Thursday, August 28, 2014

Pasca Syawal

Assalamualaikum =)

Khamis||270814||2Zulkaedah


Nampak tak, Syawal dah melabuhkan bulannya. So, macam mana hari hari raya anda anda semua? Baju raya cuba pakai balik, muat ke tidak? Pipi usha sikit dekat cehermin sakti, nampak bambam ke tidak?hahahaha. Selalunya, akak-akak yang selalu buat gini, pangkat abang-abang ni, tak kisah rasanya. Gentleman kenzz.

Seiring dengan raya tahun ni, bermakna dah 21 tahun aku menyambut raya. Dari sekecil-kecil bayi, sampailah sebesar-besar ni. Taklah besar sangat ye, jangan salah faham. Terlalu banyak perubahan yang aku sedar. Kalau dulu, time kanak-kanak, duit raya tu ibarat satu kemestian. Nak nak bila salam orang mesti tunggu tepi kain mak, acah acah malu tapi mahu. Sebenarnya tunggu duit raya. Bila dah dapat senyum lebarla dek oii. Tapi sekarang, malulah nak buat macam tu, dah besar. Tapi, alhamdulillah la, masih lagi ada yang sudi memberi. Tu yang sukaa, konon malu bila orang hulur, tapi tangan tu tetap ambik. hehehe. Rasanya tak salah, sebab selagi tak kerja, takde duit sendiri dan yg pling penting tak KAHWIN lagi, duit raya masih boleh diterima. high five sape yang menyokong. kihkihkih




Nyawa, jantung, hati, semuanya.



Kuih raya. Sebab aku bukannya pemakan tegar kuih raya, so tak berapa taula kuih raya yang tengah in tahun ke tahun. Cuma yang ingat dulu dulu, Almond London yang paling hotzz. Sekarang dah macam-macam, sebab orang Malaysia ni memang bijak bab bab mengubahsuaiikutseleramasingmasing, maka keluarlah kapit coklat, stroberi, tart bunga blueberry, dan macam macam lagilah. Ape2 pun, tekak ni still lagi mencari kerepek-kerepek bila bertandang ke rumah makcik pakcik. Dan disebabkan kemalasan yang tak dapat dibendung, tahun ni kuih raya hasil jari jemari Cik Kiah ni tiada. Jadi membelilah kita pada peniaga-peniaga.

Satu perkara yang memang orang menitikberatkan adalah baju raya. Bila raya, semua nak nampak cantik, jadi pakaian dari atas sampai bawah mesti nak nampak cool dan havoc, bukan?(main hantam je ayat)So, tahun ni, macam-macam jenis pakaian aku tengok. Kalau perempuan, kebanyakkannya memilih dress/jubah instead of baju kurung. Mungkin peredaran zaman dan keberkesanan penjual-penjual online shop. Yang lelaki, macam biasa, baju melayu, samaada full set atau half set. Kalau nak nampak baju Melayu macam Wak Doyok pakai kat kampung tu, memang takdelah, datang bando mungkin ada. bhahahaha.

Sesi kunjung mengunjung masih lagi menjadi tradisi. Tak kisahlah pergi rumah sedagha ke, jiran tetangga ke, bakal mak mertua ke,masih lagi orang praktikkan. Cumanya, kadang-kadang waktu kedatangan tu, macam tak sesuai. Datang time sembahyang jumaat(ni budak-budak), memang akak tak bukak la dik, sory sangat2. Macam biasa, tahun ni, family ibu dgan ayah sampai jugak ke teratak kami. Tapi, disebabkan ada beberapa musibah yang terjadi, family yang datang tak complete macam selalu. Nenek tak datang, maklong-paklong pun tak kunjung. Jadi, raya tahun ni pun tak begitu meriah. Just sederhana seperti yang sepatutnya.

Haaaa dan salah satu kemeriahan raya di Malaysia ni, bajet macam pernah beraya obersea la pulak, adalah rumah terbuka atau bahasa omputehnya Open House. Selalunya minggu kedua raya penuh jemputan rumah terbuka. Sebab utama, senang jemput ramai orang, satu hari tuh, cukuplah kau melayan tetamu yang datang dengan juadah yang pelbagai. Gituu. Tapi, kadang-kadang bila dah ramai yang datang, tak cukup tangan,kaki dan mulut dek oii nak melayan semua tetamu. Betul kan? 

Oh terlanjur cerita pasal second week of raya ni, memang sadis dan tragis cerita ni. Orang lain sibuk beraya pagi petang, ada tu sampai tak balik-balik(ni ohver sangat beghaya), aku pulak dah kena berk***u* untuk melengkapkan sesi *au***h di Seremban. haha, memang saje nak bagi korang pikir-pikir. Dan alhamdulillah dah selesai semuanya. Mungkin next entry akan aku kabo kan. So, tunggu jelah, kalau korang nak taulah, tak nak takpe pun, tak paksa.hehehe. Okayyyy!

Teaser konon. hehe
cc :whatssapp






No comments:

Post a Comment