Saturday, September 26, 2015

Cabaran 5 Hari : #5 Bila kita ...

Assalamualaikum =)


Sory sangat2 kepada pembaca-pembaca sekalian yang sangat setia lagi budiman membaca belog tak seberapa penuh bahkan indah ini (please bagi chance tuan belog nak merapu! kahkahkah). Dulu, kononnye nak buat straight cabaran 5 hari tu, tapi apakan daya kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang. Ni, bila dapat waktu sesuai, ada idea sikit2 mehla kite teruskan ye. Oh ya, post kali ni special untuk kite kite yang bernama remaja. Heeeee

Hidup bermasyarakat banyak membuatkan ramai terfikir, kadang2 banyak soalan yang tiada jawapan. Banyak pertanyaan yang entah perlu dijawab atau tak. Adakalanya pertanyaan tu tak penting tapi disebabkan sifat ingin tahu manusia membuatkan mulut laju menutur soalan. So, antara soalan2 famous amos yang confirm korang pernah/akan dapat :


1. Bila kita ... habis SPM


"Eh adikk, dah habis SPM kan? Lepas ni nak sambung belajar ke nak terus kerja?"

Selalunya jawapan standard yang diberi adalah nak sambung belajar. Mengapakah? Bukankah kita dituntut untuk belajar sehingga ke negeri China? Haaaaa, tu satu sebab, sebab lain orang kata kalau kita ada sejenis yang nama dia sijil, in sha Allah rezeki tu murah sikit. Tapi, bukan bermaksud orang yang tak sambung belajar tu sebaliknya, kadang2 rezeki dan kelebihan dia datang dulu untuk kerja.


2. Bila kita ... nak sambung belajar


"Kau pilih apa isi UPU? Diploma ke Asasi?"
"Baik pilih dip wehh, habis cepat pastu boleh kerja, kalau asasi, belajar setahun pastu sambung lagi degree. Orang tak ambik kerja dengan sijil asasi"
"Tapi....", conversation berakhir dengan berhuhuhuhu. Hahaha


Siapa pernah mengalami mcam nih, sepp siket. Tbh, its a hard decision! Because it give impact on your future. I've some friend yang mana ambik dip lepastu graduate then sambung degree also who just get work after dip graduate. Both actually have pros and cons. If smeone ask me how tough to be on matric/foundation, I will answer it really tough but valuable. Believe me, awak akan belajar banyak benda from head to toe. Paling penting, hati kena kental bebbb!

3. Bila kita ... tak habis habis belajar lagi


Soalan ni, selalu  korang dapat kalau balik kampung. Mesti akan ada makcik-makcik bertandang ke rumah, borak-borak, tiba2 nampak pulak korang keluar bawak air, kuih muih siket, tanya


"Eh, sekarang buat apa? Belajar lagi ke dah kerja?"


"Belajar lagi? Lagi berapa tahun nak habis? Lama lagi ye."



Haaaa, ala2 cenggitula soalannye. So, kita yang bernama remaja ni harus jawab dengan penuh kesabaran, sebab biasalah jumpe setahun sekali, mana nak ingat anak sapa yang belajar lagi, dah kerja. Kira okaylah tu makcik-makcik tak tanya dah habis SPM ke belum. Hahaha

4. Bila kita ... dah nampak matang sikit


Haaa, mulalah mesti ada suara2 halus bisik tanya bila nak naik pelamin. Kalau tanya akak, boleh je, setakat naik pelamin, nak main kipas2 pengantin, lap peluh pengantin small matter meh. Hahaha. Just kidding. Well, soalan tu, zaman mak2 ayah2 kita dulu pun orang dah tanya. Normal things. Up to you how you try to answer. Hehehe. Tapi, janganlah korang rasa burden dengan soalan sebegitu. Sebab, kadang orang tanya nak menhangatkan suasana, cerita kawin kot. Hahaha, And sometimes they are just curious. So, watlek watpeace, pi travel manetaw terjumpa jodoh ke? Ehhh. 

5. Bila kita ... dah mula menapak sebagai pekerja


Jeng jeng jeng, what do you expect? Memandangkan akak belum lagi mencapai tahap ni, akak share daripada pengalaman oranglah. Selalunya, bila dah start bekerja, orang akan tanya what is your starting salary? Govern or private? Is it related to your studies before? Haaaa, camne nak jawab? First sekali, of coz kita akan jawab straight apa yang diorang tanya. Lepastu, sedikit demi sedikit, diorang akan tanya lebih mendalam. Kalau setakat tanya bagi nasihat, perkara biasa. Tapi, andaikata ada yang kritik, how you handle? Hmmm. Let it be no answer. Hehehe


Rasa macam terpanjang dan terbosan pulak post kali ni. Apa2 pun terima kasih daun keladi yang membaca, harapnya esok dan hari2 yang mendatang lebih rajin ye dak. Owh, doakan akak setabah sekental sesado menghadapi hari-hari sebagai pelajar final year dan THESIS. Oh My Thesis!!!




Payung sikekk gambar familyday ritu bersama junior2 akak. 
#teamDoraemon
Owh, how someone's maturity be measured?







1 comment:

  1. An alternative to other iron oxide oxide - The Titanium Art
    by K Zendes price of titanium · 2014 · titanium pen Cited by 4 — Titanium oxide is an oxide that is an oxide that is highly resistant to the impact of ultraviolet radiation. power supply titanium For instance, an active titanium jewelry layer of iron oxide titanium wedding band sets

    ReplyDelete