Saturday, May 14, 2016

Vacay #2: Melaka

Assalamualaikum =)

18 Oktober 2015

So, there you go my 2nd story of vacation. Ke mana kita? Ke Melaka lahh! Well, ini boleh dikategorikan sebagai one day trip disebabkan jarak Nilai ke Melaka tidaklah jauh bebenor dan of coz our transport adalah kereta.

Sebenarnya, cadangan nak ke Melaka ni boleh dikatakan on the spot jugak. Nak dipendekkan cerita sehari sebelum tu telah berlangsung seminar yang akak dan batch-mate anjurkan. Lagi pendekkan cerita, konon2 nak self-reward katanya setelah penat berseminar. Hahaha. Then, pikir punya pikir, idea kata jom pergi Melaka! Kira macam dah jadi, sesi mencari geng yang nak ikut jalan jugak. So, pagi Ahad tu kami gerak agak awal jugak dalam pukul 8 pagi. Konsep dia pergi awal balik awal gitu.

Dalam pukul 10 macam tu kami sampai ke destinasi pertama iaitu, Pantai Klebang. Bukan nak cari coconut shake je eh, tapi nak mencari padang pasir malaysia yang semakin famous diviralkan. Akak tau, akak terlambat pergi but better late than never kan? hehehe. 


Next, dah dapat coconut shake, kitorang pun pusing ke Bandar Hilir tanpa arah tujuan. Ehh, tipu je. Memandu harus ada tujuan. So, next stop adalah The Shore Sky Tower. Konsep dia adalah 2 in 1. Satu bangunan yang ada rumah dan juga mall. Haaa, akak tak berapa pandai nak explain, tapi harapnya korang fahamlah ye. Dekat situ ada macam dewan kecik nak buat function, outlet dan paling utama The Sky Tower.  


Oh ya, harga bagi dewasa adalah RM 18.00. Quite pricey bagi akak, sebab korang just jalan2 ambik gambar pusing2 situ je. Tapi, satu pengalaman bila korang dapat melihat keindahan bandaraya Melaka bandaraya bersejarah atas ketinggian yang tinggi. Bagi korang yang gayat, akak sarankan kalau tak berani, jangan masuk, nanti tak sampai seminit dah keluar balik. Rugi je. Sadly, masa kami pergi tengah musim jerebu, makanya Melaka nampak tak nampak je. Huhu.


Then, dah tengahari perut pun dah pandai meminta-minta untuk diisi. Jadi, menu utama kami adalah Asam Pedas Melaka. Tak Melakalah kalau tak pekena asam pedas. Nyumnyum. Nama restoran akak mintak maaf, tak ingat, tapi this restaurant quite famous with asam pedas. Dengan Set ikan pari dan nasi putih bersama sayur, kenyang sampai ke malam. Hahaha

Lepas makan tengahari dan selesai solat zuhur dengan cuaca yang agak panas, kami mengambil keputusan untuk ke Mahkota Parade Mall. Motif? Saje jalan2 window shopping. Tapi geram jugak dengan sale yang bersepah2, apakan daya hidup sebagai student kita pandang sipi2 jela yang mampu. Hehehe. Dan last destinasi kami sebelum pulang ke sarang adalah restoran Baba Nyonya. Again, nama sebenar tak ingat, and surprisingly we try asam laksa baba nyonya version. Saje jadi food hunter sekejap. Yang membezakan adalah kuah die. Macam kari, tapi bukan and one of my friend siap nak mintak resepi lagi. Sedap katenya. 

Sebenarnya, banyak tempat lagi dekat Melaka kami tak explore. Nama pun on the spot, so pergi mana yang mampulah dengan masa dan bajet of course! In sha Allah, see you in next post and thank you for reading!

Love