Saturday, February 15, 2014

Diam itu tandanya berfikir.

Assalamualaikum =)

Begitu banyak pilihan sampai bingung untuk memilih,
Nak A ke B ke C ke mahupun Z?
Owh perlukan masa untuk berfikir,
Jangan salahkan pilihan yang banyak kalau lambat untuk memberi keputusan,
Itu bukan caranya.

Yang bertanya,
Sabar itu kuncinya,
Mereka bukan seperti yang kamu mahu,
Bukankah peribahasa ada menyebut,
                  "Rambut sama hitam, hati lain-lain"
Itulah faktanya, luaran nampak sama tapi yang dalam
hanya Dia yang tahu.

Kalau dulu, orang tua-tua kata,
diam tanda setuju,
kita tak boleh nak bantah ,
Sebab mereka terlebih dahulu makan garam,
Tapi, sekarang zaman millenium,
Makna Diam tu dah UP sikit,
Sebab tandanya berfikir.

Berfikir mencari yang terbaik,
Bukan untuk kesempurnaan seratus peratus,
Sebab sempurna itu akan datang selepas yang terbaik.




2 comments: