Tuesday, October 2, 2012

Bila jam berdetik!

Assalamualaikum w.b.t..

"Wake me up when September endd,,"
Selamat bulan Oktober! Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Minta maaf la lame sangat tak update belog yang tak seberapa ni, tapi hakikatnya, siapa je pun nak baca kann.haha

So, since dah masuk universiti ni dan menjalani kehidupan sebagai degree's student, banyak sangat perbezaan antara time foundation dan sekarang. and perbezaannye sangat2 lah ketara. the new thing that i've got in degree session is meet International student and International lecturer. Wahh, excited lebih kot bila ada intenational student dalam kuliah. Somalian lagi!ekaw adew?hehe.ijk

Tapi, tak sampai sebulan tiba2 dia dah tukar course?limaza? ni mesti kes tak berapa faham bahasa Melayu kan.hehe.jahatnye dilla oi.So, kita tinggalkan cerita Somalian, kita beralih pulak kat my english lecturer, Mr H_____..(teka la) beliau merupakan egyptian, dan yang bestnya kelas lecturer ny, memang semua orang dalam kelas tu mesti tak boleh lari dari ditanya oleh beliau. termasuklah cik dilla ny, rasenya setiap kali kelas beliau memang tak terkecualilah dari ditanya ,disuruh baca ,pendek kata memang suara ni akan bergemalah kat kelas(hiperbolanya ayat.)

Perkara paling penting yang tuan punya belog ni belajar sepanjang menjalani pengajian degree adalah pengurusan masa!Memang masa itu emas!bukan pepatah Melayu je yang dapat ungkapkan pepatah ni, tapi dalam Al-quran sendiri dah tertulis , tercatat dalam surah al-'asr.

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan mengamalkan kebajikan dan yang nasihat menasihati ke arah kebenaran dan kesabararan.



Rasa cuak, takut, gementar dll semua ada."dapat tak aku nak bahagikan masa antara belajar dgan ko-korikulum?, macamana aku nak uruskan kerja berkumpulan?"-antara pertanyaaan yang sering terngiang2  dalam kotak minda. so, bila pertanyaan macam ni selalu hadir, memang cik dilla akan buat reminder sama ada dalam phone atau stick note. manusia kan mudah lupa !jadi setiap masa, setiap detik memang harus ada reminder!tapi sebenarnya lebih kepada perancangan. bila kita dapat merancang dengan baik, Insha Allah , Allah akan permudahkan segala urusan kita!doakan cik dilla agar dia dapat mengharungi liku2 pembelajaran di universiti.

Jadi, jomlah sama2 kita merancang kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan sempurna. Mungkin sempurna itu masih belum layak bagi kita, tapi tak salah untuk kita mencuba. Semuanya berada di kuasa Allah, sekiranya bukan kita yang ubah, siapa lagi. Moga hari ini menjadi titik permulaan untuk hari esok yang lebih baik! Amin..


No comments:

Post a Comment