Sunday, October 28, 2012


Assalamualaikum w.b.t,,

Salam Aidil Adha dan salam perantauan..cehwahhh.gaya cam dok obersis je , padahal kat selangor je pun..hari ni dah masuk hari ketiga kita sambut Aidil adha, dan takbir raya masih lagi berkumandang .Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat aidil adha.daging?dah dua hari menu tak miss lauk daging, tapi harini tukar menu, ayam pulak.haish, citer pasai makanan plak.nak citer lain ni senanya.

Ni lah salah satu fiil cik dilla, selalu tak fokus terhadap sesuatu yang penting.
Benda lain yang nak dicerita, benda lain yang keluar, benda lain yang nak dibeli, benda lain yang terbeli.
Tapi, cik dilla sure 100 percent lah yang korang pun mengalami benda yang sama kan.kan3.
so, i dunno if this can be called disease or anything but I called it Wrong way.
bukan salah jalan ke ape, tapi istilah sendiri.hehe

Just like things happen today, 
actually I want to buy hijab(perempuan kan..tudung & ppuan cant be separated)
nak kata ada window shopping pun takdelah..
kebetulan ibu cik dilla ada membership card dkat sebuah kedai tudung ni,
so ,we decided to go and buy there.

Bila sampai kat sane, WAH..(mulut tu tutup sikit ea)!hehe
banyaknya tudung..TAPI..
bukan jenis tudung yang cik dilla nak..
I want tudung bawal.tapi yang ado tudung berawning2.
makanya terkuburlah hasrat cik dilla nak beli tudung..dan beralih pada sepasang dress ni..
berkali2 cik dilla belek2 dress tu. dalam hati.nakketak.nakketak.nakketak
dan berpusing2lah cik dilla kat situ sampai akak yang kerja kat situ pun perasan.

At last, bile ibu cik dilla kata nak balik, barulah terhegeh2 pergi kat dress tu,
pastu tanya pendapat ibu ngan ayah, and...
fitting lah, hehe. kelakarnya..bile dah pakai.and my mom said.
"ha..cantiklah tu, baru nampak keperempuanan sikit.
nape? selama ni anak ibu ni tak nampak keperempuanan ke?
nampak..tapi yang ni lagi nampak.."
baiklah2..pandangan dari seorang ibu..

dan akhirnya..dress itu selamat ku bawa pulang.apa maksudnya tu?dah selamat la dibeli..huhu
tapi, entah bilalah cik dilla akan pakai.hehe
motif?kadang2 satu perkara yang tak terjangka boleh terjadi dengan sekelip mata.
tak kiralah perkara baik atau buruk, mungkin kadang2 kita tak terfikir untuk melakukannya,
tapi disebabkan situasi di sekeliling kita, ianya mempengaruhi kelakuan kita.
That's why theres a quote."behave yourself"

Dan dress ni pun, cik dilla fikir banyak kali, banyak benda yang cik dilla fikir sebelum beli.



pokok tebu di tepi rumah nenek


pemandangan hadapan rumah nenekku(re-edit)











Tuesday, October 23, 2012

Always in my Heart!

Assalamualaikum,

Fuhhhh. lame bebenar rasenya tak hupdate new entry kat blog ni.,tapi lama tak update blog takpe. pastikan our Iman always being updated by reciting Al-quran, everyday.don't put it nicely on the shelf but put it always in our heart.Okeyyy!




Bacalah sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT.

Just a short entry for remind me and hopefully this entry beneficial for all the readers too.

P/s: tak sabar nak balik rumah!



Friday, October 12, 2012

Hard to find the answer

Assalamualaikum.

What's up!not WhattAppss yea.hehe
It almost 12 in midnight on my lappy's clock but I am still awake, and my roommate?they'r all in exhausted and fall asleep .zzZZZzzz, in a cold condition!left me alone.how could them!haha

What was your ambition?what do you want to be when you're grow up?so, it is very simple question and since we are in kindergarten then primary and secondary school and even in university, that question still be around .yes, it is very simple question but the answer is very hard to find.i dont know if you feel the same thing like what I feel. but the truth is I dont have the exact ambition.-dont laugh at me-

People outside might thinking that I dont have vision in my life even in 19th years old.what will I be 5 years later?that is because my ambition is always changed .and probably is affected by what I am learning right now. but for now, yes I have the ambition but the main focus is study. even many people  still in the dark on what I am studying now, I am still believe that Allah will always be with me. He knows the Best for me!

Study and learn first. Tajdid niat lillahi ta'ala in studying and every single thing you do. InsyaAllah you will get what you give!

The point is my english lecture was asking me and my friend about ambition. and I am still searching.huahuahua, sound funny right or maybe I am the only one who feel that kind of feeling~Whateva la..

Btw I need to go..need to iron my clothes for tomorrow. As usual,see next time and  may we are in HIS Bless. Happy Jumaat!



Sunday, October 7, 2012

Sense of attraction

Assalamualaikum semua,.

Selamat petang and a very good evening yah!

Post kali ni memang sangat mengejutkan sebab tiba2 je jari jemari ni laju menari2 untuk menulis(nampak sangat hiperbolanya nya kan.ihik),sebabnye fikiran sedang bercelaru  memikirkan tutorial aljabar or in english term Algebra.ok, stop it about algebra and continue to the title today.hehe



algebra kesayanganku.bukan zebra,hoho


see it, complicated kan.



A.T.T.R.A.C.T.I.O.N..so, it just the same like sense of humor where someone or somebody has it.have you ever seen someone at first time then you are attract to her/him.?of course you are.so, that means that the people has the sense of attraction. it is not just the physical appearance, yeah maybe if you look at the first time, then it is, but how about when you befriend with her/him.it might be the way she/he speak, the way they treat you or something else.

That is the thing that I feel. I have a friend, who just same like me, shy, taciturn and not too genius where everyone know me(the last is only reflect to me).but I am always think why other people can be easy to her/him, and me?I hope you understand lah.hehe. so that make me feels that she/he has that sense of attraction.

Or...might be I'm the one who very sensitive about the environment.dont know lah.but, it is true that Selangorian is sensitive person?thats what my lecture said. i dont know the truth.but the most thing that I know about myself is I'm just an ordinary person, nothing special on me!(nampak sangat rendah dirinya.haha just kidding).

By the way, I like to befriend with others, knowing them are make me feel more matured.yelah setiap orang ada fiil masing2 kan..and I hope others don't scared to friend with me.(ingat orang takut ke nak kawan ngan hang..hehe),don't judge me by physical outlook, try to close and knowing me, then its up to you to judge me, and the same thing reflect to others too.

Till right now, my writing, so enjoy your Sunday and for those who same like me, student, prepare for next day of class and finished up homeeeeeworkkkkkk. and last but not least, good luck for my junior who sitting for trial PMR, SMA and SPM. Chaiyokkk!aSSAlamualaikum.


Saturday, October 6, 2012

Matahari itu besar dan terang.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi

Hari ini mood sangat baik untuk mengUpdate blog.Kenapa?rasanya takde apa2 sebab yang berkaitan dan yang penting munasabah.(haha).tapi tiba2 terfikir ada ke sesuatu yang terjadi hadir tanpa sebab. ke memang ada sebab atau diri ini yang tak dapat  cari sebab tu.huh parah kalo camtu ceghitanya.in fact, every single thing that happen towards us has their own reason !sama ada kita sedar atau tak.kan2.

So, kali ni cik dilla nak kongsi satu ilmu yang cik dilla dapat melalui pembacaan. saya memamg suka membaca, apa2 genre pun saya layan, samalah jugak bila dengar lagu, even tonton drama pun, kira Universal lah,hehe.yang penting apa yang baik kita ikut, apa yang kurang elok janganlah ikut kan.hehe dan novel yang cik dilla baca ni bertajuk Matahari karya Hilal Asyraf,tawu2 novel ni dah lama, cik dilla yang  tertinggal train,btw briefing sikit lah tentang novel ni.

novel ni tajuk je Matahari tapi bukan cerita tentang Matahari atau The Sun yang kita belajar tu, pasal gerhana matahari ke, berputar di paksi ke, bukan2,!sebaliknya apa yang penulis rasakan dari hati tentang matahari yang menyinar hidup seseorang, yang menjadi pemancar kegelapan dll.novel ni merupakan koleksi cerpen yang mempunyai maksud tersirat berkaitan matahari.

my roommate bagi pinjam

Dan salah satu cerpen yang betul2 reflect towards me adalah Hari-hari terakhir.haaaa.mesti korang dah terfikir yang ni sad ending kan?salah2.mula2 cik dilla pun fikir camtu tapi bila dah go through cerpen ni berlaku yang sebaliknya.Happy ending lah.ada banyak nilai2 yang cik dilla nak kongsi.

1.Redha 

R.e.d.h.a!bersangka baik terhadap Allah.Insha Allah kita mampu melalui segala onak duri .itulah yang berlaku kepada sang suami apabila menerima berita sang isteri yang dikahwini tidak sampai 3 bulan menghidap kanser hati.dan hanya mampu untuk hidup sebulan sahaja lagi.Walaupun sedih tapi dia tetap redha dan menerima segala kemungkinan yang berlaku.

2.Tidak berputus asa

Walaupun mengetahui sang isteri tidak mampu hiduplama, tetapi sang suami tetap percaya pada janji Allah yang akan mengabulkan segala doa hambanya.oleh sebab itu, sang suami tidak berhenti2 berdoa di MEKAH, agar Allah sembuhkan isterinya .

3.Mungkin hari ini hari terakhir buat kita

Yang ni mungkin bukan nilai, tapi satu peringatan dan muhasabah buat kita semua termasuklah diri cik dilla yang hina lagi kerdil ni.setiap orang akan menghadapi saat kematian, itu adalah pasti.yang tidak pasti adalah bila, dimana, bagaimana kita menghadapi saaat dicabut nyawa itu.cukupkah amalan kita yang hendak dibawa,banyakkah kebajikan yang kita buat sebelum ni.semua ini adalah muhasabah diri.
bilamana kita sentiasa mengingat mati, mungkin kita akan lebih menghargai setiap saat, minit dan jam yang kita lalui.

4. Allah itu Maha PEMURAH

DIA telah mengabulkan doa sang suami untuk hidup bersama isterinya.and yess, sang isteri bebas dari kanser hati, sangat pelik tapi itulah kebenaran dan buki kekuasaan Allah.Doa itu senjata umat Islam. tanpa disedari juga doa sang isteri juga dimakbulkan iaitu agar sang suami mendapat isteri yang solehah, penyayang sebagai pengganti dirinya. dan orang itu adalah si isteri sendiriŲ²

5.Kegembiraan yang berganda

Yang ni termasuk ending sekali lah, alhamdulillah lepas sang isteri dibuktikan bebas dari kanser hati, si isteri disahkan mengandung dan akhirnya kedua2nya mendapat anak kembar.lelaki dan perempuan.itulah kebahagiaan yang tidak dijangka yang Allah kurniakan buat mereka.

 Mungkin ada yang rasa ceerpen ni biasa je, tapi mungkin bagi sesetengah orang macam cik dilla merasakan yang lain.cuma harapan cik dilla, bagi korang yang membaca, harapnya, kedatangan ke post ni, mata yang tertumpu pada penulisan ini, mendapat sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dan tidak sia2.niat dihati untuk berkongsi.lain masa, lain lembaran kita jumpa lagi.

Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, October 2, 2012

Bila jam berdetik!

Assalamualaikum w.b.t..

"Wake me up when September endd,,"
Selamat bulan Oktober! Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Minta maaf la lame sangat tak update belog yang tak seberapa ni, tapi hakikatnya, siapa je pun nak baca kann.haha

So, since dah masuk universiti ni dan menjalani kehidupan sebagai degree's student, banyak sangat perbezaan antara time foundation dan sekarang. and perbezaannye sangat2 lah ketara. the new thing that i've got in degree session is meet International student and International lecturer. Wahh, excited lebih kot bila ada intenational student dalam kuliah. Somalian lagi!ekaw adew?hehe.ijk

Tapi, tak sampai sebulan tiba2 dia dah tukar course?limaza? ni mesti kes tak berapa faham bahasa Melayu kan.hehe.jahatnye dilla oi.So, kita tinggalkan cerita Somalian, kita beralih pulak kat my english lecturer, Mr H_____..(teka la) beliau merupakan egyptian, dan yang bestnya kelas lecturer ny, memang semua orang dalam kelas tu mesti tak boleh lari dari ditanya oleh beliau. termasuklah cik dilla ny, rasenya setiap kali kelas beliau memang tak terkecualilah dari ditanya ,disuruh baca ,pendek kata memang suara ni akan bergemalah kat kelas(hiperbolanya ayat.)

Perkara paling penting yang tuan punya belog ni belajar sepanjang menjalani pengajian degree adalah pengurusan masa!Memang masa itu emas!bukan pepatah Melayu je yang dapat ungkapkan pepatah ni, tapi dalam Al-quran sendiri dah tertulis , tercatat dalam surah al-'asr.

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan mengamalkan kebajikan dan yang nasihat menasihati ke arah kebenaran dan kesabararan.



Rasa cuak, takut, gementar dll semua ada."dapat tak aku nak bahagikan masa antara belajar dgan ko-korikulum?, macamana aku nak uruskan kerja berkumpulan?"-antara pertanyaaan yang sering terngiang2  dalam kotak minda. so, bila pertanyaan macam ni selalu hadir, memang cik dilla akan buat reminder sama ada dalam phone atau stick note. manusia kan mudah lupa !jadi setiap masa, setiap detik memang harus ada reminder!tapi sebenarnya lebih kepada perancangan. bila kita dapat merancang dengan baik, Insha Allah , Allah akan permudahkan segala urusan kita!doakan cik dilla agar dia dapat mengharungi liku2 pembelajaran di universiti.

Jadi, jomlah sama2 kita merancang kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan sempurna. Mungkin sempurna itu masih belum layak bagi kita, tapi tak salah untuk kita mencuba. Semuanya berada di kuasa Allah, sekiranya bukan kita yang ubah, siapa lagi. Moga hari ini menjadi titik permulaan untuk hari esok yang lebih baik! Amin..