Monday, September 1, 2014

Viddsee.com : Untuk anda yang sukakan Cerita Pendek(ShortFilm)

Assalamualaikum =)

Salam 1 SEPTEMBER. Cepatnya masa berlalu ye dakk. Rasanya belum terlambat dan terlewat untuk melaungkan Merdeka Merdeka Merdeka Malaysia yang ke-57. Ulangtahun kemerdekaan kali ni penuh dengan kasih sayang sejajar dengan slgan "Malaysia, Di sini Lahirnya  Sebuah Cinta". Ye saya cintakan keamanan di Malaysia.

So, apakata kita menyimpang sikit dari topik Merdeka, dan teruskan dengan apa yang sepatutnya. Viddsee.com. Apa itu Vidsee.com? Da macam google pulak aku menengoknya. hehe.Vidsee ni merupakan sebuah laman yang memaparkan pelbagai short film dengan pelbagai tema. Dan ianya bukan sahaja karya Malaysian tetapi dari serata Asia. Ada yang dari Indonesia, Jepun, Korea Selatan dll. 




Bayangkan di suatu petang yang tak berapa panas, bukak laptop, bukak file movie, semua cerita dah habis tonton. Nak tidur, tak mengantuk, hati tetap ingin menonton cerita. So, bukaklah laman sesawang ni, dan pick your short film. Senangkan. Ini bagi anda yang suka menontonlah.






Kalau nak tahu, bawah ni adalah satu short film daripada Sharifah Amani, yang first aku tonton. Tawu pun daripada beliau. Tapi takdelah bagitahu direct kan, agakla kan,sapalah kita ni. hehehe. Tajuk Sangkar(Cage). Lagi satu jangan terpengaruh dengan cover, sebabnya at the end korang mesti tak percaya. 




Dan berita terbaiknya, bagi korang yang punya idea untuk short film, tapi takde tempat nak share selain Youtube, jangan malu, jangan segan untuk submitkan karya korang ke sini. Selain berkongsi idea, boleh jugak tonton talent2 lain jugak. Yang bijak IT, nak hantar animasi macam Upan Upun pun boleh. Best dan menarik kan? Jangan lupa klik ke Viddsee.com .








No comments:

Post a Comment