Sunday, August 25, 2013

riang raya aidilfitri di hari minggu

Assalamualaikum 

Hai hai! sambil buat muka cute. *dush kasi penumbuk sket.(ni namanya don't-know-how-to-start) .haruskah buka buku manual?

Straight to the point, ini adalah cerita raya cik dilla. lama sangat kan baru nak update. So, last week, menjadi hari yang tersibuk terutamanya hari sabtu. Mengapakah?jangan ditanya lagi sebab nak jawab la ni.huihui
Memang menjadi satu tabiat, bila aidilfitri tiba, adat kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara menjadi the top one. Jadi, bila weekend memang kitorang satu family akan bersiap fizikal dan mental untuk menerima kunjungan. kunjungan raya je.cehwahh.

Makanya, mesti korang tertanya-tanyakan apa menu utama yang kitorang hidangkan.hehe. setelah dipikir-pikir, menu yang menjadi pilihan adalah nasi lemak beserta rendang daging dan soto ayam. sedap ke tidak?jangan sampai leleh ayaq liuq naaa.haha.tapi yang soto ayam tu masa hari rabu, my mom punya sibling datang awal .buat mana yang sempat. hehe. dan2.lagi satu yang best sangat taun ni sebab my homemade kuih raya habis tau. takut sangat buat kalau tak habis, sebab setiap tahun memang tak habis. membazir.so, mempersembahkan ..



M&M Chocolate Chips cookies


close up sket..melting nyaa.(puji diri sendiri,haha)


Bubble chocolate rice.


Mana tak habis dah bahan utamanya adalah coklat. so, kanak-kanak memang sukala makan benda-benda manis ni. memang sengaja buat untuk kanak-kanak ni. coklat dan kanak-kanak kan memang tak dapat dipisahkan. adik-adik,pasni jangan makan manis2 lagi ea nanti gigi rosak. tak handsome and pretty nanti.hehe

Jadi, malas nak type panjang2, apa kata scroll down and see the picture calmly okayyyy.

First trip from my mom's side
atas: anak buah ibu
bawah : kakak dan adik ibu(ce teka mana kakak,mana adik.haa)


second trip(family maklong; kakak ayah)
ni semua anak buah ayah


tak taw la apa yang diborakkan.khusyuk bebenor


tadaa, ibu dan ayah dah jadi atuk ngan wan,
caye pun dah jadi maklong, ni semua anak buah saye. ada lagi yang kat dalam.hee


maklong dan pak itam spotted
suke taw dok lua.katanya nak ambik angin.


Its time to back.sepatutnya ada lagi satu kereta. sebab diorang ni 4 orang adik beradik
ni mesti kes tak sempat ambik gambar ni.haha


Alhamdulillah, terima kasih sebab datang wahai makcik2 dan pakcikku, semoga kita semua diberkati hubungannya. harini dah masuk raya ke berapa ea?cuti lama2 dah tak ingat tarikh dah. sempat lagi kan nak puasa enam? jangan lupa ya ma friends walaupun ianya sunat. lastly ,pray4egypt, peace!










Thursday, August 15, 2013

Finding time to sleep

Assalamualaikum peep!

"When you try your best, but you don't succeed"
don't ever give up. you still have a chance to improvise .

"When you get what you want, but not what you need"
it always happen !sometimes we will feel it worthless, sometimes it is not on the right time  .

"When you feel so tired, but you can't sleep"
do what you love! 

"fix you by coldplay"

post kali ni sebenarnya nak menghilangkan kerinduan pada blog tercayang nih sambil mengharapkan mata ni ngantuk, dari semalam nak menaip, dok pikir nak menaipp, terngiang-ngiang bunyi keyboard ketak ketuk(bukan ketuk-ketuk Ramadhan taw) tapi malas. haish kuat bebenor sakit malas ni.parahparah. apa-apa pun, rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Aidilfitri kali ni, membawa seribu serba satu keriangan serta kesyukuran.heee

Dalam kita sibuk menyambut syawal, jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. hulurkan doa agar mereka tidak rasa kesunyian Anugerah Syawal kali ini. kan dah terpengaruh dengan lagu anugerah syawal bunkface .bhahaha. 

See you next time . 





Tuesday, August 6, 2013

Considerate

Assalamualaikum

Considerate is a part of attitude. Attitude reflects us. who we are .atau dalam b.melayunya bertimbang rasa. tapi, lately ni, selalu sangat jumpe dengan orang yang tak nak bertimbang rasa walau sedikit. kak, bang, susahlah camni kalau tak nak bertimbang rasa. 

there are few places yang mana word considerate ni jarang orang aplikasikan. jarang-jarang maksudnya tak selalu. tak semestinya adik manis atau abang handsome yang sedang baca post ni, mungkin jiran, kawan, siapa tahu..kanzz.

Jalan raya
Mind your own line. yang perlahan di sebelah kiri ,yang laju sikit di sebelah kanan. betulkan camtu cikgu memandu awak ajar?agak-agak kalau kete tu dalam kelajuan 50km per hour jalan plak kat line kanan, moleklah kirenya memandu di line kiri sekali. sampai bagi sign lampu, tapi tak nak gerak. tidak kah mengundang kemarahan pemandu lain?

Tempat Parkir kereta
Tiba2 rasa Oh My B.Melayu!(terskema plak). Sikap bertimbang rasa selalu dapat dilihat bila ada satu kenderaan sedang menunggu kenderaan lain nak park kat tempat parkir tersebut. Then ada kenderaan lain yang tiba-tiba mencelah masuk. tidakkah sepatutnya kita mengamalkan first come ,first serve?takkanlah sebab nak kejar big sale ,kite ambil jalan mudah. kesian kot ,orang yang dah lama menunggu.

Kiosk/gerai jualan/pasar tani/pasar malam
Ni selalunya terjadi antara penjual dan pembeli. penjual berhak meletakkan harga jualan dan pembeli pun berhak mendapatkan harga yang diingini. harga kawtimm la gitu. tapi kadang-kadang ada sesetengah penjual yang sangat strict dengan harga ;tak boleh nak kurang sikit ,then ada jugak pembeli yang mintak harga murah sangat. hee, agak-agak la jugak kan, penjual pun mau untung jugak maa.

Bookstore
Yang ni taklah termasuk dalam kategori kritikal, tapi masih penting jugak. Kan ada sesetengah bookstore yang melarang orang membaca buku-buku kat situ. siap letak sign 'dilarang membaca'  besar-besar lagi. tapi lagi deme larang, lagilah kite nak baca kan. kalau bernasib baik, taklah kene tegur dengan pekerja kat situ, kalau tak. dengarlah bebelan diorang. tapi sebenarnya diorang pun penat jugak asyik nak tgur je. faham-faham sendiri la derr.

So, ni adalah sedikit dari yang ada. Sebenarnya kat mana-mana tempat pun sama je. it is our responsibility. it is not hard to practice. practice makes perfect. it's time to change through a good way for a better future. make it fun, so you'll enjoy every moment you do.

Sorry kalau ada yang terasa. post kali ni takde kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah tiada. just for sharing.


p/s :tibe2 rasa post kali ni a little bit serious .haha




Friday, August 2, 2013

Mengemas ala-ala Perempuan Melayu Terakhir.ahakss

Assalamualaikum

Salam Jumaat dan salam 24th Ramadhan

"Diam tanpa melakukan perkara membuatkan hidup menjadi tidak tentu arah"

-shadiella-

Itulah yang sedang dialami oleh patik. bukan saja hidup, bahkan segala benda yang berada di sekeliling.huaa.sedih taw camni. seminggu sebelum cuti bermula dah set time dengan bermacam2 perkara nak buat.tapi bile cuti menjelma, bile penyakit malas datang, slow bebenor nak start.sadis kan!

But, harini, penyakit malas dah semakin berkurang.sebab dah dicure dengan ubat rajin .makanya proses mengemas bilik pun dapat dijalankan.hoorayy. nak kata sepah sangat tu idakla tapi penuh dengan barang-barang dari kolej yang tak disimpan-simpan.banyak taw !

Sebenarnya, barang-barang yang banyak tu adalah buku.well ,i kan ulat buku.(sangat). ditambah plak dengan buku2 lain yang tersusun tidak rapi di dalam rak, menyebabkan tiada ruang kosong untuk buku dari kolej.

So, atas kerelaan dan keredhaan hati, banyak jugak buku2 yang dirasakan macam dah tak digunakan lagi. bayangkan buku lower form pun still ada lagi .sapa nak guna?adik wa dah nak habis form 3.taun depan PMR dah takde lagi.nak bagi adik sepupu mesti dah gne silibus baru.kann?

Ada gak majalah2 yang kumpul since 2008 cam Remaja,Yezz! ngan Kawan,pun terpaksa dikeluarkan dari rak.majalah Kawan ni lama taw,kalau korang ingat, tak silap time sekolah rendah dah wujud.best kot, so time2 mengemas tu sempat la belek-belek citer Alin.(kalau korang tak taw pliss buat2 tau je ea,hehe)

Pastu terjumpa pulak report cars card time muda2 dulu,wah rase bangga plak dengan pencapaian dolu-dolu. dah, tak pyah nak bangga sangat!kalaulah result macam tu boleh dilihat lagi dalam result sekarang seghonoknyee.in sha Allah akan ku jadikan pembakar semangat.hehe


Slip masuk exam Spm pun ada lagi.
Nametag sekolah rendah.dulu orang panggil Shafiqah.


Alhamdulillah lebih kurang 2 jam ,siap dah proses kemas mengemas buku plus bilik sekali. banyak gak la virus yang dah dikeluarkan melalui bersin. almaklumlah banyak sawang dan habuk-habuk. sekarang diriku selesa di atas katil.bilik pun dah bersih, ruang pun nampak luas, susun atur yang kemas dapatlah dikonklusikan misi kali ini ..CLEARED. sambil tepuk bahu sendiri ,cakap bagus2. Sementelahan(lama giler tak gune perkataan ni,hee), Allah kan suka orang yang bersih.


Still wondering lagi mne nak letak buku2 ni!hmm.any idea?Recycle?Reuse?


gigih dia duduk bawah pokok mangga.hehe


Resepi2!adala beberapa resepi yang diambil dari majalah.
itte kan suka tengok resepi.tapi masaknye..hmm.


Haa..sapa kata dok rumah tak boleh kluaqkan peluh.see, mengemas sangat membantu taw. sihat je nanti.yang penting kita bergerak.bukan saje jimat kos, malah jimat masa. Jadi, apa lagi jom kite kemas!kan nak raya ni.mihmih



p/s:ingatkan pendek je ,entry kali ni,tapi tibe2 terpanjang plak.halal jela ea.