Tuesday, February 2, 2016

Vacay #1: Padang, Indonesia Part 1

Assalamualaikum =)

31 August - 4 September 2015, marked my first ever oversea trip walau ke Indonesia je. Hahahaha. Dipendekkan cerita, ini merupakan Lawatan Antrabangsa yang wajib/harus diikuti oleh student. Dipendekkan cerita lagi, sepatutnya our trip ke China, but becoz of some circumstance kita ke Indonesialah. Okay, cukuplah intro untuk kali ni, akak tak sabar nak cerita lagi panjang. Ohh, post kali ni mgkin akan dipenuhi dengan gambar.

31 August




So, inilah ahli2 SISPA yang telah mengikuti trip ke Indonesia. Kami diiringi oleh dua org pegawai dan seorang wakil dripda travel agency, Haji Anuar.



Sebelum berlepas, tipulah kalau tak ambik gambar kat depan balai perlepasan kan? Memandangkan hari yang kitorang pergi tu hari Kemerdekaan, itu yang duk gigih bergambar dengan bendera Malaysia. Hahaha



Dan lebih kurang satu jam, kami pun tiba di lapangan terbang Padang. Haaa, bas kecil Parwisata yang bewarna biru itulah yang membwa kami sepanjang lawatan ke Indonesia, spesifik di Padang dan Bukittinggi.



Kami sampai dalam pukul 2 petang waktu Malaysia (3 petang di Indonesia) dan masa tu perut pun dah sibuk melagukan keroncong untuk ana, makanya kita ke restoran Lamun Ombak. Dekat sini makanan memang umph, tengok jela atas meja tu. Paling ingat, ikan bakar die, sedappp bangett. Lepas dah mengenyangkan perut, kami ke Masjid Raya Gantiang untuk bersolat. Masjid ni penuh dengan ciri2 minang melalui ukiran yang terukir. Last pit stop kami sebelum check in hotel adalah pantai Lamun Ombak kalau tak silap. Dekat sini, kalau2 ada yang nak feeling angin bayu tu bolehlah, cuma masa kami pergi tu, ada sesetengah kawasan yang dipenuhi dengan sampah. 

Hotel pertama yang kami check in adalah Hotel Pangeran Beach selama dua malam. Overall, hotel ini sangat memuaskan. Tak sempat nak snap gambar, sebab masing-masing dah kelayuan. Tapi, siapa2 yang nak pergi ke Padang, this hotel is recommended. 

(ihsan Google)

So, aktiviti malam kami dimulakan dengan membersihkan diri, rehat rehat sat dan makan malam di hotel. Lepas tu, kami ke pekan yang berdekatan untuk mengambil angin malam. Malam tu sempatlah kami naik sejenis yang bernama Odong-odong. Odong-odong ini adalah kereta antik yang diubah tidak menggunakan enjin, tapi menggunakan tenaga manusia, iaitu mengayuh. Harga kalau tak silap 30 ribu rupiah dalam 10 ringgit. 

Haa, bayangkan pusing satu pekan tu dengan mengayuh. Ghase2? Penat ke tidak? Hahahah


Yang empat segi tu bukan GPS okay, tu nama dia radio, So, dari genre dangdut sampai ke hard metal, semua ada. Hehehe

Kitorang masa tu macam eksaited sikitla, sebab rasanya kat Malaysia tak pernah lagi kayuh kereta berlampu mcam ni. Nak2 ada lagu pulak, memang kitorang buat macam jalan kitorang la. Kahkah. Paling mencabar bila kena saing sekali dengan kenderaan dekat sana. Penat taw..tapi besttt! Habis pusing, kembali ke hotel, bersedia untuk aktiviti keesokkannya. 

Next entry, akak sambung lagi okay.









No comments:

Post a Comment