih sempurna in future.Insha Allah.

Thanks for reading.:)

Friday, November 9, 2012

Aku Manusia Lemah

Assalamualaikum w.b.t,,

yayy. hari ini again and again aku menaip post in midnight dimana semua manusia sedang tidur dan burung hantu sedang berkeliaran.hahaha, scary tak?dan aku?macam biasa lah, waktu tidur masih tak menentu,

So, just a random post yang mana tiba tiba aku tergerak hati nak berkongsi pandangan aku tentang manusia. yes manusia itu dijadkan oleh Allah semuanya sama, asal yang sama dan kedudukan yang sama, cuma yang membezakan adalah Iman dan ketaqwaan. mungkin aku bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat or something else yang related towards religion, tapi apa yang nak aku kongsi adalah satu perasaan yang mana semua orang mengalami.iaitu sedih.

Mesti korang rasa macam nak pang laju laju je kan kat tuan tanah ni..haruslah semua orang ada perasaan sedih kann.haish, tak normal la seseorang tu kalau takde perasaan camni. tapi perasaan sedih yang aku nak ceghita ni adalah sedih kehilangan seseorang yang kita sayang. adakah orang yang kita sayang tu kita hanya sayang semata2?selama kita berkawan dengan dia ?mungkin kita sendiri tak perasaan yang mana sebenarnya kita sendiri bergantung harap pada mereka. mesti korang macam pening2 kan apa yang makcik ni mbebel kan.takpe2.hehe

Just take an example, bila kita dah berkawan rapat dengan dia atau hidup dengan dia, seboleh2nya perkara yang kita boleh lakukan seorang diri , kita masih perlukan dia di sisi kita, sebab kita rasa kita tak boleh buat dan need somebody that we trust, we love to help.then, bila dia jauh, jauh, dan jauh dari kita ,kita rasakan satu kehilangan yang teramat.dan perasaan sedih yang tak terhenti.

Jadi, korang rasa kenapa boleh terjadinya perkara macam ni?sebab kita dah letakkan dia sebagai orang yang kita bergantung harap. jadi, bila tempat untuk kita bergantung harap dah hilang, kita rasa macam loss and tak tau apa yang tinggal dalam hidup kita lagi. tapi kita tak sedar sebenarnya tempat bergantung harap kita yang kekal ada bersama kita, iaitu Allah. Dia sentiasa bersama kita, tak pernah meninggalkan kita walau sesaat, tak pernah membiarkan kita terumbang ambing dalam kesusahan tanpa menunjukkan jalan keluar.cuma kita, manusia dari ciptaan Dia, hambaNya, kadang kadang lupa pada Dia.





Kita diberi peluang hidup untuk melihat dunia, bukan semata2 melihat dengan sepasang mata, tapi sebenarnya melihat dengan mata hati.berusaha menjadi yang terbaik sebagai bekalan diSANA.kadang2 bila kita terlalu meletakkan seseorang itu penting untuk kita,kita lupa Dia yang lebih penting.memang betul kita harus mengamalkan 'hablu minaAllah wahablu minaAnnas' tapi jangan sesekali kita lupa yang paling utama adalah Dia.

Kadang2 aku sendiri terlupa ,dan sebenarnya tujuan aku menulis ini pun sebagai peringatan untuk aku, dan seboleh2nya harap korang yang membaca dapat manfaat bersama , mungkin ada kekhilafan pada penulisan dan kata-kata.jadi mohon maaf atas kekhilafan tersebut. Good night and sleep well!

Saturday, October 6, 2012

Matahari itu besar dan terang.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi

Hari ini mood sangat baik untuk mengUpdate blog.Kenapa?rasanya takde apa2 sebab yang berkaitan dan yang penting munasabah.(haha).tapi tiba2 terfikir ada ke sesuatu yang terjadi hadir tanpa sebab. ke memang ada sebab atau diri ini yang tak dapat  cari sebab tu.huh parah kalo camtu ceghitanya.in fact, every single thing that happen towards us has their own reason !sama ada kita sedar atau tak.kan2.

So, kali ni cik dilla nak kongsi satu ilmu yang cik dilla dapat melalui pembacaan. saya memamg suka membaca, apa2 genre pun saya layan, samalah jugak bila dengar lagu, even tonton drama pun, kira Universal lah,hehe.yang penting apa yang baik kita ikut, apa yang kurang elok janganlah ikut kan.hehe dan novel yang cik dilla baca ni bertajuk Matahari karya Hilal Asyraf,tawu2 novel ni dah lama, cik dilla yang  tertinggal train,btw briefing sikit lah tentang novel ni.

novel ni tajuk je Matahari tapi bukan cerita tentang Matahari atau The Sun yang kita belajar tu, pasal gerhana matahari ke, berputar di paksi ke, bukan2,!sebaliknya apa yang penulis rasakan dari hati tentang matahari yang menyinar hidup seseorang, yang menjadi pemancar kegelapan dll.novel ni merupakan koleksi cerpen yang mempunyai maksud tersirat berkaitan matahari.

my roommate bagi pinjam

Dan salah satu cerpen yang betul2 reflect towards me adalah Hari-hari terakhir.haaaa.mesti korang dah terfikir yang ni sad ending kan?salah2.mula2 cik dilla pun fikir camtu tapi bila dah go through cerpen ni berlaku yang sebaliknya.Happy ending lah.ada banyak nilai2 yang cik dilla nak kongsi.

1.Redha 

R.e.d.h.a!bersangka baik terhadap Allah.Insha Allah kita mampu melalui segala onak duri .itulah yang berlaku kepada sang suami apabila menerima berita sang isteri yang dikahwini tidak sampai 3 bulan menghidap kanser hati.dan hanya mampu untuk hidup sebulan sahaja lagi.Walaupun sedih tapi dia tetap redha dan menerima segala kemungkinan yang berlaku.

2.Tidak berputus asa

Walaupun mengetahui sang isteri tidak mampu hiduplama, tetapi sang suami tetap percaya pada janji Allah yang akan mengabulkan segala doa hambanya.oleh sebab itu, sang suami tidak berhenti2 berdoa di MEKAH, agar Allah sembuhkan isterinya .

3.Mungkin hari ini hari terakhir buat kita

Yang ni mungkin bukan nilai, tapi satu peringatan dan muhasabah buat kita semua termasuklah diri cik dilla yang hina lagi kerdil ni.setiap orang akan menghadapi saat kematian, itu adalah pasti.yang tidak pasti adalah bila, dimana, bagaimana kita menghadapi saaat dicabut nyawa itu.cukupkah amalan kita yang hendak dibawa,banyakkah kebajikan yang kita buat sebelum ni.semua ini adalah muhasabah diri.
bilamana kita sentiasa mengingat mati, mungkin kita akan lebih menghargai setiap saat, minit dan jam yang kita lalui.

4. Allah itu Maha PEMURAH

DIA telah mengabulkan doa sang suami untuk hidup bersama isterinya.and yess, sang isteri bebas dari kanser hati, sangat pelik tapi itulah kebenaran dan buki kekuasaan Allah.Doa itu senjata umat Islam. tanpa disedari juga doa sang isteri juga dimakbulkan iaitu agar sang suami mendapat isteri yang solehah, penyayang sebagai pengganti dirinya. dan orang itu adalah si isteri sendiriز

5.Kegembiraan yang berganda

Yang ni termasuk ending sekali lah, alhamdulillah lepas sang isteri dibuktikan bebas dari kanser hati, si isteri disahkan mengandung dan akhirnya kedua2nya mendapat anak kembar.lelaki dan perempuan.itulah kebahagiaan yang tidak dijangka yang Allah kurniakan buat mereka.

 Mungkin ada yang rasa ceerpen ni biasa je, tapi mungkin bagi sesetengah orang macam cik dilla merasakan yang lain.cuma harapan cik dilla, bagi korang yang membaca, harapnya, kedatangan ke post ni, mata yang tertumpu pada penulisan ini, mendapat sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dan tidak sia2.niat dihati untuk berkongsi.lain masa, lain lembaran kita jumpa lagi.

Terima kasih kerana membaca!

Sunday, September 23, 2012

The power of du'a !

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, praise be to Allah, !It almost a month i've been here, in university officially as a degree student. to-be called undergraduate student, life is not an enjoyable as we think, the more deeper we through on the track of our life, the more challenge we face.

So, back to my life as a degree's student,,whoaaaa, actually there's a lot story to tell. firstly, getting a HPV's injection for free, yayy bertambah lah kesan injection on my left arm, haha, then i've lost my precious spectacles. oh my God! how come I want to study especially in lecture hall where the lecture commonly use projector, buttttt! i've got the new one! recently on last tuesday..the grey one,hehe,*excited

But, in life normally the good things will not forever long-lasting!right? sometimes , it need to be exchangeable, the same thing goes towards me. have you ever heard our mom's said or somebody that older than us "jangan suka-suka sangat, nanti lama-lama nangis"(something like that lah,do know the exactly one.hehe)

So, when the things like that happen to us, what exactly we did?maybe telling to someone that we trust, mostly to our friend, or our siblings or maybe our parents. so, it is up to us. for me, when the things happen to me, and i am far away from my family, i cant tell them.the reason is ,i dont want they worried too much about me. and purposely, i will find someone who i really2 trust and close to tell my problem.

And yes,of course we will expect the problem will be solved and no sad story.but, sometimes the things that we expect cant be like what exactly we want,and yes i have to admit that the power of du'a is really2 work!Subhanallah!i've been on the last rakaat solah and after the second 'salam', my tears start down slowly and when i've start praying du'a, the tears pouring like a waterfall, i am really2 sad and to Allah on the sajdah i release all my problem, and asking for give me a strength like our Prophet awarded.And Alhamdulillah, the problem slowly go away from my head.




The moment I want to share is, yes each of us have their own way to solving their problem,do it on your way, but as a Muslim, believe me, at last the thing that can only solving our problem is praying to Allah, Only He can solving it!because in surah Yaasin ayat 82.

Verily, when He intends a thing, His command is
                     ... كُنْ فَيَكُونُ ﴿٨٢﴾
         
         "Be,"
and it is!






Monday, July 16, 2012

tetapkanlah Hati ini setetap-tetapnya!

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Ya Allah Ya Tuhanku,
tetapkanlah hati ini,
kuatkanlah Imanku ini,
berilah Hambamu ini kekuatan,
sebagaimana Engkau Anugerahkan kepada
Rasul junjungan,
pintaku tidak banyak.
hanyalah secebis,
moga2 aku dapat beristiqamah,
untuk melaksanakan tuntutanMu,
pada dasarnya I.S.T.I.Q.A.M.A.H itu,
nampak mudah pada tulisannya,
tetapi hakikatnya,
sukar pada mereka yang tidak kuat,
Ya! bukan mustahil untuk kita kecapi,
sekiranya kita mempunyai azam dan kekuatan,
Oleh itu, ku memohon,
kurniakanlah hati yang suci,
Iman yang kuat,
Istiqamah yang jitu,
moga moga apa yang direncanakan,
dapat dilaksanakan pada waktunya."
Aminnnn!

source:google image

Saturday, July 7, 2012

Seperti kapas

                                                           Assalamualaikum,

Selamat hari sabtu!!selamat berhujung minggu semua, especially pada uollss yang bekerjaya!ahh.seronoknya dapat rehat kan, sambil2 layan citer hindustan kat tv3,petang pulak makan pisang goreng cicah air kopi, sungguh enak bukan???

Ok la.,berbalik pada entry kali ini, mesti ada pelbagai andaian kan dalam ingatan korang.yela.tajuk.seperti kapas??boleh jadi putik kapas ,boleh jadi gula2 kapas(baru minggu lepas makan) , boleh jadi bantal kapas dll.

Tapi kali ni, cik dilla nak kongsi satu lagu yang tajuknya seperti kapas nyanyian marvelles band(haruslah band indonesia kan).baru je malam tadi dengar.eh! bukan malam,pagi sebenarnya. lebih kurg pukul 2....a.m.hehehe,dekat mane?mestilah radio.channel ap?IKIM.FM.ingatkan pagi2 macamtu takde lagu best.tiba2 keluar la lagu ni.maka cik dilla pun hayatilah.

First impression.nak dengar lagi!sebabnya cik dilla ni.kalau ada lagu yang tak kena citarasa memang  dah tak nak dengar la. maknanya lagu ni mencapai la piawaian cik dilla kan.hehe, secondly, dengar lirik dia .terus dengar sampai habis.mungkin lirik dia nampak sikit dan straight to-the-point, tapi cukuplah untuk kita kenali siapa diri kita!InsyaAllah~


                                                         Dimana akan ku cari
                                                                  Harus ku cari siapa diriku
                                                                     Dimana ku kan berpijak
                                                               Ku 'kan bersandar saatku lemah


                                                                    Diriku ini seperti kapas
                                                             Terombang-ambing tertiup angin
                                                                    Diriku ini seperti kapas
                                                           Terombang-ambing tertiup angin
                                                        Lihatlah aku sentuhlah aku dengan cinta


                                                               Ku pasrahkan diri serahkan diri
                                                               Tubuhku ini pada-Mu Ya Allah
                                                                   Aku bersujud serahkan diri
                                                                  Jiwaku ini pada-Mu Ya Allah


                                                                     Dimana akan ku cari
                                                                  Harus ku cari siapa diriku
                                                                Entah dimana ku kan berpijak
                                                            Ku 'kan bersandar saatku lemah


                                                                                                                                                     copypaste


Wednesday, June 13, 2012

JANGAN JADI MANGSA FASHION!

Assalamualaikum,,

                                                  Saya berdiri di atas nama wanita,
                                    berdiri tegak untuk menegakkan nama wanita lain,
                                                        siapakah wanita itu?
                                                merekalah yang bersama2 saya,
                                                  khususnye remaja perempuan.

                                       Dunia hari ini,bukanlah seperti dunia dahulu,
                                          bukan bermaksud dunia yang berubah,
                                               tetapi zaman yang berubah,
                                       tidak dinafikan kaum perempuan khususnya
                                   melalui perubahan fesyen dari semasa ke semasa
                                        mungkin fitrah manusia itu sukakan kecantikan ,
                                           maka timbullah pelbagai idealogi fashion,

                                                    Tidak salah untuk berfesyen,
                             tetapi fesyen yang dipilih itu haruslah seiring dengan yang sepatutnya,
 biarlah ianya nampak kemas,bersih dan yang paling penting mengikut apa yang seharusnya,  janganlah biarkan diri terjerumus pada arus fesyen yang boleh menjatuhkan maruah wanita
                jangan biarkan diri ini nmpak seperti mangsa fesyen yang tiada pilihan,
     hanya mengikut pilihan org lain sdgkan diri tidak merasai keselesaan dan kurg kyakinan.

                                              Saya berdiri di atas nama wanita,
                                           yang ingin mengajak sahabat2 semua,
                                      untuk berfikiran sewajarnya dalam berfesyen,
                                 bukanlah bermaksud saya ini pakar dalam berfesyen ,
                        dan bukan juga bermaksud sahabat2 semua buta dalam berfesyen,
                                      tetapi,sama2 lah kita menjaga pnmpilan kte ,

                                Janganlah disebabkan ingin menarik pandangan manusia lain,
                                       kita lupa pada pandangan Allah terhadap kita,
                              InsyaALLAH ,jika kita bijak dalam mnjaga pnmplan kita,
                                semuanya akan berjalan dengan lancar,InsyaALLAH!

sincerely,
..shadiella..

p/s :maaf andai ad kesilapan pada tulisan yang baru dicoretkan,niatku ikhlas hanya untuk sahabat2ku yang disayangi!