Showing posts with label best day. Show all posts
Showing posts with label best day. Show all posts

Saturday, November 4, 2017

Masa Lampau

Assalamualaikum =)

Its good to be back again! *Breath out*

To be honest, my past life was really amazing! 
I'm really enjoyed every moment until I realized it just a dream. *Sigh,* Because right now I'm thinking all the memory I had and smiling alone. I'm not a psycho girl if you want to know. hahaha

What I miss a lot about my past life was school time.
Even though with the examination thingy, I think if I get a chance to be back I'm the one who are excited to the most. But, please NO EXAMINATION ok?

It was a time when I learn to be friend with people, trying out new things, participated in any quizzes, tournament, sports day, having all week training before the competition and etc. And one thing for sure I miss a lot was life at hostel. 

I'm living in a hostel for about 5 years-- of course from Form 1-5 obviously. Hahhahaha. I know, not all people will agree with me living in a hostel is good/amazing, but for me, that is a part of things that make me who am I right know. For me. 

That time, I learn to be punctual, manage time wisely and life with the rules. The best things I learn is about religion things. I started to solat jamaah, because it is a rule at first. But then, slowly I did it willingly and didnt thinks its a rule. But still pernah jugak tak solat jamaah dekat surau. Banyak kali jugak rasanya. Hehehe. And I know thing about usrah. Every night, we read Al-Mulk together sampai ada yang tersengguk2 sebab ngantuk punya pasal. Hahaha. Paling best when it comes to Ramadhan. We did tadarrus Al-quran with whole student in hostel and breaking fast together.

Yes, when it comes about hostel life I can described it as our togetherness. Together doing keceriaan dorm -- gigih cari idea nak cantikkan dorm sebab nak menang. lol sangat. Doing gotong royong -- including the toilet- sental2 sambil nyanyi, And bila kena denda pun together. Hahaha. Right know, when I'm looking back the old picture, seeing each of them, rasa macam tak percaya, eh dia ni yang nakal2 dulu dah kawin dah, eh yang ni kalau mandi mesti lama-- dah nak dapat anak da, yang ni selalu tidur dalam kelas tapi bila exam selalu power dah berjaya dah sekarang and bla bla bla. 

Right now, all of us growing up in different way. But I do believe all of you had achieved something within this 24th of your life. Only you know how the achievement looks like. And thanks for the camera which always capture picture with the hidden memory, because right know (till I write this post) I keep smiling seeing those picture. It brings a lot of memory. Thank you.

Actually, there is a lot things to be shared about my past life, but yeah let me just feeling it by myself okay? Till then, thank you for drop by and take your time read my not-so-memory post. See you again.

Thursday, October 17, 2013

Sidang media blogger menjawab spekulasi 'Kehilangan'

Assalamualaikum ,

Okay, kalau ada yang nak termuntah saat membaca tajuk di atas, dipersilakan. Tak tahulah mana dapat tajuk sebegitu ghupa.adoyaii. So, seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, titew akan cuba sharekan apa aktiviti yang dibuat sepanjang proses pertapaan dari menulis. penat kot baca ayat sendiri.

Seminar IChem's 13 (28 September 2013)

Seminar ini dijalankan pada tarikh yang tertera bersamaan hari Sabtu. Hari Sabtu, where orang lain sibuk balik rumah, kitorang menggagahkan diri menghadiri program.(kata kuat.haha) Tapi, bukan kali pertama, kali kedua sesuaila dengan gelaran student 2nd year, kann. Seminar ni memang diadakan setiap tahun dan wajib bagi student 4th year untuk handle this programme. Ada 3 slots, Kimia Rahmatan Lil 'Alamin, Palm Oil Industry and Future of Nanotechnology. For me, the best slot adalah slot terakhir, bukan sahaja membuka mata dan minda tentang apa itu Nanotechlogy, tapi the speaker also very inspiring. Muda-muda dah berjaya.




Keluarga besar Ichemtech


Us, Mereka kata kami pekerja kilang. Kilang mana?haha

Kami berPhoto di Photobooth
 cc gambar cun: IChemS'13


Iceps 9 (26-29 September 2013)

Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Iceps 9?jangan tanya sebegitu skema ye, wahai teman-teman semua.haha. Let me clarify it. Islamic Convention Of Entrepeneurship 9. Ha,,aktiviti ni memang titew tak terlibat secara langsung pun, tapi secara tak langsung. Tahu kenapa? Ni pun salah satu aktiviti wajib yang dibuat oleh student Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Nampak tak kat situ je dah takde kena mngena.hehe. Banyak aktiviti yang dibuat, bukan sahaja gerai jualan, ada juga pertandingan bayi comel,autoshow, Konsert Simfoni Gaza dan Palestine, Malam Cinta Rasul dan banyak lagi. Haruslah banyak kan, kata 4 hari.

 Tapi dalam 4 hari tu, kitorang satu rumah ni, mampu pergi malam Sabtu je, tengok Konsert Simfoni, kata jela nak tengok Najwa Latif. Sopan je Najwa ni.haha. Kalau nak jumpa face to face memang tak dapat la, mampu tengok dari jauh je.  Ramai jugakla pengunjung yang hadir malam tu.




cc gambar cun : ICEPS 9


Nampak tak bizinya kitorang dengan aktiviti2 universiti. Well, it's student's life!bhahaha. Nampaknya, titew kena undur diri dulu, ada keje yang harus dilaksanakann. Dan sebenarnya, ada satu lagi activity yang belum disharekan. insha Allah next post, kalau ingat. Tolonglah jangan lupa, cik kak! See you next time!



Tuesday, October 15, 2013

Eid Adha 1434H

Assalamualaikum dan salam Eid Adha,

So, this is a quick update(taw da dekat sebulan tak me-nge-post) dan untuk pengetahuan readers2 sekalian beta sedang bercuti kala ini. Bukan untuk hari ini saja tapi sampai ahad ni .Please lah cemburu, hehe.

Scroll down twitter, facebook,  semua penuh ucapan eidul adha. Tak lupa jugak gambar kambing, lembu yang dibuat korban. Meriah ke tidak? If u asking me, my raya, sederhana sahaja. Baju baru, memang takdelah gamaknya, banyak baju masih boleh pakai. No pembaziran hokayy. Balik kampung? Tak. tahun ni, kami sekeluarga beraya dirumah sahaja, mengimarahkan rumah. ngeee.

Dan Alhamdulillah, malam raya, ada kunjungan orang surau untuk takbir. Rasa sayu sangat dengar takbir dilaungkan. Kalau tak silap ini adalah kunjungan kali kedua. Pagi raya, macam pagi-pagi raya sebelum ni, pergi surau, bersembahyang, bertakbir dan dengar khutbah.

Then, masa untuk menjamu selera. Sebab kali ni my mom nak buat lain drpda lain, makanya menu raya adalah nasi minyak+rendang daging+dalca. (tak lain ea?takpelah.) Seronok sangat bila dapat makan bersama-sama satu family. Tapi, mngkin lagi syiok kot bila dpat berkumpul dekat kampung. huhuhu. Apa-apa pun jomlah cuci mata usha gambar.




Soto- simple dishes night before raya

Proses menyembelih dan melapah lembu.







Proses sembelihan semua ini terjadi seusai sembahyang raya.(skema sangat ayat ni.hahaha)
dan berlaku di surau taman.




Kambing ni pun nampak kurus, mula-mula tengok agak seram dan sedih jugaklah bila buat macam ni, seolah-olah masih hidup. sekarang tengok pun ada jugak perasaan macam tu.



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ,syukur dengan nikmat yang diberi. Masih lagi diberi peluang untuk mendengar takbir dan melaungkan takbir raya. Bukan sekadar laungan kosong, in sha Allah mampu menusuk ke dalam jiwa. Kisah Nabi Ibrahim A.s, setiap tahun diceritakan, semoga kesannya tercalit dalam diri .

So, later in sha Allah akan diceritakan apa yang berlaku dan terjadi sepanjang 'kehilanganku". Bertapakah?Merajukkah?walaupun rasanya takde kena mgena.Stay tune!

Monday, July 15, 2013

Kecil tapi Bermakna(I've been suprised)

Assalamualaikum 

Hajimemashite!


Fuh fuuhhh sambil meniup-niup skrin laptop dengan harapan segala habuks hilang akibat lama tidak mengupdate blog terchenta ni.(cliche sungguh alasan ,hehe). minggu yang busy telah menghadkan masa untuk menaip tapi chill lah i'm back.hahahaha


So,this is one of the reason walaupun rasanya cerita ni dah basi.huhu



it's was my birthday present.!video-hadiah kecil tapi bermakna, hi-tech tapi still comel.aish, deme ni memang suka buat suprise pastu sengaja nak bagi orang touching .huhu.*nangis*.ni semua hasil tangan my bff-zulaikha.dye ni memang suka buat benda yang mengejutkan tapi dalam hati memang suka pun.hehe

So, tak nak buang masa ,layan jela gambar dari video ni.video harap maaf tak dapat disiarkan -copyright dari tuan empunya badan.mihmihmih

Ye.wootwoot

Bila ea?tunggu orang kat sane free la.ittew sdg cuti ni.hehe

Belum climax lagi.sabar wahai hati

Tak touching pon!
touching tak bgtau camtu.mainmain saje.

Sedih ke?erm.*main jari*
fikir dulu.


Dah sampai kemuncak yang mendebarkan.

I'm always ready..

yeay..thank you,so suweet.

Yes!one of the most special.from a special person

Amiinn!May Allah Bless u too, my dear


Lastly,

Saje titipkan sekali gambar ni kan?nak bagi rindu .huhu



Itulah serba sedikit yang dapat dikongsi. Comel kan?Terharu sangat bila dapat hadiah ni dahlah penuh onak dan duri time nak dload video ni. Apa taknye bersaing dengan wifi kolej yang semput2 kadang-kadang(selalu sebenarnya). But it is worth. Bukan kupinta hadiah yang besar dan mahal2, apatah lagi jika ianya membebankan , cukuplah jika diriku dikenang dalam doamu.Thank you zulaikha!Tahun dpan buatlah lagi.hehehehe

Tak dilupa buat semua rakan-rakan Fb dan Twitter yang wish birthday yang lalu.May Allah Bless ~

At last, Salam Ramadhan dari Malaysia.
feeling dok obersees.jangan jeles hokayy.











Wednesday, May 1, 2013

Sepetang di kilang Yakult, Malaysia

Assalamualaikum and whats up!

Baca saja pada post title pasti dah taw ceghita apa yang inginku cerita.(chehh da semacam pantun tak berapa pantun dah). Straight to the titik, pada Isnin yang lepas, kami pelajar2 jurusan Teknologi Kimia Industri tahun 1 telah mengadakan satu lawatan Ilmiah ke kilang Yakult, sambil nyanyi lagu Yakult..yakult. Dekat mana?dokek je kalau dari kampus den ni ha, tak sampai setongah jam,dekat Seremban duo.

Sesampainya rombongan kami ke kilang Yakult, kami telah dijemput untuk mendengar sedikit briefing tentang Yakult, dari pengasasnya sampailah cara pemprosesannya yang disampaikan oleh Miss ......(maksud kat situ, den dah lupo namo dia) tula banyak makan asam ni,kan da lupe.heehe. sambil mendengar, kami disajikan dengan sebotol Yakult Ace Light free.ulangperkataan FREE taw.ngehngehngeh



Sesi mendengar briefing


Habis briefing, barulah kami diajak untuk melihat cara pemprosesan dari sebotol Yakult sehinggalah berkaton-katon dan berbillion-billion botol Yakult(nak  jugak menang dengan bilangan yang banyak,hambiklah).tapi unfortunately, no camera allowed!maknanya gambar tidak boleh diambil sepanjang jalan menuju ke lorong pemprosesan.What?dakpe la dilla , dapat tengok live pun dah kira untung taw. 

 Satu perkara yang patut dicontohi daripada pekerja pekerja di kilang ni adalah kebersihan. Dari outfit yang serba putih telah jelas menunjukkan kesucian ditambah pulak dengan mask,penutup kepala dan kasut boot memang sangat menjaga kebersihan. Walaupun boleh dikatakan 95% penghasilan adalah dari mesin berteknologi tinggi, tapi kebersihan is still number one. Bukan sahaja outfit, malah persekitaran juga bersih.

Seusai melawat kilang pemprosesan(habis skema ayat hang!), apalagi sesi bergambar la jawabnya. Ini adalah perkara harus yang perlu dibuat okey! dan sesi membeli minuman kultur strain shirota telah berlangsung, disebabkan lama bebenor tak minum Yakult ni, sempatlah membeli jugak, tapi beli Yakult Ace yang kaler merah dengan harga empatringgitduapolohsen, yang ni tak sure memang harga pasaran ke harga kawtim.ihikihik.



Abaikan muka yang dah terbakar, ni hasil dari kawad sabtu yang lepas.huhu


pose; V sign


Oh apa beza Yakult Ace dengan Yakult Ace Light?kalau dah nama pun light, semestinya ianya kurang manis, tapi mungkin ada jugak soalan2 di benak fikiran anda kenapa kurang manis tapi harga tak kurang??Why..tell me2?Kurang manis bukan bermaksud tiada gula, ada gula tetapi digantikan dengan fructose(gula buah-buahan). Itu yang buatkan harga dia mahal sikit dari Yakult Ace.But don't worry be happy, if you are sucrosephilic type, suka yang merah punya., tiada apa-apa implikasi buruk pun terhadap badan kita walaupun dia manis.


Disebabkan tiada peti sejuk di bilik, haruslah habiskan air ni cepat-cepat


Indeed, Yakult strain shirota ni adalah minuman kultur Probiotic. Satu-satunya minuman yang dibekalkan dengan bacteria baik untuk badan kita.terima kasih Shirota kerana berjaya menemui bacteria ini!hehee
Overall, lawatan ini sangat best dan terima kasih pada ahlijawatankuasa tertinggi yang bersusah payah agar lawatan ini menjadi dan ofkos to our lecture, Dr Farawahida yang sudi ikut kami!


Pemberian cenderahati oleh Dr. Farawahida


Kalendar Yakult free
motif tunjuk bulan JUN?


Agak-agak CEO Yakult Malaysia ni baca tak post ni.*wondering*, mne la tawu boleh jadi duta kecil Yakult ke.chehhh angan-angan tinggi , kalau muka ada iras-iras Jepun tu bolehlah ni,kulit sawo matang ada hati nak jadi duta.mihmihmih

Arigato Gozaimas!

























Friday, January 11, 2013

Freedom



there's no such word that I can describe EXCEPT 

I'M




Alhamdulillah, penantian paper last exam telah berakhir. Jawab pun sudah. Tak nak fikir banyak2, dah cuba buat yang termampu, In sha Allah, tawakkal itu adalah yang terbaik selepas usaha. 




p/s :tak tau kenapa excited sangat dengan exam kali ni, mungkin the first exam as degree student.hehe

Monday, August 6, 2012

YES-ter-Day

Assalamualaikum,

What's up yo?uhui, cenggitu pulak ke nak tanya khabar cik dilla.*whatevaa la.heheehe

So, stop sebentar bercerita tentang datuk lee chong wei, as past is the past. but actually the past is a memory, so let it be in our mind okeyhh!

YES-ter-Day.,I got a new shoes or sandal or anything, but unexpectedly okey.heehe
jadi, nak dijadikan ceghita, semalam keluar nak pergi nagoya kat tesco nun, bukan nak beli baju raya. no no no.
tapi kain biru for my blouse for becoming degree. tapi sebelum singgah ke tesco yang memangg ramai sangat orang, kami sekeluarga telah berhenti sekejap di kedai buku untuk binding folio my adik, so, di situlah bermulanya kejadian kasutku tercabut, alamakk!!!! macamane boleh tercabut? sebenarnya kasut tu, pernah terkoyak dulu, tapi dah di tampal dan di gam balik dengan gam gajah, and tak tahu plak kenapa, limaza hari tu jugak hati ni beriya2 nak pakai kasut tu, sudahnya, tercabut la di tgah jalan tu, malu sangat jalan terseret2.hehe.Makanya, sebelum masuk ke tesco tu, sempat la beli kasut baru, tak mahal pon, rm 23 hengget. apa2 pon, memang duit dari poket sendiri la keluar.haha

YES-ter-Day of  YES-ter-Day,.balik kampung, selangor je. sebab negeri 9 dah balik minggu lepas, tak sangka pon nak balik,hehe, my family memang suka buat keputusan yang tiba2 nih.heehe. tapi unfortunately, we cant break fast together with nenek and other aunties, because of trafffic jammmed, by the way, sebenarnya best day jugaklah sebabnya dapat berbuka puasa di tepi jalannn, so kitorang makan apa yang sempat beli kat bazaar ramadhan, Alhamdulillah kenyang jugak, tak tawu la kenapa saya suka sangat berbuka di TEPI JALAN, mungkin ada rasa macam berhijrah kot.haha, abaikan jela, cuma fantasi dan khayalan semata2.

YES-ter-Day of YES-ter-Day of YES-ter-Day,head to uptown shah alam,yeahh!sebenarnya malas sangat. tapi apakan daya, daripada tinggal berseorangan di rumah, hanya ditemani tv, laptop, apakata tukar angin pulak kann.the main reason pergi sana sebenarnya nak cari baju raya untuk my adik, yela, umur pon da 14 tahun kan, tinggi pun da sama level da ngan akak dia yang comel lote ni, *perasan jap.(tolonglahhh!), tak main la kiko2 ni,jenny and ape tah, macam remaja la sket.pergi sana punyalah ramai orang, seriuss tak tipu, parking punyalah panjang, sampai kami sekeluarga pon parking depan rumah orang.kena bayar ke tak?haruslah, tuan2 dan puan2 sekalian, ramadhan ni kira cam orang cari duit poket.barang2 pon okeylah, harga pasti boleh runding, lapar?gerai2 makan memang disediakan, tapi..yang tak syoknye.. saya terapung di lautan asap rokok, aish.,memang pening dibuatnya. sampai rumah trus tidor,sakit kepala!

Cerita YES-ter-Day dah berlalu, siapkan diri untuk menghadapi HARI INI, bersedia untuk ESOK.
time nak berbuka..Assalamualaikum.!

Friday, June 22, 2012

Hari baru, umur baru!

                                                      Assalamualaikum,

Selamat Hari Jumaat semuaaa, dan selamat hari jadi kepada saya yang ke -19.uhuu~'happy birthday,sannah helwah, otanjoubi omedetou'.Alhamdulillah. dapat lagi aku merasai hidup pada umur yang baru ini,pada hari penghulu segala hari, InsyaAllah penuh barakah di hari jumaat ini.

Hailaaa, sebenarnya rasa tak percaya.believe it or not?.aku da masuk 19 tahun.yela mungkin akan ada orang kata 'apa ada pada umur?' kankankan. umur je bertambah tapi tinggi tak bertambah kan.hehe.yela.haruslah orang macam aku ni.nak2 da umur belasan yang da nak habis belasan ni kan. proses ketinggian tu da terbantut.

Dan nak dijadikan ceghita. rasa macam cepaaat sangat masa berlalu. baru semalam birthday my frien.mrgkap akak aku la kan.hehe.tup2 hari ini da masuk 22nd of june.dan esok 23rd of june.sangat cepat masa berlalu.dan sebenarnya aku merasakan semakin bertambahnya umur aku ini, makin bertambah tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. yela. kalau dulu, time kanak2.apa yang kita tawu kan ,pergi sekolah-jumpa kawan-main2.wahhh. bestnya zaman muda -mudi dlu.tapi semakin kita dewasa, baru la aku sedar, banyak t/jawab wuh.bukannya kita as a student kena belajar je kan.tapi other side.macam..

Sebagai anak.aku membawa harapan besar kepada family aku sebagai anak sulung. banyak yang aku perlu buktikan. bukannya impossible pun.t/jawab apa?rsenya korang sendiri pun tahu kan.

Sebagai kakak yang comel.opss.soryla. typo nyh.hehe.kakak yang harus memberi contoh dan menjadi inspirasi buat adik dye. ingat senang k?baik buruk dya sebenarnya banyak bergantung kepada kita(as a sibling ) ny.kalo benda baik yang dia ikut.Alhamdulillah la.tapi kalo sebaliknya?faham2 sendiri la ye.

Sebagai sahabat yang baik kepada sahabat yang da sememangnya baik.yela.selama mana kita berkawan ngan dia. selama itu juga la kita nak kena jaga perhubungan tu. setiap kali bertemu, haruslah jadi  seseorang yang lebih baik kann.
Yang ini, t/jawab yang paling besar sekali.sebabnya INI lah yang akan dipersoalkan dkhir hayat nanti.apa dye?t/jawab kepada Yang Maha Pencipta. kite selalu mohon padaNYA.terutama kat hari lahir kita.panjangkanlah umur, dimurahkan rezeki, dan aku percaya semua yang kita doakan .termakbul.taaapi.tahukah kita .rezeki yang Allah beri ini bukan untuk disia2-siakan.sebaliknya, haruslah digunakan dengan sebaik2nya pada landasan yang benar.(rasa x keberatan nye)

And lastly.thanx a a lot for those yang wishes for my birthday..really2 appreaciate.and of coz. the most touching wishes come from my parents. thank you ibu, ayah! dan kepada tuan pnya birthday ini, hehe.hayatilah saat2 indah pada umur 19 tahun nyh.taun depan InsyaAllah da masuk 20..da lain da.berbeza.haha.kamsahamida!



p/s: to awra.congratulation! sebab bakal melayari bahtera hidup.and saya tak pasti dapat datang atau   tak.apa2 pun doa saya sentiasa ada.Amiinn!