Friday, October 24, 2014

Semuanya tentang AKU

Assalamualaikum =)



Bukan aku --,
Yang meracuni akal itu.

Bukan aku --,
Yang khianati rasa itu.

Bukan aku --,
Yang memadam cahaya itu,

Tapi aku --,
Yang mengubati sakit itu,

Sebab aku --,
Yang inginkan rasa itu semula.

Agar aku --,
Mampu bersama mengiringi
cahaya itu. 




Friday, September 5, 2014

Baju Biru

Assalamualaikum =)





 " Entah, dari mula,
Tak terfikir aku mampu capai misi ini,
Dan, sekarang aku telah berjaya."



Tadaaa, harini serasanya nak menunaikan janji yang pernah disebut-sebut dulu la. Almaklumlah, semester baru bakal menjengah. Lepastu, faham faham la bila da start masuk belajar , blog ni mesti bakal terkapai-kapai tanpa tulisan yang ada. My bad.

Back to story, macam yang di'teaser'kan sebelum ni, Alhamdulillah i'm officially Ltm(PA) Shafiqah Adilla Shaharudin. Perasaan?Of coz la, sedikit gembira, sedikit terharu, sedikit sdih. Tak boleh banyak-banyak. Biar sikit sikit, nanti perasaan tu tak hilang. Heeeee

Well, sejujurnya, dulu masa awal-awal nak masuk Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), sdikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan setutor. Bukan beriya pun nak masuk. Yela, siapa-siapa pun tak pernah sangka aku masuk benda-benda macam ni. Kawad? Akak tak pandai dek, apatah lagi mencintainya. hahaha Lepastu, bila da dapat masuk, nawaitu tu berubah, sebab nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain. 

Then, Sem 1 pun bermula dengan jayanya dan aku pun mengikutinya dengan noob'nye. hehehe. Ada kursus aku pergi, ada perbarisan aku ikut. Masa tu tak tau kenapa kena ikut kursus ni. Oh ye, SISPA ni aku perlu ikut selama 4 Sem, means 2 tahun plus minus. Dan termasuk dalam credit hour. Walaupun satu jam kredit, bermakna tawu. Sampailah akhir sem 2, kitorang perlu/wajib mengikuti kursus kawad. Rupa-rupanya untuk ditauliahkan menjadi Leftenan Muda ni, kena ikut beberapa kursus. Barulah Cik Kiah tahu, nampak tak ke'noob'an terserlah.

Bila dah start masuk sem 3/tahun 2, kemalasan mula terbit. Rasa nak give up. Macam, aku tak nakkkk, boring la sambil jerit dalam bilik air.hahaha. Tapi, aku ni jenis yang kadang kadang tu positive, aku cakap, "adilla comel, kau kena kuat, tahun ni je, rugi la da setahun kau ikut" (baca dengan bisikan, baru feel)
Sedikit sebayak kepositifan itu ada, dan akhirnya setelah mengharungi pelbagai kursus dan mainan perasaan, ehhh. akhirnya...................drumroll





Sayalah ni yang berada pada kemalapan.
Makcik belakang tu macam pandang kamera je.


Kami ditauliahkan di UKM dan start berkampung pada 16/8-19/8. 




Start menjejakkan kaki ke padang kawad UKM, terus kitorang dipanggil untuk latihan kawad lalu.
Aku duduk barisan hadapan. Cuak tu lagi la terasa lebih lebih lagi Kontinjen Usim kontinjen pertama lalu. Hoii, ketaq lutut nak nak dengan dua pusingan. Phewww.





D-day, dimana kami ditauliahkan. Dengan kepenatan tambah kemasaman peluh, gagah kami bersiap untuk ditauliahkan. Yayyy.




Inilah aku dan mereka. Ye aku yang biasa, dengan mereka yang awesome. Seronok dapat kenal mereka. Dengan ragam yang macam-macam. Kepala semua senget-senget. Tapi, bila buat mesti bersatu hati. 





Terima kasih buat semua pegawai yang melatih kami, walau ku tahu mereka tak baca pun blog ni, yang bertungkus lumuih, well ini adalah yang terbaik dapat aku berikan. 

So, lepas ni, yang tinggal adalah amanah dan tanggungjawab. Adanya pangkat bukan untuk dibanggakan, bukan untuk ditayang tinggi-tinggi. Yang dipandang, dicelik adalah amanah yang dilakukan dengan ikhlas. In sha Allah, cuba jadi yang lebih baik. Terima kasih daun keladi pada yang sudi membaca already. (saje nak samekan sebutan belakang, hahaha) hambar ---
















Monday, September 1, 2014

Viddsee.com : Untuk anda yang sukakan Cerita Pendek(ShortFilm)

Assalamualaikum =)

Salam 1 SEPTEMBER. Cepatnya masa berlalu ye dakk. Rasanya belum terlambat dan terlewat untuk melaungkan Merdeka Merdeka Merdeka Malaysia yang ke-57. Ulangtahun kemerdekaan kali ni penuh dengan kasih sayang sejajar dengan slgan "Malaysia, Di sini Lahirnya  Sebuah Cinta". Ye saya cintakan keamanan di Malaysia.

So, apakata kita menyimpang sikit dari topik Merdeka, dan teruskan dengan apa yang sepatutnya. Viddsee.com. Apa itu Vidsee.com? Da macam google pulak aku menengoknya. hehe.Vidsee ni merupakan sebuah laman yang memaparkan pelbagai short film dengan pelbagai tema. Dan ianya bukan sahaja karya Malaysian tetapi dari serata Asia. Ada yang dari Indonesia, Jepun, Korea Selatan dll. 




Bayangkan di suatu petang yang tak berapa panas, bukak laptop, bukak file movie, semua cerita dah habis tonton. Nak tidur, tak mengantuk, hati tetap ingin menonton cerita. So, bukaklah laman sesawang ni, dan pick your short film. Senangkan. Ini bagi anda yang suka menontonlah.






Kalau nak tahu, bawah ni adalah satu short film daripada Sharifah Amani, yang first aku tonton. Tawu pun daripada beliau. Tapi takdelah bagitahu direct kan, agakla kan,sapalah kita ni. hehehe. Tajuk Sangkar(Cage). Lagi satu jangan terpengaruh dengan cover, sebabnya at the end korang mesti tak percaya. 




Dan berita terbaiknya, bagi korang yang punya idea untuk short film, tapi takde tempat nak share selain Youtube, jangan malu, jangan segan untuk submitkan karya korang ke sini. Selain berkongsi idea, boleh jugak tonton talent2 lain jugak. Yang bijak IT, nak hantar animasi macam Upan Upun pun boleh. Best dan menarik kan? Jangan lupa klik ke Viddsee.com .








Thursday, August 28, 2014

Pasca Syawal

Assalamualaikum =)

Khamis||270814||2Zulkaedah


Nampak tak, Syawal dah melabuhkan bulannya. So, macam mana hari hari raya anda anda semua? Baju raya cuba pakai balik, muat ke tidak? Pipi usha sikit dekat cehermin sakti, nampak bambam ke tidak?hahahaha. Selalunya, akak-akak yang selalu buat gini, pangkat abang-abang ni, tak kisah rasanya. Gentleman kenzz.

Seiring dengan raya tahun ni, bermakna dah 21 tahun aku menyambut raya. Dari sekecil-kecil bayi, sampailah sebesar-besar ni. Taklah besar sangat ye, jangan salah faham. Terlalu banyak perubahan yang aku sedar. Kalau dulu, time kanak-kanak, duit raya tu ibarat satu kemestian. Nak nak bila salam orang mesti tunggu tepi kain mak, acah acah malu tapi mahu. Sebenarnya tunggu duit raya. Bila dah dapat senyum lebarla dek oii. Tapi sekarang, malulah nak buat macam tu, dah besar. Tapi, alhamdulillah la, masih lagi ada yang sudi memberi. Tu yang sukaa, konon malu bila orang hulur, tapi tangan tu tetap ambik. hehehe. Rasanya tak salah, sebab selagi tak kerja, takde duit sendiri dan yg pling penting tak KAHWIN lagi, duit raya masih boleh diterima. high five sape yang menyokong. kihkihkih




Nyawa, jantung, hati, semuanya.



Kuih raya. Sebab aku bukannya pemakan tegar kuih raya, so tak berapa taula kuih raya yang tengah in tahun ke tahun. Cuma yang ingat dulu dulu, Almond London yang paling hotzz. Sekarang dah macam-macam, sebab orang Malaysia ni memang bijak bab bab mengubahsuaiikutseleramasingmasing, maka keluarlah kapit coklat, stroberi, tart bunga blueberry, dan macam macam lagilah. Ape2 pun, tekak ni still lagi mencari kerepek-kerepek bila bertandang ke rumah makcik pakcik. Dan disebabkan kemalasan yang tak dapat dibendung, tahun ni kuih raya hasil jari jemari Cik Kiah ni tiada. Jadi membelilah kita pada peniaga-peniaga.

Satu perkara yang memang orang menitikberatkan adalah baju raya. Bila raya, semua nak nampak cantik, jadi pakaian dari atas sampai bawah mesti nak nampak cool dan havoc, bukan?(main hantam je ayat)So, tahun ni, macam-macam jenis pakaian aku tengok. Kalau perempuan, kebanyakkannya memilih dress/jubah instead of baju kurung. Mungkin peredaran zaman dan keberkesanan penjual-penjual online shop. Yang lelaki, macam biasa, baju melayu, samaada full set atau half set. Kalau nak nampak baju Melayu macam Wak Doyok pakai kat kampung tu, memang takdelah, datang bando mungkin ada. bhahahaha.

Sesi kunjung mengunjung masih lagi menjadi tradisi. Tak kisahlah pergi rumah sedagha ke, jiran tetangga ke, bakal mak mertua ke,masih lagi orang praktikkan. Cumanya, kadang-kadang waktu kedatangan tu, macam tak sesuai. Datang time sembahyang jumaat(ni budak-budak), memang akak tak bukak la dik, sory sangat2. Macam biasa, tahun ni, family ibu dgan ayah sampai jugak ke teratak kami. Tapi, disebabkan ada beberapa musibah yang terjadi, family yang datang tak complete macam selalu. Nenek tak datang, maklong-paklong pun tak kunjung. Jadi, raya tahun ni pun tak begitu meriah. Just sederhana seperti yang sepatutnya.

Haaaa dan salah satu kemeriahan raya di Malaysia ni, bajet macam pernah beraya obersea la pulak, adalah rumah terbuka atau bahasa omputehnya Open House. Selalunya minggu kedua raya penuh jemputan rumah terbuka. Sebab utama, senang jemput ramai orang, satu hari tuh, cukuplah kau melayan tetamu yang datang dengan juadah yang pelbagai. Gituu. Tapi, kadang-kadang bila dah ramai yang datang, tak cukup tangan,kaki dan mulut dek oii nak melayan semua tetamu. Betul kan? 

Oh terlanjur cerita pasal second week of raya ni, memang sadis dan tragis cerita ni. Orang lain sibuk beraya pagi petang, ada tu sampai tak balik-balik(ni ohver sangat beghaya), aku pulak dah kena berk***u* untuk melengkapkan sesi *au***h di Seremban. haha, memang saje nak bagi korang pikir-pikir. Dan alhamdulillah dah selesai semuanya. Mungkin next entry akan aku kabo kan. So, tunggu jelah, kalau korang nak taulah, tak nak takpe pun, tak paksa.hehehe. Okayyyy!

Teaser konon. hehe
cc :whatssapp






Thursday, August 7, 2014

Rantai rasa

Assalamualaikum


Astaghfirullahalazim,
Ucap panjang,

Mungkin di sini bukan medium terbaik untuk bersemuka,
Sambil menunggu ruang untuk bicara,
Mohon moga-moga permintaan ini didengari.

Mengapa lemah sangat untuk mempertahankan,
Bukankah dulu pernah membuat perjanjian.

Begitu mudah manusia itu lupakan,
Sejarah semalam masih ingin ulangkan.

Kata gagah pada mulut,
Mengapa longlai pada jasad.

Pada manusia itu, manusia sana, manusia sini dan manusia ini,
Hanya peringatan dan ingatan menjadi sebutan.



Friday, July 18, 2014

Buaian

Assalamualaikum =)


Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.


Sehingga kini, sejujur-jujurnya memang cik dill suka giler lagu ni.
Okay tipu je. Noktah.
Biasa biasa je, tapi memang sampai la ni, tak tahu yang mana satu bunga cina.
Korang tau k?heee



p/s : Bosan tahap dah tak tahu peringkat mana. Ni memang yang paling random. Sorry readers!

Tuesday, July 8, 2014

Coretan seorang manusia.

Assalamualaikum =)


Tak terduga masa itu tiba,
Tatkala gembira hadir,
Saat yang lain alpa dengan dunia,
Satu percikan kejutan berlaku,
Entah ini semua mimpi atau khayalan,
Terduduk, bingung ,
Deras air mata menitik,
Satu persatu hati mereka terusik,
Satu persatu juga air jernih laju bercucuran.

Pulang dari melawatmu,
Mata seakan payah untuk lelap,
Otak berlegar-legar masih mengingati raut
wajahmu,
Sukar untuk melupakanmu,
Walau perkenalan kita sangat singkat,
Tapi ku gagahkan diri, tebalkan kekuatan untuk
hadapi hari-hari peperiksaan dunia.

Kini Ramadhan sedang bertaut,
Engkau pergi sebelum sempat menikmatinya,
Tapi ku tahu kau bahagia disana,
Walau kau terkandas dalam jihad mnuntut ilmu,
Ganjaran besar sedang menantimu.

Doaku akan sentiasa ada, sahabat.
Kau seorang yang tegas dalam kelembutan,
Gembira dapat mengenalimu di dunia ini,
In sha Allah kita jumpa semula di dunia
yang kekal nanti.

-Alfatihah-




Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 1 : Khatam Al-Quran

Assalamualaikum =)

Wohoo, its been a while . And i miss blogging. Betul tak tipu!
So, how was your first Ramadhan? Tarawikh? Sahur?*agak agak kalau nak jawab semua pertanyaan ni, do comment in comment box below ya! hehe*

Setiap kali Ramadhan, cita-cita utama yang mesti dan kena capai adalah khatam Al-quran. Kalau nak puasa penuh, em em probability bagi insan yang bernama perempuan memang sikitlah. Faham kan. Permpuan diberi cuti.Nak solat tarawikh penuh pun bergantung pada puasa. Jadi, salah satu perkara yang orang kata in sha Allah perempuan boleh buat terutamanya adalah khatam Al-quran.

One day one juzu'.
Sebab Al-quran ada 30juzu'.
Tapi, bagi perempuan, selalunya kita akan ber'cuti ' puasa paling lama 15 hari. 
So, campur tolak, bilangan hari untuk kita mengkhatamkan Al-quran adalan 14 hari sebab selalunya kita puasa 29 hari. kan kan kan.

Then, kita masuk ke part yang lebih dalam sikit. Bukak hati bukak minda para readers. hahaha
Satu juzu' ada 20 pages. Kalau kita bahagikan dengan 5 kali solat, bermakna setiap kali solat, kita boleh baca 4 pages. Jadi, one day one juzu' berjaya dicapai. Tapi kiraan ini, adlah kiraan worldwide. 

Untuk kita hakak hakak ni, disyorkan up usaha sikit, mungkin satu hari 1 setengah - 2 juzu'. Kalau nak up lagi pun boleh, tapi harus diingatkan kalau baca biarlah dengan bacaan yang betul, tak langgar hukum tajwid, dan tak laju sangat. Yela, wlaupun kita nk khatam, biarlah seelok-eloknya kita faham ayat al-quran. Nanti kurang.. pahala kita dapat.

Oh, sebenarnya kite ni pun bukannya arif sangat, tapi ada sikit pengetahuan, nak la share sikit kan, takkan bile ada cokelat je bru nk share kan..pang!kan da kena, sapa suruh hang sebut cokelat di siang hari haaaa.
So, banyak lagi perkara yang kite boleh buat, sebab Ramadhan ni kan bulan ibadah. Makanya, jomlah kita buat jadual Ramadhan seolah olah ini Ramadhan terakhir kita. Kite pun tengah dalam usaha ni, doakan ye!


Lastly, selamat berpuasa pada sekalian alam yang membaca post ni, dan ampun maaf andai ada salah silap.
Ola ola, gila bola jugak, puasa puasa jangan lmah lemah jak. bhahahaha.
Getting your own spirit!




Sunday, June 15, 2014

Terbalik

Assalamualaikum =)



 ,namaz rihka ainud
,habureb gnay tagnas kaynab
,radup naik ulam tafiS
,rajekid nikam ainud gnaY
,rajekid aynurahes gnaY
,gnibma-gnabmuret nakraibid
,ALLAHU
,uknafalihkek naknupmA
 ,ukiurubmecem kadit asam agoM
  ,umiskap adap ilabmek uka kutnU
.IZINKAN AKU






Friday, June 6, 2014

That things

Assalamualaikum =)


Things we lost to the flames
Things we'll never see again
All that we've amassed
Sits before us, shattered into ash

These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire
These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire

We sat and made a list
Of all the things that we had
Down the backs of table tops
Ticket stubs and your diaries

I read them all one day
When loneliness came and you were away
Oh they told me nothing new,
But I love to read the words you used

These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire
These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire

I was the match and you were the rock
Maybe we started this fire
We sat apart and watched
All we had burned on the pyre

(You said) we were born with nothing
And we sure as hell have nothing now
(You said) we were born with nothing
And we sure as hell have nothing now

These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire
These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire

Do you understand that we will never be the same again?
Do you understand that we will never be the same again?
The future's in our hands and we will never be the same again
The future's in our hands and we will never be the same again

These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire
These are the things, the things we lost
The things we lost in the fire fire fire

These are the things, the things we lost
These are the things we lost in the fire fire fire

Flames – they licked the walls
Tenderly they turned to dust all that I adore

Bastille- Things we lost in the fire


Sometimes it just sad to know that we actually break that bond. You know, friendship. I was the match and you were the rock. Simple. It becomes fire. Everyone knows about it. I hope that one of us could be the water. Who could fight that fire. Fight for our friendship.


Wednesday, June 4, 2014

Monday, May 12, 2014

Mata yang melihat

Assalamualaikum


Saat kau pejamkan mata,

Mungkin untuk seketika,

Saat itu kau jauh dari kebenaran,

Kebenaran yang tak mampu dilihat melainkan dengan

sepasang anak mata.


Kini, kau tutup mata itu, tetapi kau buka mata yang satu,
MATA HATI.
Bila tersedar, baru kau mengakui betapa hebatnya, betapa ajaibnya
mata yang satu itu.
Tapi, dua mata itu perlu bersatu, 
Andai yang satu tutup, satu buka,apa yang kau lihat?
T I A D A.
Hanya merasa, tapi bila kau celikkan kedua-duanya,
Nikmat lihat dan rasa itu dapat kau kecapi.
Syukur.












Monday, May 5, 2014

Imperfections

Assalamualaikum and hi,




Because you lack of something,
 doesn't mean that you can not deserve something better.
You are perfect in your way.




p/s:ni namanya bgi self-enrichment pada diri sendiri, mana tidaknya, minggu ni banyak test, so doakan iolls ye.<3

Wednesday, April 30, 2014

April's Birthday

Assalamualaikum love,

Sebenarnya bukan senang untuk dak ni mengingati tarikh hari jadi orang. Well what so important to remember that day kan, kata orang. But, for me that's a way you can appreciate someone lebih lebih lagi mereka tu adalah your close friends. Macam bagi hadiah, kasi prank sama itu birthday girl/boy sampai nangis, paling penting give a wish and doa. So, memandangkan april bakal menutup tirai, i am glad to giving an appreciation to some of my lovely april's birthday. Sweet tak.?hahahaha



2 April



Nama diberi Siti Zulaikha. Oh dia yang buat muka garang tu. "Garang sangat".hahaha. Kalau ada yang mengikuti blog ini, dialah yang bagi special present. masa last birthday. Kitorang kenal time form 1 tapi mula rapat time form 2. Tup tup sekarang dia dah ke Kelantan further degree in statistic. Pesanan adikmu ni, study molek molek deh mekju. Jangan balik bawak gewe klate sudah. hehe 

25 April


Hoho, yang ni lagilah lama tak jumpa. Nawal Aqilah. Comel kan?tang mata tu yang special. hehe Dulu time sekolah, dialah yang ajar kite pakai tudung sekolah ada muncung2 sikit, sebab dulu kite pakai bulat. Betul, tak tipu! Dan ini bakal doktor , tgah tunggu time nak flyy. Nanti dah jadi doktor, muka tu garang sikit, nanti patient degil pulak tak nk makan ubat sebab doktr baik sangat. Okayyy?


30 April


Bakal lawyer bertauliah sebab kebelakangan ini kewujudan lawyer tak bertauliah semakin berleluasa. She is one of my univ. friends yang first knal. Sebabnya kitorang satu rumah. Jadi, macam2 fi'il dia yang dak ni tahu, dan pelbagai fi'il dak ni yang dia tahu. And suprisingly, aritu jumpa dia, rasanya she is now matured than me. Tapi tak terkjut pun sebab dia kan lagi tua daripda dak ni.hehe Lupa nak bagitau, nama dia Hamidah. Midah, dengar ni, jadi lawyer satu tnggungjawab besar, so harapnya tanggungjwab tu dapat dilaksanakan dengan cara yang betul. I know you can do it!

Sebenarnya bagi sesiapa pun, hadiah yang paling berharga adalah doa. Sebab doa tu yang menghubungkan kita. Walau jauh dimata, tapi apabila ada ingatan yang disampaikan melalui doa, yang jauh pun rasa dekat.  
And this is my way to express my appreciation for them in literal way. What about you?




Saturday, April 26, 2014

Dejavu di Bawah Pokok Sakura

Assalamualaikum,

Menunggu dan terus menunggu,
Di bawah pokok sakura itu,
Seperti apa yang kita janjikan,
Ramai sangat manusia pada hari ini,
Meredah dalam lautan manusia,
Arghh, peningnya!
Ibarat mencari anak kucing yang hilang,
Fizikal tampak kecik,
Tapi kehadirannya benar-benar memberi impak
yang besar,
Walau banyak onak dan duri yang harus hadapi,
Akan ku tunggu di bawah Pokok Sakura itu.
Ini janji!


Thursday, April 24, 2014

"Smart Mouth"


Assalamualaikum =)

Kata-kata itu lagi pedih dan perit untuk ditelan,
Jika ianya betul-betul hot & spicy macam cili padi 
yang kau tanam di belakang rumah,
Sekali kau cuba telan,
Sekali itu juga kau hampir muntahkannya kembali,
Tekak tak boleh terima!

Kalau perlakuan itu, kau boleh nampak kesannya,
Berbekas dan berbirat.
Tapi, makin hari kau sapu ubat,
Calar balar makin luntur dari kulit mulus, 
Kalau kata-kata itu , kesannya sangat mendalam,
sedalam-dalam lautan hindi,
Memang zahirnya kau tak akan nampak,
Tapi, percayalah parut yang terkesan di dada,
Goresan di hati, takkan mungkin hilang begitu saja.

Bukan aku cuba mengada-adakan cerita,
Sebab aku bukanlah tukang karut cerita,
Tapi, ini adalah cerita yang aku alami ,
Yang aku hadapi, dan yang aku rasa.









Friday, April 11, 2014

In a mean time, it will end.

Assalamualaikum =)

Well, just a quick update. and Random.
Because i love to write! Yes, but actually it more to membebel, ihikihik.

So, whats new? 
Erm, oh yeah, as a student, the best time is having a holiday. I mean, semester break. Jangan cuba nak tipu, nak geleng-geleng kepala kata "tidak, tidak". kann. And what would you expect when its holiday? No class, no hectic day when you have to deal with ragam pelbagai manusia, and of coz no assignment. But, itu apa yang kita expect. Atau dalam bahasa sainsnya, theoritically. Tiba-tiba rasa cemerlang sangat. Hahaha

Tetapi, hakikatnya, midsem break is just you dont have to attend class, but you still do a bunch of assignment. What?Itulah sistem pelajaran di Malaysia. Coolkan. 

The point is, not that assignment, because iamagoodstudent yang patuh pada arahan. Puji diri sendiri sangat. Please abaikan. Tetapi, cuti itu bakal berakhir.  Sebelum cuti, rasa seminggu tu lama sangat, ketika cuti, cepatnya isnin, eh dah selasa, hari ni ada pasar la, hari rabu ea hari ni?Eh, nak ambik adik ptang ni, la dah jumaat ke? Pastu dah malas nk counting day sebab taw ahad bakal datang. Kenapa kenapa kenapa?cepatnya masa berlalu.

Selalunya, bila semester break ni, i'll take it as hibernation time. Bukan tido saja la! Tak baik berfikiran begitu. Biasa diee. Tapi, masa untuk mencari strategi membtulkan apa yang salah dan membaik pulih yang longgar-longgar. Apa yang longgar2 tu biarlah menjadi rahsia diri. Jangan tanya apa!haha. 
Dan, mencari energy untuk continue belajar balik, bukan energy saja, tapi semangat. Huaaaa, rasa nak menangis bila cerita pasal semangat. Sebab semangat tu macam datang tak datang je. Ibarat acah acah nak masuk pintu rumah.


#throwback zaman muda mudi. No filter.


Oh, dan ni khas untuk adik-adik lpasan SPM, yang berjaya dengan jayanya, tahniah. Itu usaha anda. Dan bagi yang kurg mencapai target, tahniah jugak sebab apa yang anda dapat adalah setimpal dengan usaha. So, sementara cuti ni, manfaatkanlah cuti dengan sebaik-baiknya, because i'll always miss the moment long holidayyy. Best kot. Rasanya dah tak dpat cuti lama lama nih. 

Buat yang membaca tulisan ni, again, post kali ni memang random dan takde tujuan yang jitu. Saja nak membebel!hahahahaha *evil laugh.




Monday, April 7, 2014

Kifarah

Assalamualaikum,


Sakit itu KIFARAH,
Susah itu KIFARAH,
Jauh itu pun KIFARAH,
Lemah juga KIFARAH,
Dan dalam banyak hal jugak, semuanya ada kaitan dengan 
K I F A R A H
Ianya antara kita, 
Sedar atau tidak,
Leka atau lena,
Terjelepok atau terduduk tanpa kata.








Saturday, February 15, 2014

Syukur 21

Assalamualaikum  =)

Hai hai!

*sambil lambai tangan naa

Dulu, time sekolah selalu terfikir, nak buat dan pergi rombongan. Tapi bukan rombongan yang biasa-biasa ni macam pergi KLCC(walaupun ianya mercu tanda Malaysia), Pusat Sains Negara yang ada roket besar-besar tu, ada kena mengena k?haha. sebaliknya rombongan seperti khidmat komuniti. But, alhamdulillah, tahun lepas, 2013, dapat juga merasai pengalaman tersebut.

Ke mana dan dimana and what happened?Lets chekidaut!




Bertempat di suatu tempat di Seremban kalau tak silap,hehe, tak ingat pulak nama rumah ni . Sorry for my bad memory. Tapi,takpe let we called it as Rumah Kasih okayyy. 









Meet with the owner of this house.





Bersama adik-adik Rumah Kasih.

Mengikut apa yang diceritakan, adik-adik yang tinggal dekat sini semuanya dalam lingkungan 7-12 tahun. Dan tak semua antara diorang yang tidak bernasib baik seperti ketiadaan ibu-bapa. Ada antara mereka yang masih mempunyai ibu-bapa. Cuma ketidaksempurnaan dalam keluarga yang berlaku seperti masalah keluarga yang membawa mereka ke sini. Walaupun dengan keadaan yang berlaku, satu perkara yang nampak ketara pada mereka adalah kematangan. Yepp, mereka masih lagi ada sifat kebudak-budakan, cuma untuk certain2 perkara, mereka bertindak matang. Itu yang membuatkan akak salutesangat dekat korang.



Okay, its time to work. Cari kerja masing-masing. Well in this early 20th, hehe kami mengambil keputusan untuk masak sendiri dengan kudrat masing-masing untuk bilangan yang ramai. Percaya ke tidak? Kena percaya!

Menu : Tom yam, paprik, ayam goreng Upin Ipin.hehe




Yang lelaki and some girls, take parts sesi cat mengecat dinding. Alhamdulillah its getting yellowish.
 Kuning, kan warna diraja.hehe.






"Sesungguhnya, sembahyang jemaah itu lebih baik dari sembahyang sendirian."

Dekat sini, mereka telah diajar untuk sembahyang berjemaah setiap waktu solat. Kecik-kecik bila dah diajar macam ni, in sha Allah akak doakan semoga berterusan sampai bila-bila. Ini pun akak salutesangat !



Khusyuknya mendengar adik-adik! Ni sebelum start Game. Kata buat program dengan adik-adik kan. Mestilah ada game.



Nampak tak siap ada persembahan lagi daripada adik-adik ni. Memang awesome sangat performance korang walaupun akak dapat tengok sikit je. Suke yang main deram tu. Haha. Akak bagi empatbintang.(ala-ala nora danish gittu)



Sesi menanam pokok oleh Madam Ju, our lecturer sebagai simbolik pada program kali ini. 



At last, its a wrap! Thumbs up.

Yess, thumbs up kepada kami! Alhamdulillah dengan jayanya, program kali ni berjalan dengan lancar walaupun ada shiki-shikit masalah, well kitorang kan gagah, mestilah boleh harunginya. tibe-tibe!haha. 

Disebabkan lagi beberapa hari je nak masuk sem baru, cerita sem lepas harus berakhir disini. Its quite tough for last semester but indeed i've got new experience and memory and this is the precious one. Bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan, sebab kadang-kadang nikmat yang kita dapat, tak semua dapat.


Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
 Surah As-Sajdah:9



Diam itu tandanya berfikir.

Assalamualaikum =)

Begitu banyak pilihan sampai bingung untuk memilih,
Nak A ke B ke C ke mahupun Z?
Owh perlukan masa untuk berfikir,
Jangan salahkan pilihan yang banyak kalau lambat untuk memberi keputusan,
Itu bukan caranya.

Yang bertanya,
Sabar itu kuncinya,
Mereka bukan seperti yang kamu mahu,
Bukankah peribahasa ada menyebut,
                  "Rambut sama hitam, hati lain-lain"
Itulah faktanya, luaran nampak sama tapi yang dalam
hanya Dia yang tahu.

Kalau dulu, orang tua-tua kata,
diam tanda setuju,
kita tak boleh nak bantah ,
Sebab mereka terlebih dahulu makan garam,
Tapi, sekarang zaman millenium,
Makna Diam tu dah UP sikit,
Sebab tandanya berfikir.

Berfikir mencari yang terbaik,
Bukan untuk kesempurnaan seratus peratus,
Sebab sempurna itu akan datang selepas yang terbaik.




Monday, February 10, 2014

M I M P I S E M A L A M

Assalamualaikum,

Mimpi itu,
Datang lagi,
Datang sekadar menjengah atau punya maksud?
Aku tidak mengerti.

Saat aku tersedar dari lena,
Mengucap panjang menyebut namaMu,
Tak tahu apa yang harus ku lakukan,
Terduduk, diam mendalami mimpi itu.
Memilih sama ada mimpi itu suatu petanda atau 
hanya mainan tidur.
Sukar untuk ditafsir.








Wednesday, January 8, 2014

さよなら2013年

Assalamualaikum,


Well, 2013 memberi banyak pengalaman baru buat diri ini. Pengalaman yang mematangkan dan menggembirakan. Rasanya tak lengkap hidup tanpa ada rasa sedih dan gembira. Dua perasaan ini ibarat gula dan garam dalam masakan. Tanpa kedua-duanya tak sempurna masakan yang dimasak. Orang kata cerita yang lepas, jangan diungkit semula.Terutamanya cerita sedih. Simpan sahaja dalam folder ingatan, tutup rapat-rapat dan kunci. Ingatan itu yang lebih berharga. Tetapi, tak salah untuk kita jadikan cerita yang lepas sebagai pedoman untuk hari ini. Apa guna wujudnya subjek Sejarah , kalau tujuannya untuk diambil pengajaran,kan? 

2014 baru sahaja menjengah. Umur makin naik, belajar makin taugh, tanggungjawab makin bertambah, harga barang pun makin naik.eh eh eh. Ayat ni bukan ayat tajaan ye.kihkihkih.
And, It's a new chapter of life.I will pray semoga tahun ini, menjadi tahun yang lebih baik dari semua aspek dan semoga ada berita-berita gembira yang bakal didengar. hehehe.  Dan dan dan semoga keamanan sejagat dapat dicapai. Aminn ramai-ramai ye.






But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head,  knives in my heart
You build me up and then I fall apart
Cause I'm only human


cc;Human-Christina Perry

Maafkan diri ini, andai ada salah dan silap sepanjang tahun 2013. Sesungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah lagi hina.No grudge ah. And lets move to year 2014 with a good seasoning and taste.Yeahhh! bajet cool lah tu. bhahaha