Thursday, March 14, 2013

Kami serupa tetapi berlainan


Assalamualaikum.

Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga dari 2 adik beradik yang mana adik keciknya adalah seorang lelaki, menyebabkan ramai yang membuat spekulasi yang pelbagai.

Wehh, untunglah jadi sorang je perempuan dalam adik beradik, tak payah kongsi2 barang
Mesti apa yang kau nak, mesti dapat kan??? 
Dua orang je?mesti boring kan.yela takde geng nak bergossip, (haish kalau dah namenya perempuan ,mau gossip je ye!) 

So, here I come to clear all the spekulasian. Masha Allah berterabur grammar, ni kalau budak2 bawah umur baca mau fail bahasa melayu diorang.haha. Sebenarnya tak semua statement yang orang bagi adalah betul dan sebaliknya. 

Kalau orang kata , untungnya tak payah berkongsi barang. Tapi pada side aku, kami berkongsi je barang bersama, even tali pinggang sekaki dia tu pun sempat pinjam taw. then sapa kata yang kami tak boleh pinjam meminjam barang. memang nampak macam tak berapa logic tapi itulah hakikatnya walaupun sebenarnya aku yang banyak pinjam barang dia.hehe

Secondly, bila mane orang cuba membandingkan keuntungan yang aku akan dapat bila ada adik beradik sikit, Ya. mungkin sesetengah orang akan begitu. tapi tidak pada gadis ni, ibu dan ayah aku banyak mengajar untuk membeli bila perlu, so kadang2 aku memang lambat sangat buat keputusan untuk beli sesuatu barang walaupun telah di offer oleh ibu dan ayah aku. sebab memikirkan perlu atau tidak. sampai kadang2 adik aku sempat perli "ha,,kaklong tu tengok barang lama2 tapi tak beli.buat  penat mata je." Amboi, nak lawan tokey nampak!

Geng? Mai ceq habaq mai,adilla dan adik dia memang boleh kamcing. boleh tubuhkan geng lagi.nak kata sangat kamcing of coz la tak boleh. sedangkan lidah boleh tergigit, ni apatah lagi adik beradik. Takdela rasa keboringan sangat mungkin sebab aku dah merasakan kemeriahan keluarga yang ramai bila balik kampung, jdi bila balik rumah rasa satu kelegaan sedikit. paling penting  boleh masuk dengan mana2 keadaan. Dan ada je benda yang kami buat bersama macam menonton running man together2 dan gelak sampai guling2 atas karpet sampai kena tegur dengan ayah sendiri, "apa yang bestnya tengok citer ni?"(sigh).Fyi, ayah masih belum dapat dipengaruhi dengan running man.

Makanya, diharapkan segala spekulasi yang diutarakan dah terjawab. Mostly, ini adalah common question yang orang selalu tanya, curious lah tu!harharhar. Ada apa2 soalan lagi, in sha Allah dak ni akan cuba jawab.





Adik kandung yang pakai baju pink dan  berkaca mata 



 

1 comment: