Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Second Half

Assalamualaikum =)

* Urut2 jari sat * 

Hye, welcome back! If you're just been here, i mean blogwalking and found something weird about the title, you can just refer to my previous post. Kalau nak la. Hahahaha

So, exam pun dah habis dengan jayanya, then what should I do? Nak2 di bulan Ramadhan ni kan. Hmm, hajat di hati nak bekerja, cari sikit duit poket, duit raya. Yela, dah besar macam ni kan sape je nak bagi. Tapi, pikir2 balik, siapa je yang nak ambik kerja dah nak raya ni. Makanya terkubur layu macam tu je angan angan akak. 

Deng! Nak dipendekkan cerita, one of my friend told me about a job vacancy. Urgent! Ada dua pilihan je ; promoter or cashier. Selidik punya selidik gaya mak jemah rupa-rupanya The Store nak buat jualan gudang dekat Stadium Nilai dari 8-14/7. Betullah tu 17/7 raya. Berapa hari je kan duk kat rumah sebelum raya. 

Pendek lagi cerita, setelah mengharungi sesi interview (bukan interview pun, datang isi borang, terus dapat), kitorang dibenarkan memilih department sendri kalau promoter lah. Dan akak pun dengan semangat yang waja, memilih dept ladies-kasut. Yess! Hehehe. Dan bermulalah hari akak sebagai promoter tak bertauliah selama tujuh hari.











Sorylah akak mampu payung lepas habis kerja je. Ni baru sikit, ada banyak lagi tak sempat nak snap. Ni pun sehari sebelum mula jualan.

Malam sebelum tu dah duk pikir da ramai ke tak esk orang datang. First day kan? Boleh ke nak handle sorang2 ni. Hahahaha. Hari pertama berlalu dengan sangaaatt mencabar. Tak menang tangan akak. Tapi, nasib baiklah ada sedara-sedara (promoter) depan belakang kanan kiri yang tolong. Kahkahkah. 

The most challenging part was to entertain customers behavior. "Size 36 ad? Warna lain ada tak? Ada restock lagi? Harga sebelum ni berapa?", tu baru sikit, but I think I can manage it well with a smile. Terharu dengan diri sendiri skejap. Dan as a promter of coz you have to standing all the time. Tapi kalau takde customer, pi lah pandai pandai cari tempat nak duduk. Hehehe.

Dan bila dapat peluang kerja part-time ni dapatlah merasa berbuka di surau in a row. Dan sebab ini adalah kerja part time pertama (sangatlah tak mencabar kan? hehe), so I have to admit that i am really happy and grateful. A lot of things I've learned! In sha Allah, next time if there's another chance to work sebelum kerja yang betul betul betul, i will take it. Hhehee.

Banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi macam tak taw nak start dari mana. Hahahaha. Well, thank you for your time. Next entry kita jumpe lagilah! 

p/s : Doakan akak gaji masuk cepat. Hehehe =)




Friday, July 31, 2015

First Half

Assalamualaikum =)

Terlalu lama rasanya tak bersua kan. Belek-belek another post, kecewa tahap tak tahu nak letak muka kat mana dah rasa bla tengok post untuk 2015 hanyalah 7 (read T U J U H ). Sikit naw, ibarat one month one post gitu. Well, boleh saja merumuskan yang tujuh bulan kebelakangan ni sangatlah bizi. Bhahaha. Tetapi, persoalannya busy ke malas? Haaa, jawapannya hanya terungkai di akhir post ini. 

So, cukup saja intro yang melalut, kita straight forward kepada main point kita. FIRST HALF. Well, my first half here describing about my Ramadhan. Even we're here still celebrating Eid, but you know Ramadhan will always left something meaningful. And this year, i'm celebrating Ramadhan with examination. Yeayy!

Actually it quite interesting coz my last ramadhan with examination was three years ago which i was in tamhidi (asasi). At that time, lagi mencabar sebab bayangkan satu hari ada 2-3 paper. Non-stop (berhenti sekadar menunaikan tjwab = solat). Habis exam dalam pukul 5 kena struggle rebut bas nak balik. Sampai sampai tengok makanan dah habis. Mana tak sedih akak time tu dikk. Pendek cerita, makan lepas isyak. Huhuhu. But, itu semua adalah pengalaman! Seronok bila pikir balik. Hahaha.

So, back to this year, its more relaxing. I mean, bukanlah setiap hari ada paper to be answered tapi alhamdulillah exam dan ramadhan tu seiring. Still can do some stuff which only can be done on Ramadhan. And the most challenging was me myself.

Alhamdulillah, one thing ive learned during this ramadhan, sabar. Be patience. Memang bila puasa dengan lapar, dahaga, kadang kita tak boleh nak kawal diri. Kadang2 benda kecik yang kita sendiri boleh selesaikan, kita jadi lost. Kita jadi nak marah, kita simpan dendam. But surely, bukan senang sebenarnya nak restrain ourself from that anger. But slowly, i kept talking to myself, sabar, sabar dan sabar. Tak rugi pun kita sabar instead we get something more valuable.

Lain orang lain cerita. Ada yang terbuka hati untuk berhijab, ada yang merasakan dah tiba masa untuk tunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-5 dan ada pelbagai cerita bila tiba Ramadhan. That was one of the magnificence of Ramadhan. And everyone deserve something from Ramadhan. Its either you realize or not.

So, thats all for my first half. In sha Allah next entry will be coming. Dan jawapan kepada malas ke bizi, hmm, I could say both! Jawapan selamat dekkk. Hahaha




Terimalah salam perantauan daripada pelajar tahun tiga jurusan Industrial Chemical of Technology.  Habis exam, memang kena bergambar dan muka muka nilah yang akan jumpa sampai next year. Next year? Huhuhu. (Psst: find someone who photobomb)



Wednesday, February 18, 2015

Cabaran 5 Hari : #3 Doraemon utuh di ingatan

Assalamualaikum =)



Doraemon,Nobita, Sizuka, Suneo, Giant.
ihsan Google

Sampai sekarang wujud lagi citer Doraemon nih dekat Tv. Walaupun dah ulang entah ke berapa ratusribuduaplohjuta, kenapa masih lagi ditayangkan? Kenapa? Because of you, babe. Huahuahua, Seriously, sejak kecik sampai dah besar panjang ni, kalau ada cerita Doraemon,mesti boleh terduduk menyepi sambil mata menatap fokus. Padahal, cerita ni berulang-ulang sampai dah tau alat-alat pelik doraemon. Kononnya peti menyimpan suara, kain lutsinar, rumah siput dan yang paling win of coz pintu suka hati. Siapa yang tak suka kan, kalau ada pintu suka hati, mintak je nak pergi mana-mana. Sekali bukak terus sampai, ohhhh angan kecik kecik dulu. Syok!

Jujur, waktu kecik-kecik dulu, time comel lagi, selalu beli komik doraemon. Kiranya kumpul dari buku first sampai 45 tak silap. Taulah macam mana kejadian Doraemon yang hilang telinga. Kihkihkih. Selalu, tempat beli dekat depan Giant (mestilah Giant rumah ai), ada satu stall yang jual buku, majalah, surat khabar. So, kalau datang beli barang dekat Giant tuh, mesti grab satu dengan harga 4.50 ringgit Malaysia tunai. ehhhh. Tapi, taklah beli setiap bulan, agak-agak macam nak, baru beli. Banyak lagi benda nak beli kan. 

Dan paling penting, sampai sekarang masih simpan lagi. Agak-agak sebelum tidur, baca balik, kira macam bedtime storylah. Pernah gaklah ibu aku suruh jual, mana taknya, buku, novel banyak. Nak minimizekan space. Tapi, cakap, jangannnnn, majalah lain boleh, yang ni janganlah. Entahlah belum bersedia kot, sebab dari kecik tonton dekat tv, pastu tak cukup, baca lagi komik, macam ada sentimental value dekat situ. Kalau ada komik Kluang Man, mesti dah beli gak. Peminat kot. Hahahaah.

Doraemon Exhibition Kuala Lumpur 2013/2014
ihsan Google
For me, I'm not a fan nor a hater of Doraemon. Saja suka tengok2, friendship, gaduh-gaduh, degil-degil lepastu gedebuk ada balasan dia. Well, this is really a throwback, sebab baru pagi tadi tengok pengembaraan Nobita ke...(tak ingat) dekat tv. So, thank you for reading and yes this is really2 random. 



p/s : Ai tetap matang hokay walaupun masih lagi tengok kartun Doraemon. Elleh, korang pun sama kan?? Mihmihmihmih.




Tuesday, February 17, 2015

Cabaran 5 Hari : #2 ORANG TUA-TUA KATA...

Assalamualaikum =)

Hai! Semalam pasal kanak-kanak, harini pasal orang tua pulak. Pelik tak?Sesungguhnya tiada yang pelik dalam blog ni. Hahahaha.

Hidup dalam era millennium ni, kadang-kadang kita mesti tertanya-tanya, betul ke apa yang orang tua-tua cakapkan? Zaman moden kot. Entah-entah mitos? Mungkin ada baiknya pantang larang yang nenek moyang kita dahulu kala cakapkan. So, here are some "kata-kata" mereka yang still wujud lagi dalam seharian kita. Lets chekidaut!


1. Orang tua-tua kata...anak dara tak elok duduk tepi pintu/tangga
    Katanya nanti, takde orang nak masuk meminang. Why nenek? Apa salah pintu? Apa salah tangga? Mungkin kalau anak dara tu kerap duduk tepi pintu/tangga, orang selalu nampak, nanti katanya tak ke dapur, tak mengemas rumah, pendek kata tak rajin buat kerja rumah. So, tak dapek nak jadikan menantu. Tapi, bagi cu la kan nek, nampak kurang sopan dan kurang manis bagi seorang perempuan. Itu jeh. 

2.  Orang tua-tua kata...perempuan tak elok nyanyi dekat dapur
     Katanya nanti, dapat suami tua. Huh? Orang dulu-dulu, berkemungkinan fikir, kalau dapat suami tua, malu. Jadi, terciptalah kata-kata ini. Tapi disebalik itu, mereka tak nak perempuan ni lalai bila memasak. Jap lagi, hangus sana, terbakar sini, kan dah susah. Dengar lagu okay. Hahaha

3.  Orang tua-tua kata...jangan duduk atas bantal
     Tak pasai pasai punggung tu bisui(bisul) nanti. Dah namanya bantal, kepala kan tempatnya. Jadi, rasa-rasanya orang tua-tua mencipta pantang larang ni, sebab rasa tak elok, bantal tu dibuat duduk. Dah kalau nak duduk atas bantal sangat, beli bantal yang dikhaskan untuk duduk. Ala-ala orang Jepun gituw.

4.  Orang tua-tua kata...jangan main/keluar waktu senja.
     Nanti, disorok H A N T U. Takut tak? Kalau bagitau dekat budak-budak ni, mau lima hari lima malam tak keluar rumah. Masalahnya betul ke? Wallahua'lam. Yela, budak-budak kan kalau dah main, tak ingat nak balik rumah, that's y lah tercipta pantang larang ni. Lagi satu, senja tu kan dah dekat nak Maghrib, jadi tak elok, Maghrib2 still terpacak lagi kat padang.


So, apa kata korang? Korang percaya ke? For me, pantang larang ni sekali dengan sebabnya, mungkin kalau ditilik tilik nampak kelakar, tapi kalau rasionalnya kita fikir ada baiknya. Selalunya nak kekalkan kesopanan, nak nampakkan ketatasusilaan dll. Betul ke tidak takde sape yang tau. Very the mysterious. Heheheehe. 





Monday, February 16, 2015

Cabaran 5 Hari : #1 Benda yang selalu diajar kepada kanak-kanak

Assalamualaikum =)

Fuhhh, panjang ke tidak title kat atas tuh? Memang sengaja! Hahaha. So, sebelum straight to the point, meh sini nak habaq tujuan utama cabaran yang mungkin tahhapehape bagi korang en, tapi apa ada kesahhh, blog ini ana yang punyaaaa.

It has been a while kan, tak menulis sesuatu yang best mungkin untuk dibaca sebagai pembacaan ringan ringan, So, thats why la I've come up with this to challenge myself. Bukanlah cabaran sebenarnya, saje nak mengrajinkan diri update blog yang tak seberapa. See, merendah diri sangat uolls. Dan, semua tajuk adalah random, mana yang agak-agak tercetus dari mimpi, itulah yang terupdate di sini.

Before this, siapa siapa yang pernah membaca blog ni, akan tahulah yang my mom is a babysitter. Makanya, sedikit sebanyak, perangai budak budak ni tahulah, dari yang sebaik-baik sehinggalah yang nakal-nakal manja. Berdasarkan pemerhatian mata yang tak berapa jelas ni, dapatlah disimpulkan bahawasanya terdapat 4 elemen penting (sungguh skema ayatmu) yang commonly we as an adult teach them.

1. Pengenalan Anggota Badan


Haa, siapa yang ada adik kecik atau sepupu kecik yang dalam linkungan setahun ke atas mesti     pernah ajar benda ni. Betul tak? Contohnya ajar, ni mata, ni hidung, yang kecik ni mulut, yang capang capang sikit ni, telinga.hehe Lepastu setelah sekian kali ajar, tanya balik, mana mata, mulalah diorang pejam-pejam mata, mana gigi, haaa tunjuk sebaris gigi yang cantik. Budak kecik ni comel kan?

2. Greet, Hug and Kiss

Budaya dalam Islam, bila jumpa kita greet either bagi salam atau shake hand atau kedua-duanya. Jadi, selalunya, mak mak, ayah ayah mesti akan ajar untuk salam dan sebut, assalamualaikum. Ada orang akan kata salam uncle tuh, ada jugak kata amin amin kakak (amin dekat sini bukan amin kawan awak tuh okay). 

Sama jugak dengan peluk. Peluk ni untuk kanak-kanak kiranya macam sayang lah. "Sayang ibu sini, peluk mehh". Nanti terkedek-kedek lah die lari lepastu peluk. One of my cousins, dia peluk, tangan dia siap tepuk-tepuk belakang lagi, macam cuba nak tenangkan orang yang dalam kesedihan. Hahahaha. 

Lastly, kiss atau dalam BMnya cium. Cium pipi, cium tangan dan ada jugak flying kiss. Bila nak pergi atau balik, selain cakap bye bye, mesti ada flying kiss dan lepastu kedengaranlah muahhh. Sweet sangat kan kanak-kanak ni. Kalau hakak-hakak atau habang-habang yang buat camne ghopenye ea? Okay, tak suruh bayangkan.

3. Dengarkan Lagu

Well, selalunya bila kanak-kanak ni dah aktif, kita yang dewasa ni mesti try dengarkan atau pasangkan video. Contohnya; learning ABC, video lagu baa baa black sheep dan yang seangkatan dengannya. Sedikit sebanyak nak timbulkan minat belajar kan. Sambil berhibur, sambil menyanyi gittuw. Baru dapat lahirkan generasi yang hebat. Sungguh bercita-cita akak sorang ni kann. 

4. Buat tanda 'V' atau 'Peace' bila bergambar

Hahahaha, yang ni biar bagi gelak kaw kaw dulu. Kalau korang yang dah besar tak buat, menipu namanya. Ce tengok balik gambar lama, bila bergambar, mesti buat simbol 'V' atau peace kan. Kenapa ea? Tak tahulah dari mana asalnya bila bergambar, selain daripada senyum, pose ala-ala model, sign 'V' mesti buat jugak. Dan, kalau suruh budak-budak ni bergambar pun automatik kita sebut, adik adik, buat peace, buat peace, macam kakak ni. Satu, dua, tiga, peaceee..*click* . Tapi, rasanya kanak-kanak zamn sekarang dah upgrade, bkan sahaja buat simbol 'V', siap buat duckface lagi. Disebabkan, awak kanak-kanak, akak lepaskanlah sebab kiut lagi miut. Hehehe.

Akak-akak yang tak boleh move on lagi bila bergambar, still nak buat sign 'V' .
Yang bezanya kedudukan sign tuh je. Hahahaha.

Fuhhh, sungguh mintak ampun maaf, yess this post quite long, type punya type, tak sedar, Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca. =)