Thursday, October 17, 2013

Sidang media blogger menjawab spekulasi 'Kehilangan'

Assalamualaikum ,

Okay, kalau ada yang nak termuntah saat membaca tajuk di atas, dipersilakan. Tak tahulah mana dapat tajuk sebegitu ghupa.adoyaii. So, seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, titew akan cuba sharekan apa aktiviti yang dibuat sepanjang proses pertapaan dari menulis. penat kot baca ayat sendiri.

Seminar IChem's 13 (28 September 2013)

Seminar ini dijalankan pada tarikh yang tertera bersamaan hari Sabtu. Hari Sabtu, where orang lain sibuk balik rumah, kitorang menggagahkan diri menghadiri program.(kata kuat.haha) Tapi, bukan kali pertama, kali kedua sesuaila dengan gelaran student 2nd year, kann. Seminar ni memang diadakan setiap tahun dan wajib bagi student 4th year untuk handle this programme. Ada 3 slots, Kimia Rahmatan Lil 'Alamin, Palm Oil Industry and Future of Nanotechnology. For me, the best slot adalah slot terakhir, bukan sahaja membuka mata dan minda tentang apa itu Nanotechlogy, tapi the speaker also very inspiring. Muda-muda dah berjaya.




Keluarga besar Ichemtech


Us, Mereka kata kami pekerja kilang. Kilang mana?haha

Kami berPhoto di Photobooth
 cc gambar cun: IChemS'13


Iceps 9 (26-29 September 2013)

Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Iceps 9?jangan tanya sebegitu skema ye, wahai teman-teman semua.haha. Let me clarify it. Islamic Convention Of Entrepeneurship 9. Ha,,aktiviti ni memang titew tak terlibat secara langsung pun, tapi secara tak langsung. Tahu kenapa? Ni pun salah satu aktiviti wajib yang dibuat oleh student Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Nampak tak kat situ je dah takde kena mngena.hehe. Banyak aktiviti yang dibuat, bukan sahaja gerai jualan, ada juga pertandingan bayi comel,autoshow, Konsert Simfoni Gaza dan Palestine, Malam Cinta Rasul dan banyak lagi. Haruslah banyak kan, kata 4 hari.

 Tapi dalam 4 hari tu, kitorang satu rumah ni, mampu pergi malam Sabtu je, tengok Konsert Simfoni, kata jela nak tengok Najwa Latif. Sopan je Najwa ni.haha. Kalau nak jumpa face to face memang tak dapat la, mampu tengok dari jauh je.  Ramai jugakla pengunjung yang hadir malam tu.




cc gambar cun : ICEPS 9


Nampak tak bizinya kitorang dengan aktiviti2 universiti. Well, it's student's life!bhahaha. Nampaknya, titew kena undur diri dulu, ada keje yang harus dilaksanakann. Dan sebenarnya, ada satu lagi activity yang belum disharekan. insha Allah next post, kalau ingat. Tolonglah jangan lupa, cik kak! See you next time!



Tuesday, October 15, 2013

Eid Adha 1434H

Assalamualaikum dan salam Eid Adha,

So, this is a quick update(taw da dekat sebulan tak me-nge-post) dan untuk pengetahuan readers2 sekalian beta sedang bercuti kala ini. Bukan untuk hari ini saja tapi sampai ahad ni .Please lah cemburu, hehe.

Scroll down twitter, facebook,  semua penuh ucapan eidul adha. Tak lupa jugak gambar kambing, lembu yang dibuat korban. Meriah ke tidak? If u asking me, my raya, sederhana sahaja. Baju baru, memang takdelah gamaknya, banyak baju masih boleh pakai. No pembaziran hokayy. Balik kampung? Tak. tahun ni, kami sekeluarga beraya dirumah sahaja, mengimarahkan rumah. ngeee.

Dan Alhamdulillah, malam raya, ada kunjungan orang surau untuk takbir. Rasa sayu sangat dengar takbir dilaungkan. Kalau tak silap ini adalah kunjungan kali kedua. Pagi raya, macam pagi-pagi raya sebelum ni, pergi surau, bersembahyang, bertakbir dan dengar khutbah.

Then, masa untuk menjamu selera. Sebab kali ni my mom nak buat lain drpda lain, makanya menu raya adalah nasi minyak+rendang daging+dalca. (tak lain ea?takpelah.) Seronok sangat bila dapat makan bersama-sama satu family. Tapi, mngkin lagi syiok kot bila dpat berkumpul dekat kampung. huhuhu. Apa-apa pun jomlah cuci mata usha gambar.




Soto- simple dishes night before raya

Proses menyembelih dan melapah lembu.







Proses sembelihan semua ini terjadi seusai sembahyang raya.(skema sangat ayat ni.hahaha)
dan berlaku di surau taman.




Kambing ni pun nampak kurus, mula-mula tengok agak seram dan sedih jugaklah bila buat macam ni, seolah-olah masih hidup. sekarang tengok pun ada jugak perasaan macam tu.



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ,syukur dengan nikmat yang diberi. Masih lagi diberi peluang untuk mendengar takbir dan melaungkan takbir raya. Bukan sekadar laungan kosong, in sha Allah mampu menusuk ke dalam jiwa. Kisah Nabi Ibrahim A.s, setiap tahun diceritakan, semoga kesannya tercalit dalam diri .

So, later in sha Allah akan diceritakan apa yang berlaku dan terjadi sepanjang 'kehilanganku". Bertapakah?Merajukkah?walaupun rasanya takde kena mgena.Stay tune!

Monday, September 16, 2013

Preview Subject (SIC)

Assalamualaikum love,

ouch, terharu tak?*please lah terharu* hahaha. Alhamdulillah, selamat sudah beta melangkah ke alam semester 3 tahun 2. seminggu dah deq. Overall ,takde yang pelik bin ajaib, semuanya still the same, yang beza adalah subjek dan lecturer yang mengajar. Tak tau la nak gembira atau sebaliknya. Apa-apa pun, we follow the flow okayyy!

So, tetiba rasa nak share the current subject yang titew ambik(terasa kegedikan disitu, huahuahua) for this sem . 

1. Prinsip Amalan & Komunikasi Dakwah
Paling senang kalau nak ingat dakwah la, yang depan-depan tu nk bagi sedap ayat je. Lecturer yang mengajar ni seorang lelaki y b'asal dari timur tengah, tidak diketahui di wilayah mana, sebab just perkenalkan diri nama dan asal. Lagi satu, language is in Arabic. For me, bahasa Arab yang beliau gunakan mudah difahami, cuma mata dan telinga tu harus celik selalu lah. faham kenzz.

2. Akidah Islam
Dalam zaman serba moden ni, akidah lah yang harus dijaga rapi-rapi. Kalau silap jalan, rosak akidah. Jadi, dngan adanya subjek ni, aku harap sedikit sebanyak dapat mbantu diri ni.oh, lecturer yang menagajar lelaki jugak, masih in Arabic tapi kadang-kadang campur jugak bahasa ibunda dan inggeris. 

3. Kimia Analisis(+ practical)
First impression adalah kosong. Teruk kan? Tapi, dah masuk first lecture ,seronok dengar part2 yang akan belajar. contoh paling senang , CSI. yang mana kalau korang tertanya-tanya mcam mana nak taw bahan kimia yang ada kat bukti yang sedia ada, melalui kimia analisis ni lah. tapi tajuk tak ingat, sorry!
Part lecturer tk subjek ni paling best, sebab ada 3 orang yang mengajar,kau hado?haha. 1 ppuan 2 lelaki. Jadi ,siap sedialah menerima 3 jnis cara mgajar yang berlainan.hehe

4. Kimia Organik(+ practical)
Nilah antara subjek yang membuahkan keinginan untuk masuk degree in ichemtech. Sekarang, kita berjumpa lagi. Lecturer wanita yang sangat happening tapi dalam masa yang sama boleh mengecutkan perut pelajar. Mana taknya, nanti tiba2 petik nama , "ok ,kamu jawab soalan no 2" dan nilah antara subjek yang dah bgi tutorial in first week. memang kena refresh selalulah subjek ni.

5. Pengaturcaraan Objek
Rasa-rasanya korang pun mesti tertanya2 apa benda ni?belajar gerak2 objek k?tidak2..its more like ICT, computering. Lecturer lelaki ni rasanya ada darah cina kot, tapi beliau melayu okay. Nampak garang, tapi ada sense of humor. Nak citer lebih , tak belajar lagi, so dapat citer roughly je. Ada masa nanti, titew update ye!(why use words tu lgi? menci la)

6. Sejarah & Falsafah Sains
Nak tampak moden, mohlah kita sebut philosphy. haha. adakah subjek ni ada connection yang kuat dengan aku?philosophy sc dan philosophysaya. Harapnya gitulah. belajar philo perlukan ingatan yang kuat untuk mengingati tarikh, cerita disebalik yang berlaku(sejarah) dan terms yang pelbagai. for me, its quite challenging and this the first terms i get: episthemology ;learn of knowledge. claphand* 

7. Pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah
Anda ada masalah?perlukan bantuan?disinilah segalanya selesai. dah macam tagline TVAlhijrah plak.hehe. melalui subjek ni, lecturer banyak tekankan creative thinking in islamic way which is the best way. jadi, takdelah kita rasa yang kita belajar ni hanya nk lulus semata-mata. at the same time, kite dapat improve ourselves. quite interesting, i think dan boleh merehatkan minda.

So, total up semua ada 21 credit hours termasuk co-curiculum. sudah mencapai tahap maximum! untuk sem ni, tiada subject math, jadi mungkinkah boleh score?wahhua'alam!cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni. Dengan subjek yang tertera di atas, memang sangat tough tapi tak salah untuk kita tambah effort untuk kebaikan kann? cuak tu memang ada melanda, tapi percaya akan ada ubat yang mampu mengurangkan perasaan itu.

Doakan yang terbaik untuk titew ea.(owh, i am did it again!)