Tuesday, October 15, 2013

Eid Adha 1434H

Assalamualaikum dan salam Eid Adha,

So, this is a quick update(taw da dekat sebulan tak me-nge-post) dan untuk pengetahuan readers2 sekalian beta sedang bercuti kala ini. Bukan untuk hari ini saja tapi sampai ahad ni .Please lah cemburu, hehe.

Scroll down twitter, facebook,  semua penuh ucapan eidul adha. Tak lupa jugak gambar kambing, lembu yang dibuat korban. Meriah ke tidak? If u asking me, my raya, sederhana sahaja. Baju baru, memang takdelah gamaknya, banyak baju masih boleh pakai. No pembaziran hokayy. Balik kampung? Tak. tahun ni, kami sekeluarga beraya dirumah sahaja, mengimarahkan rumah. ngeee.

Dan Alhamdulillah, malam raya, ada kunjungan orang surau untuk takbir. Rasa sayu sangat dengar takbir dilaungkan. Kalau tak silap ini adalah kunjungan kali kedua. Pagi raya, macam pagi-pagi raya sebelum ni, pergi surau, bersembahyang, bertakbir dan dengar khutbah.

Then, masa untuk menjamu selera. Sebab kali ni my mom nak buat lain drpda lain, makanya menu raya adalah nasi minyak+rendang daging+dalca. (tak lain ea?takpelah.) Seronok sangat bila dapat makan bersama-sama satu family. Tapi, mngkin lagi syiok kot bila dpat berkumpul dekat kampung. huhuhu. Apa-apa pun jomlah cuci mata usha gambar.




Soto- simple dishes night before raya

Proses menyembelih dan melapah lembu.







Proses sembelihan semua ini terjadi seusai sembahyang raya.(skema sangat ayat ni.hahaha)
dan berlaku di surau taman.




Kambing ni pun nampak kurus, mula-mula tengok agak seram dan sedih jugaklah bila buat macam ni, seolah-olah masih hidup. sekarang tengok pun ada jugak perasaan macam tu.



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ,syukur dengan nikmat yang diberi. Masih lagi diberi peluang untuk mendengar takbir dan melaungkan takbir raya. Bukan sekadar laungan kosong, in sha Allah mampu menusuk ke dalam jiwa. Kisah Nabi Ibrahim A.s, setiap tahun diceritakan, semoga kesannya tercalit dalam diri .

So, later in sha Allah akan diceritakan apa yang berlaku dan terjadi sepanjang 'kehilanganku". Bertapakah?Merajukkah?walaupun rasanya takde kena mgena.Stay tune!

Monday, September 16, 2013

Preview Subject (SIC)

Assalamualaikum love,

ouch, terharu tak?*please lah terharu* hahaha. Alhamdulillah, selamat sudah beta melangkah ke alam semester 3 tahun 2. seminggu dah deq. Overall ,takde yang pelik bin ajaib, semuanya still the same, yang beza adalah subjek dan lecturer yang mengajar. Tak tau la nak gembira atau sebaliknya. Apa-apa pun, we follow the flow okayyy!

So, tetiba rasa nak share the current subject yang titew ambik(terasa kegedikan disitu, huahuahua) for this sem . 

1. Prinsip Amalan & Komunikasi Dakwah
Paling senang kalau nak ingat dakwah la, yang depan-depan tu nk bagi sedap ayat je. Lecturer yang mengajar ni seorang lelaki y b'asal dari timur tengah, tidak diketahui di wilayah mana, sebab just perkenalkan diri nama dan asal. Lagi satu, language is in Arabic. For me, bahasa Arab yang beliau gunakan mudah difahami, cuma mata dan telinga tu harus celik selalu lah. faham kenzz.

2. Akidah Islam
Dalam zaman serba moden ni, akidah lah yang harus dijaga rapi-rapi. Kalau silap jalan, rosak akidah. Jadi, dngan adanya subjek ni, aku harap sedikit sebanyak dapat mbantu diri ni.oh, lecturer yang menagajar lelaki jugak, masih in Arabic tapi kadang-kadang campur jugak bahasa ibunda dan inggeris. 

3. Kimia Analisis(+ practical)
First impression adalah kosong. Teruk kan? Tapi, dah masuk first lecture ,seronok dengar part2 yang akan belajar. contoh paling senang , CSI. yang mana kalau korang tertanya-tanya mcam mana nak taw bahan kimia yang ada kat bukti yang sedia ada, melalui kimia analisis ni lah. tapi tajuk tak ingat, sorry!
Part lecturer tk subjek ni paling best, sebab ada 3 orang yang mengajar,kau hado?haha. 1 ppuan 2 lelaki. Jadi ,siap sedialah menerima 3 jnis cara mgajar yang berlainan.hehe

4. Kimia Organik(+ practical)
Nilah antara subjek yang membuahkan keinginan untuk masuk degree in ichemtech. Sekarang, kita berjumpa lagi. Lecturer wanita yang sangat happening tapi dalam masa yang sama boleh mengecutkan perut pelajar. Mana taknya, nanti tiba2 petik nama , "ok ,kamu jawab soalan no 2" dan nilah antara subjek yang dah bgi tutorial in first week. memang kena refresh selalulah subjek ni.

5. Pengaturcaraan Objek
Rasa-rasanya korang pun mesti tertanya2 apa benda ni?belajar gerak2 objek k?tidak2..its more like ICT, computering. Lecturer lelaki ni rasanya ada darah cina kot, tapi beliau melayu okay. Nampak garang, tapi ada sense of humor. Nak citer lebih , tak belajar lagi, so dapat citer roughly je. Ada masa nanti, titew update ye!(why use words tu lgi? menci la)

6. Sejarah & Falsafah Sains
Nak tampak moden, mohlah kita sebut philosphy. haha. adakah subjek ni ada connection yang kuat dengan aku?philosophy sc dan philosophysaya. Harapnya gitulah. belajar philo perlukan ingatan yang kuat untuk mengingati tarikh, cerita disebalik yang berlaku(sejarah) dan terms yang pelbagai. for me, its quite challenging and this the first terms i get: episthemology ;learn of knowledge. claphand* 

7. Pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah
Anda ada masalah?perlukan bantuan?disinilah segalanya selesai. dah macam tagline TVAlhijrah plak.hehe. melalui subjek ni, lecturer banyak tekankan creative thinking in islamic way which is the best way. jadi, takdelah kita rasa yang kita belajar ni hanya nk lulus semata-mata. at the same time, kite dapat improve ourselves. quite interesting, i think dan boleh merehatkan minda.

So, total up semua ada 21 credit hours termasuk co-curiculum. sudah mencapai tahap maximum! untuk sem ni, tiada subject math, jadi mungkinkah boleh score?wahhua'alam!cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni. Dengan subjek yang tertera di atas, memang sangat tough tapi tak salah untuk kita tambah effort untuk kebaikan kann? cuak tu memang ada melanda, tapi percaya akan ada ubat yang mampu mengurangkan perasaan itu.

Doakan yang terbaik untuk titew ea.(owh, i am did it again!)



Sunday, August 25, 2013

riang raya aidilfitri di hari minggu

Assalamualaikum 

Hai hai! sambil buat muka cute. *dush kasi penumbuk sket.(ni namanya don't-know-how-to-start) .haruskah buka buku manual?

Straight to the point, ini adalah cerita raya cik dilla. lama sangat kan baru nak update. So, last week, menjadi hari yang tersibuk terutamanya hari sabtu. Mengapakah?jangan ditanya lagi sebab nak jawab la ni.huihui
Memang menjadi satu tabiat, bila aidilfitri tiba, adat kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara menjadi the top one. Jadi, bila weekend memang kitorang satu family akan bersiap fizikal dan mental untuk menerima kunjungan. kunjungan raya je.cehwahh.

Makanya, mesti korang tertanya-tanyakan apa menu utama yang kitorang hidangkan.hehe. setelah dipikir-pikir, menu yang menjadi pilihan adalah nasi lemak beserta rendang daging dan soto ayam. sedap ke tidak?jangan sampai leleh ayaq liuq naaa.haha.tapi yang soto ayam tu masa hari rabu, my mom punya sibling datang awal .buat mana yang sempat. hehe. dan2.lagi satu yang best sangat taun ni sebab my homemade kuih raya habis tau. takut sangat buat kalau tak habis, sebab setiap tahun memang tak habis. membazir.so, mempersembahkan ..



M&M Chocolate Chips cookies


close up sket..melting nyaa.(puji diri sendiri,haha)


Bubble chocolate rice.


Mana tak habis dah bahan utamanya adalah coklat. so, kanak-kanak memang sukala makan benda-benda manis ni. memang sengaja buat untuk kanak-kanak ni. coklat dan kanak-kanak kan memang tak dapat dipisahkan. adik-adik,pasni jangan makan manis2 lagi ea nanti gigi rosak. tak handsome and pretty nanti.hehe

Jadi, malas nak type panjang2, apa kata scroll down and see the picture calmly okayyyy.

First trip from my mom's side
atas: anak buah ibu
bawah : kakak dan adik ibu(ce teka mana kakak,mana adik.haa)


second trip(family maklong; kakak ayah)
ni semua anak buah ayah


tak taw la apa yang diborakkan.khusyuk bebenor


tadaa, ibu dan ayah dah jadi atuk ngan wan,
caye pun dah jadi maklong, ni semua anak buah saye. ada lagi yang kat dalam.hee


maklong dan pak itam spotted
suke taw dok lua.katanya nak ambik angin.


Its time to back.sepatutnya ada lagi satu kereta. sebab diorang ni 4 orang adik beradik
ni mesti kes tak sempat ambik gambar ni.haha


Alhamdulillah, terima kasih sebab datang wahai makcik2 dan pakcikku, semoga kita semua diberkati hubungannya. harini dah masuk raya ke berapa ea?cuti lama2 dah tak ingat tarikh dah. sempat lagi kan nak puasa enam? jangan lupa ya ma friends walaupun ianya sunat. lastly ,pray4egypt, peace!