Saturday, July 28, 2012

ROAD tOur to kindness

Hidup kita umpama sebuah jalan,
jalan raya? jalan lebuh raya?tempat peJalan kaki?
semua jalan ni akan membawa kita ke sebuah destinasi yang diingini,
tapi, pernahkah kita terfikir, tak semua tempat yang kita ingin pergi hanya ada satu jalan sahaja,
kan2..betul!Masih tak percaya? ragu-ragu lagi?still wondering?
ok, lets say kita nak ke kuala lumpur,
satu jalan je ke kita nak ke K.L..mesti ada banyak jalan kan..ada yang dekat, ada yang jauh,
tapi, akhirnya sampai jugak kan.

The same goes, bila kita nak berubah ke arah kebaikan,
bukan satu jalan je, kita boleh ikut,
banyak sangat!!!
sedangkan senyum sekecil zarah pun ditakrifkan sebagai sedekah,
dan sedekah itu dikira sebagai kebaikan,
apatah lagi perkara2 lain yang memang dah nampak kebaikannya secara zahir.

Tapi, selalunya perkara baik ni, bukan mudah untuk kita kecapi,
pasti ada halangan, rintangan, dugaan,
dan sebagai manusia kita tak boleh lari dari masalah,
apa yang harus kita lakukan adalah hadapi  setiap rintangan,
dengan usaha daya kita dan kudrat yang dianugerahkan.

Dan sama lah macam jalan yang kita lalui,
setiap jalan tu pasti ada lekuk sana, lopak sana,
yang pastinya membuatkan kita sebagai pengguna menghadapi kesukaran ,
towards  the destination,
tapi, adkah kita berhenti di tepi jalan raya,
hanya melihat masalah tersebut?
tidak kan, pasti kita akan lalu juga,
yang bezanya, kita cuba  menghalang dari masalah tersebut,
and finally dengan Izin Allah, sampailah kita di destinasi yang diingini.

So, tiada alasan lagi untuk kita tidak berubah ke Jalan yang lebih baik,
InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas, hati yang tulus,
Tuhan akan permudahkan segala urusan kita,
yang membawa ke final destination!

Saturday, July 21, 2012

#1

Bismillahirrahmanirrahim,


"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya  diturunkan Al-Quran,

sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai 

petunjuk itu dan pembeda (antara benar dan batil),
Kerana itu,barang siapa diantara kamu ada di bulan itu,
maka berPuasalah.
Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan(dia tidak berpuasa),
maka wajib menggantinya sebanyak hari yang ditinggalkan itu,
pada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya,
dan mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu,
agar kamu bersyukur. (187)"  

Surah Al-Baqarah.


Tafsirul Ayat:

  1. Satu kelebihan bulan Ramadhan yang berbeza dengan bulan -bulan lain adalah turunnya Al-Quran.
  2. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan penyucian diri melalui puasa.
  3. Sesungguhnya ,Allah itu sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya dalam menunaikan puasa terutama bagi mereka yang sakit dan bermusafir.
  4. Shahru Ramadhan mendidik hambanya untuk bersyukur.

Wahhua'alam.

Tuesday, July 17, 2012

MANA HILANGNYA MENTARI??

Assalamualaikum,
"Kadang-kadang Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh,
puas kita menangis mencari dimana mentari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
pelangi yang indah,"


Haaa, cik dilla da start ber'Q.U.O.T.E ni. apa mimpi la di pagi hari ni kan, ok la sebenarnya cik dilla nak story mory sikit la kan tentang perjalanan menghantar adik lelaki(padahal memang itu jela adik cik dilla) cik dilla pulang ke asrama semalam. kenapa semalam? bukan hari ahad?the main reason, sekolah dia cuti Isnin sebab hari ahad tuh ada sukan,macam cuti peristiwa la kann,

Dan perjalanan kami ,diiringi dengan hujan yang saaangat lebattt , ditambah pulak dengan guruh yang memancar, dan kebiasaannya bila nak hantar adik cik dilla ni balik asrama memang selalu hujan, tak tahu la suratan atau kebetulan.??*ok, sila jangan buat karaoke kat sini ya!*

macam kene sengetkan kepala kann.
sila2 kanlah ye,
ni pandangan luar kereta.




kesian ibu yang memandu,
memang kaburrr sangattt.



*first model yang tak berbayar
Kalo nak tau cik dilla ada satu tabiat yang mana suka bawak bekal bila naik kereta. mesti kena ada makanan. so, tyme2 hujan ni, makanlah coklat.best kowt.hehe,


*second model yang tak berbayar

And finallyyy, sampai gak kat sekolah dia , lebeyh kurang pukul 5 petang.Makanya bermulalah rutin harian my adik as a student, tapi Jumaat ni balik lagi. menyambut bulan Ramadhan, suka la tu,!hehe.


p/s: sory diatas ketidakjelasan gambar. that picture was taken using my own camera handphone 
      sape2 yang baik hati nak hadiahkan cik dilla camera sangatlah dialu-alukan, hehehe.

Wassalam.


Monday, July 16, 2012

tetapkanlah Hati ini setetap-tetapnya!

Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Ya Allah Ya Tuhanku,
tetapkanlah hati ini,
kuatkanlah Imanku ini,
berilah Hambamu ini kekuatan,
sebagaimana Engkau Anugerahkan kepada
Rasul junjungan,
pintaku tidak banyak.
hanyalah secebis,
moga2 aku dapat beristiqamah,
untuk melaksanakan tuntutanMu,
pada dasarnya I.S.T.I.Q.A.M.A.H itu,
nampak mudah pada tulisannya,
tetapi hakikatnya,
sukar pada mereka yang tidak kuat,
Ya! bukan mustahil untuk kita kecapi,
sekiranya kita mempunyai azam dan kekuatan,
Oleh itu, ku memohon,
kurniakanlah hati yang suci,
Iman yang kuat,
Istiqamah yang jitu,
moga moga apa yang direncanakan,
dapat dilaksanakan pada waktunya."
Aminnnn!

source:google image

Tuesday, July 10, 2012

Ohsem Race

Assalamualaikum,,

Ramadhan will be coming.
What your preparation?
means 'US'
so, just watch this video
which credit to CIKBEAHOSEM
hopefully we get the advantages
and get ready for becoming Ramadhan.




May this Ramadhan will be fulled with Barakah.
InsyaAllah!


Monday, July 9, 2012

memo-memory-memorial- #tribute to my friend


Assalamualaikum,,

Selamat pagi, selamat petang, selamat malam! hye kawan2ku yang dirindui lagi disayangi lagi lagi yang diingati !korang apa khabar?sihat?study ok?cuti pulak?saya kat sini baik2 sahaja, no need to worry!(macamlah ada yang risau kan,hhehe)so, tujuan sebenar benarnya post ni terwujud adalah..
takde sebab yang kukuh pun, tapi tiba2 otak ini berjalan dengan lancarnya, lahirlah idea ini, ditambah pula dengan jari jemari yang meronta-ronta untuk menaip kata-kata khas untukmu.Harapnya korang sudi la membaca nukilan dan menatap gambar2 yang tak seberapa ini.

 

ARE YOU READY?






Firstly,Zulaikha, Nawal, Sara, Khadijah ngan Fatin, korang ingat tak kad2 nyh?ingatlah..nak taw tak bila kita baca balik , tengok balik tulisan korang, rasa rindu sangat, teringat dulu2 especially kad ikan tu. gantung kat dalam almari kan, balik2 lepas subuh, terkejut jap. camana ada ikan dalam almari ni, nak kata ada air untuk ikan ni hidup takde pulak. tapi bile fahami balik 3 ikan tu special rupanya, sebab dia boleh hidup dalam hati manusia,!




Yang ni pulak jauh merantau, dari utara ke barat. Special given from Nawal Aqilah. Kalau nak tahu, tibanya tarikh 22 jun tu, kita da menunggu da surat daripada nawal taw, memang la nampak macam tak malu kan, tapi tak kisah la.(hehe).bile turun bawah ,lalu depan pejabat, nampak pulak nama yang terpampang. as i guess it is from u nawal. senyum je sorang2. and thanks banyak2 nawal sebab sudi mengepos kad ini. appreaciate sangat2!







Najihah a.k.a nanajijihahagigish..terkejut tak adik hang ni simpan lagi kad nyh.??kad ni lagi la special tersimpan di compartment yang lain dari yang lain. nak taw tak sebab apa?sebab kad ini tidak senormal kad yang senormal-normalnye.huhu,jangan marah jangan sedih, la tahzan!yela,  kad ni kan no copyright. and..button tu. nampak tak tersemat dengan kemasnya di beg tu, nampak cute je kan,hahaha. dan kita tau idea nak sambut birthday makan benjo kat bilik tv masa form 5 tu. idea jiha kan.waa,,terharu sangat2.tapi ,ble nak buat lagi?i.j.k





Ni pulak datang dari orang jauh jugak. tapi masa bagi tu, dekat la. satu kelas ,satu sekolah kan..sekarang je. dia dah jauh.,sape orangnya?orang yang bertuah tu syaza la. syaza2.kaifa haluk?i'm here.,awak2.saya nak mintak maaf ni. sebab teddy bear comel yang syaza bagi tyme form 3 tu da m.i.a ,,da merata da cari, tak taw la kalau adik sepupu terambil. tapi kan yang lady bird tu kita guna taw. dan bila baca balik kad syaza tu, tak taw la, semacam ada aura yang memberi inspirasi.<---bukan inspirasi tv 3 tuh.inspirationnn.yes2.teringat inspiration yang syaza bagi tyme f.4..syaza ingatlagi kew??btw. gud luck untuk exam!chaiyokk!!




Last but not least ni, yang paling best. hehe. best tok gambar ni. hadiahhh!!yayyy! so, kita start yang paling awal dulu ea.<----gaya macam nak bagi resepi je..okay.abaikan!

Gambar yang paling atas sebelah kanan.yeye yang ada model cilik tu,elok je dia pegang bantal barney tu kan. credit to zulaikha ,nawal ,sara ,khadijah ,fatin. sedangkan model tu suka apatah lagi tuan empunya bantal tu kan, Alhamdulillah, ianya masih ad lagi.

Upper left and the middle tu, my secret admirer bagi, (admirer la sangat kan). elok je orang tu berlakon. muka dia sangatlah innocent, macam tak tau apa2 dan kalau nak tau orang tu ialah syazana,a'ah ,.syazana yang garang tu,tak garang pon sebenarnya. dan jodoh kitorang kuat lagi kan syazana ,,dari form 1 sampai la kat uni ni.hehe,

Dan yang dua bawah tu, of coz lah dari tiga orang yang sememangnya awesome.aisyah syahira, adibah, sara. jangan terkejut, kita guna tyme kat u. dan mendapat feedback dan respon yang menarik terutama dari rakan kelas. tapi.,masuk sem 2 da tak guna da, sebab sayang, glitter kat pencil case tu asyik jatuh je. ti lame2 jadi colour hitam je.takpe kan..;)

Sebenarnya , mesti korang da dapat agak kan kanapa lah tiba2 adilla buat ni. haruslah sebab my past birthday kan. terima kasih banyak2 dengan segala hadiah, kad2 yang sememangnya adilla simpan lagi. and ucapan! Terima kasih kerana memberi peluang untuk adilla mengenali korang , dan ianya satu moment yang sangat berharga dan manis, di sinilah adilla dapat kenal siapa lawan, siapa kawan, ya! kite pernah hilang kawan sek rendah, dan sebab itulah adilla tak nak hilang kawan yang awesome macam korang. and adilla tak kisah pon kalau korang tak wish birthday, cukuplah kalau korang dapat doakan adilla dalam doamu.
Friends forever,best friends forever,friends for life, tak nafikan kata2 ni memang sesuai untuk ditujukan buat sahabat, tapi adilla percaya selagi mana kita ikhlas dan percaya dalam hubungan persahabatan ini, datanglah hujan, datanglah kemarau, sejauh mana pun kita dipisahkan dengan jarak dan masa, doalah penghubung kita. ibarat jalan raya yang memandu manusia ke destinasi yang diingini,

Ok. nampaknya masa selalu mencemburui manusia , kata2 akhir buat sahabat2 ku di UIA, fatin, najihah, khadijah ngan sara, jangan buat macam kat samttaj plak. takde la, belajar elok2, kite taw korang best student, kekalkan dan tingkatkan mometum belajar sebagaimana korang practicekan di sekolah!

To adibah@kaklongku..jangan kuat sangat bekerja time cuti2 nyh.buat kek+kuih.,hehe.nanti dapat mane2 offer study jangan lupe share dengan orang kat sini. doaku moga cite2 adibah untuk menjadi seorang doktor tercapai. Aminnnn!

Buat 2 sahabatku di timur tengah saneee, aisyah and syaza, jaga diri leklok, dok kat tempat orang, jangan nakal2. kongsi2 la ilmu dengan orang malaysia ni. syaza..sometimes iam still nak syaza ad disebelah bile kite rasa down.hehe.

Kepada Zulaikha, temanku yang berada di tapah, perak,, study actuary tu jangan kuat sangat, and thanks sebab sudi tumpangkan kereta, gosip sama2 ,haha, ada masa call la.hehe hopefully, jumpe ble2 ,i,m still meet the same person!

And..buat syazana, kite saje je, mention last2. sebab kita jumpa lagi kan. alhamdulillah. tak sangka. first time kita berkenalan dalam dorm masa f.1. tup,tup,tup. asasi pon kite jumpe lagi kan.moga2 syazana tak lupa kita la walaupun sama u.heehe.

Last sekali,.ny memang confirm last,haha, thanks sudi baca nukilan dan coretan walaupun kadang2 ada merapu2. harapnya. korang tak serik la untuk baca lagi. InsyaAllah, segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dtang dari diri sendiri, panjang umur, murah rezaki, ada jodoh kita jumpe lagi.



















                                     



















Saturday, July 7, 2012

Seperti kapas

                                                           Assalamualaikum,

Selamat hari sabtu!!selamat berhujung minggu semua, especially pada uollss yang bekerjaya!ahh.seronoknya dapat rehat kan, sambil2 layan citer hindustan kat tv3,petang pulak makan pisang goreng cicah air kopi, sungguh enak bukan???

Ok la.,berbalik pada entry kali ini, mesti ada pelbagai andaian kan dalam ingatan korang.yela.tajuk.seperti kapas??boleh jadi putik kapas ,boleh jadi gula2 kapas(baru minggu lepas makan) , boleh jadi bantal kapas dll.

Tapi kali ni, cik dilla nak kongsi satu lagu yang tajuknya seperti kapas nyanyian marvelles band(haruslah band indonesia kan).baru je malam tadi dengar.eh! bukan malam,pagi sebenarnya. lebih kurg pukul 2....a.m.hehehe,dekat mane?mestilah radio.channel ap?IKIM.FM.ingatkan pagi2 macamtu takde lagu best.tiba2 keluar la lagu ni.maka cik dilla pun hayatilah.

First impression.nak dengar lagi!sebabnya cik dilla ni.kalau ada lagu yang tak kena citarasa memang  dah tak nak dengar la. maknanya lagu ni mencapai la piawaian cik dilla kan.hehe, secondly, dengar lirik dia .terus dengar sampai habis.mungkin lirik dia nampak sikit dan straight to-the-point, tapi cukuplah untuk kita kenali siapa diri kita!InsyaAllah~


                                                         Dimana akan ku cari
                                                                  Harus ku cari siapa diriku
                                                                     Dimana ku kan berpijak
                                                               Ku 'kan bersandar saatku lemah


                                                                    Diriku ini seperti kapas
                                                             Terombang-ambing tertiup angin
                                                                    Diriku ini seperti kapas
                                                           Terombang-ambing tertiup angin
                                                        Lihatlah aku sentuhlah aku dengan cinta


                                                               Ku pasrahkan diri serahkan diri
                                                               Tubuhku ini pada-Mu Ya Allah
                                                                   Aku bersujud serahkan diri
                                                                  Jiwaku ini pada-Mu Ya Allah


                                                                     Dimana akan ku cari
                                                                  Harus ku cari siapa diriku
                                                                Entah dimana ku kan berpijak
                                                            Ku 'kan bersandar saatku lemah


                                                                                                                                                     copypaste