Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Second Half

Assalamualaikum =)

* Urut2 jari sat * 

Hye, welcome back! If you're just been here, i mean blogwalking and found something weird about the title, you can just refer to my previous post. Kalau nak la. Hahahaha

So, exam pun dah habis dengan jayanya, then what should I do? Nak2 di bulan Ramadhan ni kan. Hmm, hajat di hati nak bekerja, cari sikit duit poket, duit raya. Yela, dah besar macam ni kan sape je nak bagi. Tapi, pikir2 balik, siapa je yang nak ambik kerja dah nak raya ni. Makanya terkubur layu macam tu je angan angan akak. 

Deng! Nak dipendekkan cerita, one of my friend told me about a job vacancy. Urgent! Ada dua pilihan je ; promoter or cashier. Selidik punya selidik gaya mak jemah rupa-rupanya The Store nak buat jualan gudang dekat Stadium Nilai dari 8-14/7. Betullah tu 17/7 raya. Berapa hari je kan duk kat rumah sebelum raya. 

Pendek lagi cerita, setelah mengharungi sesi interview (bukan interview pun, datang isi borang, terus dapat), kitorang dibenarkan memilih department sendri kalau promoter lah. Dan akak pun dengan semangat yang waja, memilih dept ladies-kasut. Yess! Hehehe. Dan bermulalah hari akak sebagai promoter tak bertauliah selama tujuh hari.











Sorylah akak mampu payung lepas habis kerja je. Ni baru sikit, ada banyak lagi tak sempat nak snap. Ni pun sehari sebelum mula jualan.

Malam sebelum tu dah duk pikir da ramai ke tak esk orang datang. First day kan? Boleh ke nak handle sorang2 ni. Hahahaha. Hari pertama berlalu dengan sangaaatt mencabar. Tak menang tangan akak. Tapi, nasib baiklah ada sedara-sedara (promoter) depan belakang kanan kiri yang tolong. Kahkahkah. 

The most challenging part was to entertain customers behavior. "Size 36 ad? Warna lain ada tak? Ada restock lagi? Harga sebelum ni berapa?", tu baru sikit, but I think I can manage it well with a smile. Terharu dengan diri sendiri skejap. Dan as a promter of coz you have to standing all the time. Tapi kalau takde customer, pi lah pandai pandai cari tempat nak duduk. Hehehe.

Dan bila dapat peluang kerja part-time ni dapatlah merasa berbuka di surau in a row. Dan sebab ini adalah kerja part time pertama (sangatlah tak mencabar kan? hehe), so I have to admit that i am really happy and grateful. A lot of things I've learned! In sha Allah, next time if there's another chance to work sebelum kerja yang betul betul betul, i will take it. Hhehee.

Banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi macam tak taw nak start dari mana. Hahahaha. Well, thank you for your time. Next entry kita jumpe lagilah! 

p/s : Doakan akak gaji masuk cepat. Hehehe =)




Friday, July 31, 2015

First Half

Assalamualaikum =)

Terlalu lama rasanya tak bersua kan. Belek-belek another post, kecewa tahap tak tahu nak letak muka kat mana dah rasa bla tengok post untuk 2015 hanyalah 7 (read T U J U H ). Sikit naw, ibarat one month one post gitu. Well, boleh saja merumuskan yang tujuh bulan kebelakangan ni sangatlah bizi. Bhahaha. Tetapi, persoalannya busy ke malas? Haaa, jawapannya hanya terungkai di akhir post ini. 

So, cukup saja intro yang melalut, kita straight forward kepada main point kita. FIRST HALF. Well, my first half here describing about my Ramadhan. Even we're here still celebrating Eid, but you know Ramadhan will always left something meaningful. And this year, i'm celebrating Ramadhan with examination. Yeayy!

Actually it quite interesting coz my last ramadhan with examination was three years ago which i was in tamhidi (asasi). At that time, lagi mencabar sebab bayangkan satu hari ada 2-3 paper. Non-stop (berhenti sekadar menunaikan tjwab = solat). Habis exam dalam pukul 5 kena struggle rebut bas nak balik. Sampai sampai tengok makanan dah habis. Mana tak sedih akak time tu dikk. Pendek cerita, makan lepas isyak. Huhuhu. But, itu semua adalah pengalaman! Seronok bila pikir balik. Hahaha.

So, back to this year, its more relaxing. I mean, bukanlah setiap hari ada paper to be answered tapi alhamdulillah exam dan ramadhan tu seiring. Still can do some stuff which only can be done on Ramadhan. And the most challenging was me myself.

Alhamdulillah, one thing ive learned during this ramadhan, sabar. Be patience. Memang bila puasa dengan lapar, dahaga, kadang kita tak boleh nak kawal diri. Kadang2 benda kecik yang kita sendiri boleh selesaikan, kita jadi lost. Kita jadi nak marah, kita simpan dendam. But surely, bukan senang sebenarnya nak restrain ourself from that anger. But slowly, i kept talking to myself, sabar, sabar dan sabar. Tak rugi pun kita sabar instead we get something more valuable.

Lain orang lain cerita. Ada yang terbuka hati untuk berhijab, ada yang merasakan dah tiba masa untuk tunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-5 dan ada pelbagai cerita bila tiba Ramadhan. That was one of the magnificence of Ramadhan. And everyone deserve something from Ramadhan. Its either you realize or not.

So, thats all for my first half. In sha Allah next entry will be coming. Dan jawapan kepada malas ke bizi, hmm, I could say both! Jawapan selamat dekkk. Hahaha




Terimalah salam perantauan daripada pelajar tahun tiga jurusan Industrial Chemical of Technology.  Habis exam, memang kena bergambar dan muka muka nilah yang akan jumpa sampai next year. Next year? Huhuhu. (Psst: find someone who photobomb)



Tuesday, July 8, 2014

Coretan seorang manusia.

Assalamualaikum =)


Tak terduga masa itu tiba,
Tatkala gembira hadir,
Saat yang lain alpa dengan dunia,
Satu percikan kejutan berlaku,
Entah ini semua mimpi atau khayalan,
Terduduk, bingung ,
Deras air mata menitik,
Satu persatu hati mereka terusik,
Satu persatu juga air jernih laju bercucuran.

Pulang dari melawatmu,
Mata seakan payah untuk lelap,
Otak berlegar-legar masih mengingati raut
wajahmu,
Sukar untuk melupakanmu,
Walau perkenalan kita sangat singkat,
Tapi ku gagahkan diri, tebalkan kekuatan untuk
hadapi hari-hari peperiksaan dunia.

Kini Ramadhan sedang bertaut,
Engkau pergi sebelum sempat menikmatinya,
Tapi ku tahu kau bahagia disana,
Walau kau terkandas dalam jihad mnuntut ilmu,
Ganjaran besar sedang menantimu.

Doaku akan sentiasa ada, sahabat.
Kau seorang yang tegas dalam kelembutan,
Gembira dapat mengenalimu di dunia ini,
In sha Allah kita jumpa semula di dunia
yang kekal nanti.

-Alfatihah-




Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 1 : Khatam Al-Quran

Assalamualaikum =)

Wohoo, its been a while . And i miss blogging. Betul tak tipu!
So, how was your first Ramadhan? Tarawikh? Sahur?*agak agak kalau nak jawab semua pertanyaan ni, do comment in comment box below ya! hehe*

Setiap kali Ramadhan, cita-cita utama yang mesti dan kena capai adalah khatam Al-quran. Kalau nak puasa penuh, em em probability bagi insan yang bernama perempuan memang sikitlah. Faham kan. Permpuan diberi cuti.Nak solat tarawikh penuh pun bergantung pada puasa. Jadi, salah satu perkara yang orang kata in sha Allah perempuan boleh buat terutamanya adalah khatam Al-quran.

One day one juzu'.
Sebab Al-quran ada 30juzu'.
Tapi, bagi perempuan, selalunya kita akan ber'cuti ' puasa paling lama 15 hari. 
So, campur tolak, bilangan hari untuk kita mengkhatamkan Al-quran adalan 14 hari sebab selalunya kita puasa 29 hari. kan kan kan.

Then, kita masuk ke part yang lebih dalam sikit. Bukak hati bukak minda para readers. hahaha
Satu juzu' ada 20 pages. Kalau kita bahagikan dengan 5 kali solat, bermakna setiap kali solat, kita boleh baca 4 pages. Jadi, one day one juzu' berjaya dicapai. Tapi kiraan ini, adlah kiraan worldwide. 

Untuk kita hakak hakak ni, disyorkan up usaha sikit, mungkin satu hari 1 setengah - 2 juzu'. Kalau nak up lagi pun boleh, tapi harus diingatkan kalau baca biarlah dengan bacaan yang betul, tak langgar hukum tajwid, dan tak laju sangat. Yela, wlaupun kita nk khatam, biarlah seelok-eloknya kita faham ayat al-quran. Nanti kurang.. pahala kita dapat.

Oh, sebenarnya kite ni pun bukannya arif sangat, tapi ada sikit pengetahuan, nak la share sikit kan, takkan bile ada cokelat je bru nk share kan..pang!kan da kena, sapa suruh hang sebut cokelat di siang hari haaaa.
So, banyak lagi perkara yang kite boleh buat, sebab Ramadhan ni kan bulan ibadah. Makanya, jomlah kita buat jadual Ramadhan seolah olah ini Ramadhan terakhir kita. Kite pun tengah dalam usaha ni, doakan ye!


Lastly, selamat berpuasa pada sekalian alam yang membaca post ni, dan ampun maaf andai ada salah silap.
Ola ola, gila bola jugak, puasa puasa jangan lmah lemah jak. bhahahaha.
Getting your own spirit!




Friday, August 2, 2013

Mengemas ala-ala Perempuan Melayu Terakhir.ahakss

Assalamualaikum

Salam Jumaat dan salam 24th Ramadhan

"Diam tanpa melakukan perkara membuatkan hidup menjadi tidak tentu arah"

-shadiella-

Itulah yang sedang dialami oleh patik. bukan saja hidup, bahkan segala benda yang berada di sekeliling.huaa.sedih taw camni. seminggu sebelum cuti bermula dah set time dengan bermacam2 perkara nak buat.tapi bile cuti menjelma, bile penyakit malas datang, slow bebenor nak start.sadis kan!

But, harini, penyakit malas dah semakin berkurang.sebab dah dicure dengan ubat rajin .makanya proses mengemas bilik pun dapat dijalankan.hoorayy. nak kata sepah sangat tu idakla tapi penuh dengan barang-barang dari kolej yang tak disimpan-simpan.banyak taw !

Sebenarnya, barang-barang yang banyak tu adalah buku.well ,i kan ulat buku.(sangat). ditambah plak dengan buku2 lain yang tersusun tidak rapi di dalam rak, menyebabkan tiada ruang kosong untuk buku dari kolej.

So, atas kerelaan dan keredhaan hati, banyak jugak buku2 yang dirasakan macam dah tak digunakan lagi. bayangkan buku lower form pun still ada lagi .sapa nak guna?adik wa dah nak habis form 3.taun depan PMR dah takde lagi.nak bagi adik sepupu mesti dah gne silibus baru.kann?

Ada gak majalah2 yang kumpul since 2008 cam Remaja,Yezz! ngan Kawan,pun terpaksa dikeluarkan dari rak.majalah Kawan ni lama taw,kalau korang ingat, tak silap time sekolah rendah dah wujud.best kot, so time2 mengemas tu sempat la belek-belek citer Alin.(kalau korang tak taw pliss buat2 tau je ea,hehe)

Pastu terjumpa pulak report cars card time muda2 dulu,wah rase bangga plak dengan pencapaian dolu-dolu. dah, tak pyah nak bangga sangat!kalaulah result macam tu boleh dilihat lagi dalam result sekarang seghonoknyee.in sha Allah akan ku jadikan pembakar semangat.hehe


Slip masuk exam Spm pun ada lagi.
Nametag sekolah rendah.dulu orang panggil Shafiqah.


Alhamdulillah lebih kurang 2 jam ,siap dah proses kemas mengemas buku plus bilik sekali. banyak gak la virus yang dah dikeluarkan melalui bersin. almaklumlah banyak sawang dan habuk-habuk. sekarang diriku selesa di atas katil.bilik pun dah bersih, ruang pun nampak luas, susun atur yang kemas dapatlah dikonklusikan misi kali ini ..CLEARED. sambil tepuk bahu sendiri ,cakap bagus2. Sementelahan(lama giler tak gune perkataan ni,hee), Allah kan suka orang yang bersih.


Still wondering lagi mne nak letak buku2 ni!hmm.any idea?Recycle?Reuse?


gigih dia duduk bawah pokok mangga.hehe


Resepi2!adala beberapa resepi yang diambil dari majalah.
itte kan suka tengok resepi.tapi masaknye..hmm.


Haa..sapa kata dok rumah tak boleh kluaqkan peluh.see, mengemas sangat membantu taw. sihat je nanti.yang penting kita bergerak.bukan saje jimat kos, malah jimat masa. Jadi, apa lagi jom kite kemas!kan nak raya ni.mihmih



p/s:ingatkan pendek je ,entry kali ni,tapi tibe2 terpanjang plak.halal jela ea.



Monday, July 22, 2013

Jangan membazir, kawan!

Assalamualaikum and happy Ramadhan!

Kalau dicongak, dikira menggunakan kalkulator Casio-570MS(nak lagi cepat guna jari je.haha) , perjalanan Ramadhan kita hampir menjengah ke pertengahannya, tak dinafikan bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan kebaikan. buatlah apa pun kebaikan walau sekecil atom , walau niat sahaja, in sha Allah akan diterima.suke tak?*suke3*

Dah namanya bulan Ramadhan, bazaar Ramadhan pun tak nak ketinggalan. ni salah satu keistimewaan Ramadhan di negara Malaysia, Serius tak tipu!time -time ginila kita dapat tengok pelbagai kuih muih tradisional dijual disamping makanan -makanan yang enak lagi melazatkan. Salah satu kuih yang memang mesti beli time ramadhan ni adalah kuih tepung pelita. I'll tell you, sedap sehingga menjilat jari. tapi bahagian bawah dia jela yang makan sebab maniss, yang tepung tu makan jugak, kena makan bagi mengelakkan pembaziran. ingat air dengan eletrik je kita tak boleh bazirkan, makanan pun termasuk dalam list jugak taw.

Selalunya kalau nak beli makann tu mesti fikir banyak kali, "habis ke tak makanan yang beli ni?", "masuk tekak ke masuk tempat lain?", susah taw, nak2 lagi dak ni dahlah susah nak buat pilihan. tapi kadang-kadang tu terbabas la jugak sebab asyik sangat nak membeli, rambang mata tengok makann yang pelbagai, last2 time sahur, terpaksa buang jugak.sapa lagi nak makan?iftar nanti mesti dah basi. nampak tak pembaziran telah berlaku.huwaaaaa.

So, bagi mengelakkan pembaziran makanan dalam bulan Ramadhan ni, wajib untk menghabiskan makanan tersebut, sama ada yg dimasak mahupun yang dibeli(suke ati je bagi hukum wajib-likely mestilah), dilarang pergi ke bazaar Ramadhan, tengok suke ati je menghalang orang dri pergi bazaar,haha. bukan2 maksudnya pergi bila perlu agak2 macam teringin nak makan something macam AYAM PERCIK,end capslock dilla!kalau rajin pergi setiap hari, pandai2lah mengawal nafsu anda ye!

Percaya tak pembaziran ni satu habit.?tolonglah percayaaa.i beg you! satu tabiat yang selalu diamalkan reflect pada diri kita .mahukah kita dikenali sebagai manusia yang suka membazir?tak nakkk!jadi, jomlah dan marilah , sama2 kita practice di bulan Ramadhan ini untuk kurangkan pembziran, takpe slow2 kita practice hokayy. ni pun peringatan untuk itte jugak.



Siapa saya?walau saya kecik, saya juga tahu bergaya!
saje nak menepek gambar dak kecik ni


p/s :setiap hari dengar suara anak kucing, meow meow meow, tapi bila check kat stor takde pun.sangat pelik bukan.!







Friday, August 17, 2012

Jangan tinggalkan daku!

Assalamualaikum w.b.t,

Salam jumaat yang penuh barakah!

Betapa kurasakan BULAN ini,
begitu pantas berlalu,
hadirnya begitu lambat kurasa,
perginya seolah2  ini adalah yang terakhir untukku.

Ku bersyukur, Alhamdulillah kerna ,
diberikan peluang untuk bersama2 menyambut BULAN ini,
bersama2 keluarga sebulan,
setelah bertahun2,
mungkinkah ini satu kebaikan atau sebaliknya?

Alhamdulillah, pada BULAN ini juga,
aku sempat mengkhatamkan Alquran,
bersama menunaikan solat sunat Tarawih,
mungkin ini bukanlah yang terbaik buatku,
tapi setiap hari, setiap waktu,
aku cuba menjadi yang terbaik,
bersama2 mencari kemanisan dalam BULAN ini.

Tapi, diriku hanyalah insan biasa,
yang bisa lalai, bisa melakukan dosa,
doaku agar segala amalan yang dilakukan,
diterima, dihisab dan menjadi bukti dikala ku di SANA nanti.

Terima kasih Ya Allah,
kerna memberiku kesempatan berada dalam BULAN-Mu ini,
bersama keluarga meraikan,
moga BULAN RAMADHAN kali ini,
bukanlah yang terakhir buatku,
moga diberi kesempatan & peluang lagi,
untuk menyambutNYA !



Jangan tinggalkanku...............RAMADHAN!


Moga hati kita juga seperti ini.

Saturday, July 28, 2012

ROAD tOur to kindness

Hidup kita umpama sebuah jalan,
jalan raya? jalan lebuh raya?tempat peJalan kaki?
semua jalan ni akan membawa kita ke sebuah destinasi yang diingini,
tapi, pernahkah kita terfikir, tak semua tempat yang kita ingin pergi hanya ada satu jalan sahaja,
kan2..betul!Masih tak percaya? ragu-ragu lagi?still wondering?
ok, lets say kita nak ke kuala lumpur,
satu jalan je ke kita nak ke K.L..mesti ada banyak jalan kan..ada yang dekat, ada yang jauh,
tapi, akhirnya sampai jugak kan.

The same goes, bila kita nak berubah ke arah kebaikan,
bukan satu jalan je, kita boleh ikut,
banyak sangat!!!
sedangkan senyum sekecil zarah pun ditakrifkan sebagai sedekah,
dan sedekah itu dikira sebagai kebaikan,
apatah lagi perkara2 lain yang memang dah nampak kebaikannya secara zahir.

Tapi, selalunya perkara baik ni, bukan mudah untuk kita kecapi,
pasti ada halangan, rintangan, dugaan,
dan sebagai manusia kita tak boleh lari dari masalah,
apa yang harus kita lakukan adalah hadapi  setiap rintangan,
dengan usaha daya kita dan kudrat yang dianugerahkan.

Dan sama lah macam jalan yang kita lalui,
setiap jalan tu pasti ada lekuk sana, lopak sana,
yang pastinya membuatkan kita sebagai pengguna menghadapi kesukaran ,
towards  the destination,
tapi, adkah kita berhenti di tepi jalan raya,
hanya melihat masalah tersebut?
tidak kan, pasti kita akan lalu juga,
yang bezanya, kita cuba  menghalang dari masalah tersebut,
and finally dengan Izin Allah, sampailah kita di destinasi yang diingini.

So, tiada alasan lagi untuk kita tidak berubah ke Jalan yang lebih baik,
InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas, hati yang tulus,
Tuhan akan permudahkan segala urusan kita,
yang membawa ke final destination!

Saturday, July 21, 2012

#1

Bismillahirrahmanirrahim,


"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya  diturunkan Al-Quran,

sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai 

petunjuk itu dan pembeda (antara benar dan batil),
Kerana itu,barang siapa diantara kamu ada di bulan itu,
maka berPuasalah.
Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan(dia tidak berpuasa),
maka wajib menggantinya sebanyak hari yang ditinggalkan itu,
pada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu,
dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya,
dan mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu,
agar kamu bersyukur. (187)"  

Surah Al-Baqarah.


Tafsirul Ayat:

  1. Satu kelebihan bulan Ramadhan yang berbeza dengan bulan -bulan lain adalah turunnya Al-Quran.
  2. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan penyucian diri melalui puasa.
  3. Sesungguhnya ,Allah itu sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya dalam menunaikan puasa terutama bagi mereka yang sakit dan bermusafir.
  4. Shahru Ramadhan mendidik hambanya untuk bersyukur.

Wahhua'alam.