Saturday, October 6, 2012

Matahari itu besar dan terang.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi

Hari ini mood sangat baik untuk mengUpdate blog.Kenapa?rasanya takde apa2 sebab yang berkaitan dan yang penting munasabah.(haha).tapi tiba2 terfikir ada ke sesuatu yang terjadi hadir tanpa sebab. ke memang ada sebab atau diri ini yang tak dapat  cari sebab tu.huh parah kalo camtu ceghitanya.in fact, every single thing that happen towards us has their own reason !sama ada kita sedar atau tak.kan2.

So, kali ni cik dilla nak kongsi satu ilmu yang cik dilla dapat melalui pembacaan. saya memamg suka membaca, apa2 genre pun saya layan, samalah jugak bila dengar lagu, even tonton drama pun, kira Universal lah,hehe.yang penting apa yang baik kita ikut, apa yang kurang elok janganlah ikut kan.hehe dan novel yang cik dilla baca ni bertajuk Matahari karya Hilal Asyraf,tawu2 novel ni dah lama, cik dilla yang  tertinggal train,btw briefing sikit lah tentang novel ni.

novel ni tajuk je Matahari tapi bukan cerita tentang Matahari atau The Sun yang kita belajar tu, pasal gerhana matahari ke, berputar di paksi ke, bukan2,!sebaliknya apa yang penulis rasakan dari hati tentang matahari yang menyinar hidup seseorang, yang menjadi pemancar kegelapan dll.novel ni merupakan koleksi cerpen yang mempunyai maksud tersirat berkaitan matahari.

my roommate bagi pinjam

Dan salah satu cerpen yang betul2 reflect towards me adalah Hari-hari terakhir.haaaa.mesti korang dah terfikir yang ni sad ending kan?salah2.mula2 cik dilla pun fikir camtu tapi bila dah go through cerpen ni berlaku yang sebaliknya.Happy ending lah.ada banyak nilai2 yang cik dilla nak kongsi.

1.Redha 

R.e.d.h.a!bersangka baik terhadap Allah.Insha Allah kita mampu melalui segala onak duri .itulah yang berlaku kepada sang suami apabila menerima berita sang isteri yang dikahwini tidak sampai 3 bulan menghidap kanser hati.dan hanya mampu untuk hidup sebulan sahaja lagi.Walaupun sedih tapi dia tetap redha dan menerima segala kemungkinan yang berlaku.

2.Tidak berputus asa

Walaupun mengetahui sang isteri tidak mampu hiduplama, tetapi sang suami tetap percaya pada janji Allah yang akan mengabulkan segala doa hambanya.oleh sebab itu, sang suami tidak berhenti2 berdoa di MEKAH, agar Allah sembuhkan isterinya .

3.Mungkin hari ini hari terakhir buat kita

Yang ni mungkin bukan nilai, tapi satu peringatan dan muhasabah buat kita semua termasuklah diri cik dilla yang hina lagi kerdil ni.setiap orang akan menghadapi saat kematian, itu adalah pasti.yang tidak pasti adalah bila, dimana, bagaimana kita menghadapi saaat dicabut nyawa itu.cukupkah amalan kita yang hendak dibawa,banyakkah kebajikan yang kita buat sebelum ni.semua ini adalah muhasabah diri.
bilamana kita sentiasa mengingat mati, mungkin kita akan lebih menghargai setiap saat, minit dan jam yang kita lalui.

4. Allah itu Maha PEMURAH

DIA telah mengabulkan doa sang suami untuk hidup bersama isterinya.and yess, sang isteri bebas dari kanser hati, sangat pelik tapi itulah kebenaran dan buki kekuasaan Allah.Doa itu senjata umat Islam. tanpa disedari juga doa sang isteri juga dimakbulkan iaitu agar sang suami mendapat isteri yang solehah, penyayang sebagai pengganti dirinya. dan orang itu adalah si isteri sendiriŲ²

5.Kegembiraan yang berganda

Yang ni termasuk ending sekali lah, alhamdulillah lepas sang isteri dibuktikan bebas dari kanser hati, si isteri disahkan mengandung dan akhirnya kedua2nya mendapat anak kembar.lelaki dan perempuan.itulah kebahagiaan yang tidak dijangka yang Allah kurniakan buat mereka.

 Mungkin ada yang rasa ceerpen ni biasa je, tapi mungkin bagi sesetengah orang macam cik dilla merasakan yang lain.cuma harapan cik dilla, bagi korang yang membaca, harapnya, kedatangan ke post ni, mata yang tertumpu pada penulisan ini, mendapat sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dan tidak sia2.niat dihati untuk berkongsi.lain masa, lain lembaran kita jumpa lagi.

Terima kasih kerana membaca!

No comments:

Post a Comment