Sunday, May 12, 2013

Terima kasih

Assalamualaikum and happy weekend!


"Allahurobbi, dulu pun saya ada rse bnda yg sme. tpi ble sye koreksi blik, hurm act bnda ni smua kaitan dengan Iman, cre paling osem yg awk bleh bwt muhasabah n doa byk2..ble awak dkt dgn Allah ,in sha Allah iman stable n rse tu pon dah takde"

Yes, pada dialah selalu saya luahkan/tye pendapat selepas parents saya. Perasaan apa biarlah ianya menjadi rahsia.Saya percaya pada dia dan tatkala message ni sampai, saya masih berada dalam bilik kuliah, mendengar lecturer memberi kuliah tpi dalam masa yang sama, perasaan itu sedikit sebanyak menganggu konsentrasi saya. Selang beberapa minit, satu lagi message mnerjah masuk , yang berbunyi..


"Merasai kehadiran Allah dlam hati, menjdikan kita sentiasa ada mereka walaupun dalam keseorangan..lebih2 lagi jika kita dikelilingi insan yang tersayang. Tanpa mengingatiNya pula hati kita kosong, kesepian wlaupun berada ditengah ribuan manusia. Penuhi hidp dengan kasih sayang dan perhatian kpdNya. Semga ksih syang & rind ini akan ada keberktan yg bertrusan dlm melayari bahtera kehidupan yang penuh ujian",

Terima kasih ! mungkin benar katanya, hati ini harus sentiasa dekat padaNya, sentiasa bermuhasabah, kerana manusia itu tidak lari dalam melakukan kesalahan.. Jauhkanlah diri kita semua dari mengingatiNya tatkala kita dilanda badai sahaja bahkan sentiasa zikr' padaNya kala senang juga.

Sharing is caring. Disebabkan itte sayang readers2 yang hok comei2 blako ni, itte share this untuk peringatan bersama.with love, Adilla.

Friday, May 10, 2013

Rejab datang sebelum Ramadhan

Assalamualaikum =)


It has been a while I didnt share something yang bersifat kerohanian kan???an an an?*bajet cute jap. so, i've decided to share THIS and I hope kita semua dapat manfaat daripadanya.

Dari Riwayat Al-Thabrani dr Said b Rsyid

“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun…


Masha Allah, betapa besarnya ganjaran puasa di bulan Rejab dan tahukah anda semua(ya anda yang dihadapan laptop mahupun di tepi laptop) esok, 11 Mei adalah bersamaan 1 Rejab, how fast time flies!(ini tarikh Malaysia la)
Banyak sebenarnya amalan2 yang boleh kita amalkan sementelahan Rejab merupakan salah satu bulan suci. Antara amalan yang disunatkan adalah puasa dan memperbanyakkan Istighfar.

Kenapa kita disunatkan berpuasa?
  • Sebagai persediaan untuk puasa wajib pada bulan Ramadhan
  • Kerana padanya penuh kebaikan ;
    • puasa satu hari(mendapat keredhaan yang besar drpd Allah)
    • puasa dua hari(dilipatkangandakan pahalanya)
    • puasa tiga hari(dijadikan parit yang panjang untuk menghala ke neraka)
    • puasa empat hari(dia'afiatkan daripada bala dan penyakit yang besar)
    • puasa lima hari(aman daripada azab kubr)
    • puasa enam hari(keluar dari kubr dgan mka yang bercahaya)
    • just name a few dan kalau nak baca yang lebih lagi bolehlah ke LINK ini
Istighfar itu banyak. dan semestinya Istighfar itu banyak kebaikannya apatah lagi di bulan Rejab.

  • Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:
    • Astaghfirullah al-'Adheemal-ladhi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih (I seek the forgiveness of Allah the Mighty, Whom there is none worthy except Him, the Living, The Eternal, and I repent unto Him)
  • Kedua: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan petang sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:
    • Rabbighfirli wa tub alayya (My Lord, forgive me and pardon me; Thou art the Pardoning and the Forgiving One)
  • Ketiga: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”
    •  Lailâha illallâh (1000 kali).
  • Keempat :Membaca doa bulan Rejab



Ya ,sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.In sha Allah, sama2lah kita memperbanyakkan amalan2 sunat pada bulan Rejab ini. Sesungguhnya,  setiap perkara yang kita lakukan dengan niat padaNya, walau sekecil zarah sekalipun, Dia Maha Mengetahui. Bukan pada mata manusia yakni hambaNya yang kita mahu tunjukkan , tetapi pada mata Dia yang mencipta.

Feel free to practice!


Wednesday, May 1, 2013

Sepetang di kilang Yakult, Malaysia

Assalamualaikum and whats up!

Baca saja pada post title pasti dah taw ceghita apa yang inginku cerita.(chehh da semacam pantun tak berapa pantun dah). Straight to the titik, pada Isnin yang lepas, kami pelajar2 jurusan Teknologi Kimia Industri tahun 1 telah mengadakan satu lawatan Ilmiah ke kilang Yakult, sambil nyanyi lagu Yakult..yakult. Dekat mana?dokek je kalau dari kampus den ni ha, tak sampai setongah jam,dekat Seremban duo.

Sesampainya rombongan kami ke kilang Yakult, kami telah dijemput untuk mendengar sedikit briefing tentang Yakult, dari pengasasnya sampailah cara pemprosesannya yang disampaikan oleh Miss ......(maksud kat situ, den dah lupo namo dia) tula banyak makan asam ni,kan da lupe.heehe. sambil mendengar, kami disajikan dengan sebotol Yakult Ace Light free.ulangperkataan FREE taw.ngehngehngeh



Sesi mendengar briefing


Habis briefing, barulah kami diajak untuk melihat cara pemprosesan dari sebotol Yakult sehinggalah berkaton-katon dan berbillion-billion botol Yakult(nak  jugak menang dengan bilangan yang banyak,hambiklah).tapi unfortunately, no camera allowed!maknanya gambar tidak boleh diambil sepanjang jalan menuju ke lorong pemprosesan.What?dakpe la dilla , dapat tengok live pun dah kira untung taw. 

 Satu perkara yang patut dicontohi daripada pekerja pekerja di kilang ni adalah kebersihan. Dari outfit yang serba putih telah jelas menunjukkan kesucian ditambah pulak dengan mask,penutup kepala dan kasut boot memang sangat menjaga kebersihan. Walaupun boleh dikatakan 95% penghasilan adalah dari mesin berteknologi tinggi, tapi kebersihan is still number one. Bukan sahaja outfit, malah persekitaran juga bersih.

Seusai melawat kilang pemprosesan(habis skema ayat hang!), apalagi sesi bergambar la jawabnya. Ini adalah perkara harus yang perlu dibuat okey! dan sesi membeli minuman kultur strain shirota telah berlangsung, disebabkan lama bebenor tak minum Yakult ni, sempatlah membeli jugak, tapi beli Yakult Ace yang kaler merah dengan harga empatringgitduapolohsen, yang ni tak sure memang harga pasaran ke harga kawtim.ihikihik.



Abaikan muka yang dah terbakar, ni hasil dari kawad sabtu yang lepas.huhu


pose; V sign


Oh apa beza Yakult Ace dengan Yakult Ace Light?kalau dah nama pun light, semestinya ianya kurang manis, tapi mungkin ada jugak soalan2 di benak fikiran anda kenapa kurang manis tapi harga tak kurang??Why..tell me2?Kurang manis bukan bermaksud tiada gula, ada gula tetapi digantikan dengan fructose(gula buah-buahan). Itu yang buatkan harga dia mahal sikit dari Yakult Ace.But don't worry be happy, if you are sucrosephilic type, suka yang merah punya., tiada apa-apa implikasi buruk pun terhadap badan kita walaupun dia manis.


Disebabkan tiada peti sejuk di bilik, haruslah habiskan air ni cepat-cepat


Indeed, Yakult strain shirota ni adalah minuman kultur Probiotic. Satu-satunya minuman yang dibekalkan dengan bacteria baik untuk badan kita.terima kasih Shirota kerana berjaya menemui bacteria ini!hehee
Overall, lawatan ini sangat best dan terima kasih pada ahlijawatankuasa tertinggi yang bersusah payah agar lawatan ini menjadi dan ofkos to our lecture, Dr Farawahida yang sudi ikut kami!


Pemberian cenderahati oleh Dr. Farawahida


Kalendar Yakult free
motif tunjuk bulan JUN?


Agak-agak CEO Yakult Malaysia ni baca tak post ni.*wondering*, mne la tawu boleh jadi duta kecil Yakult ke.chehhh angan-angan tinggi , kalau muka ada iras-iras Jepun tu bolehlah ni,kulit sawo matang ada hati nak jadi duta.mihmihmih

Arigato Gozaimas!