Thursday, March 28, 2013

Its KEEK now!

Assalamualaikum and Hi!

Harini ketika sedang berblogwalking ,terjumpa satu social networking. Bukan facebook, atau twitter mahupun Instagram apatah lagi friendster dan myspace yang dahulunya menjadi kegilaan budak budak sekolah(senyum-senyum tu  ingat zaman dulu2 la tu.hewhewhew)

And there you are,presenting KEEK.baca betui2.K-E-E-K.bukan GEEK.hehe. Ok sila maafkan insan yang serba kekurangan ini sekiranya korang dah tau akan kewujudan benda alah ni. ate teman ni budak baru, idok la tau benda2 social networking ni.huhu 

Disebabkan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi setinggi Gunung Kinabalu terhadap Keek ni, makanya   proses mencari dan menggali apa itu Keek telah dijalankan. Dengan kemudahan teknologi yang semakin mudah dan terbaik, kepada Incik Googlelah telah ku soalkan.(terima kasih!)

Mengikut apa yang dikatakan, keek ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 tetapi mula dikenali pada tahun 2012. Keek ni lebih kepada video, ala2 youtube tapi yang membezakan adalah durasi video keek yang limited iaitu 36 second je. Kalau tanya pasal features dia, apa yang boleh cerita ianya simple, macam youtube.korang boleh follow, comment ,share etc.

Ini kata WIKI : "What makes Keek different is that it focuses on short, personal video uploads. A ‘keek’ can only be 36 seconds long, and is usually uploaded directly from a webcam or smartphone camera. So unlike many of the professional vloggers floating around on YouTube, the content is less polished – but also far quicker and reactive. Think of it like Twitter or Tumblr, only this time focused solely on video."

Dan setakat ni, ramai jugaklah selebriti2 Malaysia yang dah membuka acc Keek ni, sempat jugaklah menjadi stalker .Antaranya Mia sara Nasuha, nampak tak kanak-kanak sekecil itu pun dah pandai berKeek. 


Suka video ini.mia nampak comel bertelekung sambil beri nasihat .

Oh before terlupa, post kali ni, bukan dari duta Keek mahupun siaran tajaan. Just for sharing, in case kalau korang berminat nak post video in a short time, Keek is the best way, maybe!

Thanks for reading!

Tuesday, March 26, 2013

Good to know


Assalamualaikum dear,


Baru - baru ni satu pemeriksaan kesihatan  percuma telah diadakan di hadapan sebuah pasaraya. Pasaraya apa biarlah ianya menjadi rahsia.Walaupun tahu korang tak nak tau pun.kankankan.

Oh sebelum terlupa, sebenarnya tujuan asal nak beli sedikit barang untuk dibawa pulang ke kolej tersayang, tiba tiba terdrop by dekat satu khemah tu, Mula-mula tak tau pun ada pemeriksaan kesihatan .ingatkan ada kenduri ke apa.(ok taw agak tak munasabah kenduri depan pasaraya)sebab ada banyak makanan .serius tak tipu!

Tiba-tiba sorang nurse ni menghampiri dan tanya umur berapa?dalam hati nak cakap 18 ke 20 tahun, sebab rasa diri ni muda lagi, huhu.at last 20 thun jugak yang terkeluar dari mulut ni.dan nurse yang baik hati tadi pun bagi sekeping borang dan booklet kesihatan untuk diisi.

Setelah half dakwat pen telah digunakan untuk mengisi borang tersebut(sungguh hiperbola ayat hang) maka sesi pemeriksaan dimulakan. siap ada checkpoint lagi.


1. Timbang berat dan ukur ketinggian

tujuan utama nak kira BMI ;BODY MASS INDEX..bagus ni kalau korang tahu berapa BMI masing-masing. Melalui pengiraan bmi ni kita dapat tahu adakah berat kita sesuai dengan ketinggian kita atau sebaliknya. dan I'm normal.

2. Blood pressure

Time ni agak gementar sikit, sebab aritu masa nak derma darah , check2 tekanan darah kurang .tu yang tak layak nak derma darah.kemon la doktor2 malaysia, sepatutnya gembira la ada orang sudi untuk mendermakan darahnya.ni tak tolak mentah2.ah barang yang lama jangan dikenang*sigh(berdrama jap). tapi bila check Alhamdulillah normal 120/70.

3.Ujian Thalassemia.

Thalassemia is a blood disorder passed down through families (inherited) in which the body makes an abnormal form of hemoglobin, the protein in red blood cells that carries oxygen. The disorder results in excessive destruction of red blood cells, which leads to anemia.

source:http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000587.htm

Pendek kata. kurangnya sel darah merah.(memang pendek terus).Masa ni sedikit darah di lengan ku telah diambil untuk diuji. keputusan mungkin akan keluar 2 minggu lagi.Hopefully ,ok lah.

4. kandungan gula dalam darah.

ha, ni nak ghoyak, walaupun diri ini tiada sedikit pun darah Kelantan, tapi kecintaan diriku terhadap benda-benda manis ni sangatlah tinggi. bukanlah sampai tak dapat dibendung, tapi sampaikan sambal pun nak manis, apa kessss!so, agak risau la kalau2 muda2 lagi dah ada kencing manis kan.tapi luckily normal dengan kiraan 5.8.

Walaupun nampak agak ringan pemeriksaan kesihatan ni, tapi sebenarnya sangatlah penting. Tak semstinya orang yang berusia je harus buat pemeriksaan yang kerap. tapi kita yang muda2 ni,(I termasuk sekali taw dalam golongan muda.hee) jangan anggap muda bebas tanpa penyakit. Tak salah kita periksa sejak awal sebab cure better than prevention. Takkanlah dah terhantuk baru tengadah kan.

Lastly, buatlah pemeriksaan kesihatan jika berkesempatan terutamanya kalau nampak ada pusat2 kesihatan yang buat pemeriksaan free2 ni.anywhere and anytime. Lagipun pantas dan efisyen nurse2 ni buat kerja plus makanan dan minuman pun disediakan, kira 2 in 1 lah.

Salam =)

Wednesday, March 20, 2013

Fears and frustration

Just a little MEMO,,



Cuz i'll be your wall,
for you to lean on,
when you fall just try to hold on,
i'll be back in your arms,
together we always be,
for what may come.



:. i'm always try to be someone who useful to others, not to be used  but always be there when they need.

:. i know that sometime, i'm do nothing for some reasons.

:. even we are far away, stay in different continents, but we are close to each other.

:. as long as we have faith to Him, we will keep in touch in du'a .In shaa Allah


Thursday, March 14, 2013

Kami serupa tetapi berlainan


Assalamualaikum.

Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga dari 2 adik beradik yang mana adik keciknya adalah seorang lelaki, menyebabkan ramai yang membuat spekulasi yang pelbagai.

Wehh, untunglah jadi sorang je perempuan dalam adik beradik, tak payah kongsi2 barang
Mesti apa yang kau nak, mesti dapat kan??? 
Dua orang je?mesti boring kan.yela takde geng nak bergossip, (haish kalau dah namenya perempuan ,mau gossip je ye!) 

So, here I come to clear all the spekulasian. Masha Allah berterabur grammar, ni kalau budak2 bawah umur baca mau fail bahasa melayu diorang.haha. Sebenarnya tak semua statement yang orang bagi adalah betul dan sebaliknya. 

Kalau orang kata , untungnya tak payah berkongsi barang. Tapi pada side aku, kami berkongsi je barang bersama, even tali pinggang sekaki dia tu pun sempat pinjam taw. then sapa kata yang kami tak boleh pinjam meminjam barang. memang nampak macam tak berapa logic tapi itulah hakikatnya walaupun sebenarnya aku yang banyak pinjam barang dia.hehe

Secondly, bila mane orang cuba membandingkan keuntungan yang aku akan dapat bila ada adik beradik sikit, Ya. mungkin sesetengah orang akan begitu. tapi tidak pada gadis ni, ibu dan ayah aku banyak mengajar untuk membeli bila perlu, so kadang2 aku memang lambat sangat buat keputusan untuk beli sesuatu barang walaupun telah di offer oleh ibu dan ayah aku. sebab memikirkan perlu atau tidak. sampai kadang2 adik aku sempat perli "ha,,kaklong tu tengok barang lama2 tapi tak beli.buat  penat mata je." Amboi, nak lawan tokey nampak!

Geng? Mai ceq habaq mai,adilla dan adik dia memang boleh kamcing. boleh tubuhkan geng lagi.nak kata sangat kamcing of coz la tak boleh. sedangkan lidah boleh tergigit, ni apatah lagi adik beradik. Takdela rasa keboringan sangat mungkin sebab aku dah merasakan kemeriahan keluarga yang ramai bila balik kampung, jdi bila balik rumah rasa satu kelegaan sedikit. paling penting  boleh masuk dengan mana2 keadaan. Dan ada je benda yang kami buat bersama macam menonton running man together2 dan gelak sampai guling2 atas karpet sampai kena tegur dengan ayah sendiri, "apa yang bestnya tengok citer ni?"(sigh).Fyi, ayah masih belum dapat dipengaruhi dengan running man.

Makanya, diharapkan segala spekulasi yang diutarakan dah terjawab. Mostly, ini adalah common question yang orang selalu tanya, curious lah tu!harharhar. Ada apa2 soalan lagi, in sha Allah dak ni akan cuba jawab.





Adik kandung yang pakai baju pink dan  berkaca mata