Friday, September 5, 2014

Baju Biru

Assalamualaikum =)





 " Entah, dari mula,
Tak terfikir aku mampu capai misi ini,
Dan, sekarang aku telah berjaya."



Tadaaa, harini serasanya nak menunaikan janji yang pernah disebut-sebut dulu la. Almaklumlah, semester baru bakal menjengah. Lepastu, faham faham la bila da start masuk belajar , blog ni mesti bakal terkapai-kapai tanpa tulisan yang ada. My bad.

Back to story, macam yang di'teaser'kan sebelum ni, Alhamdulillah i'm officially Ltm(PA) Shafiqah Adilla Shaharudin. Perasaan?Of coz la, sedikit gembira, sedikit terharu, sedikit sdih. Tak boleh banyak-banyak. Biar sikit sikit, nanti perasaan tu tak hilang. Heeeee

Well, sejujurnya, dulu masa awal-awal nak masuk Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), sdikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan setutor. Bukan beriya pun nak masuk. Yela, siapa-siapa pun tak pernah sangka aku masuk benda-benda macam ni. Kawad? Akak tak pandai dek, apatah lagi mencintainya. hahaha Lepastu, bila da dapat masuk, nawaitu tu berubah, sebab nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain. 

Then, Sem 1 pun bermula dengan jayanya dan aku pun mengikutinya dengan noob'nye. hehehe. Ada kursus aku pergi, ada perbarisan aku ikut. Masa tu tak tau kenapa kena ikut kursus ni. Oh ye, SISPA ni aku perlu ikut selama 4 Sem, means 2 tahun plus minus. Dan termasuk dalam credit hour. Walaupun satu jam kredit, bermakna tawu. Sampailah akhir sem 2, kitorang perlu/wajib mengikuti kursus kawad. Rupa-rupanya untuk ditauliahkan menjadi Leftenan Muda ni, kena ikut beberapa kursus. Barulah Cik Kiah tahu, nampak tak ke'noob'an terserlah.

Bila dah start masuk sem 3/tahun 2, kemalasan mula terbit. Rasa nak give up. Macam, aku tak nakkkk, boring la sambil jerit dalam bilik air.hahaha. Tapi, aku ni jenis yang kadang kadang tu positive, aku cakap, "adilla comel, kau kena kuat, tahun ni je, rugi la da setahun kau ikut" (baca dengan bisikan, baru feel)
Sedikit sebayak kepositifan itu ada, dan akhirnya setelah mengharungi pelbagai kursus dan mainan perasaan, ehhh. akhirnya...................drumroll





Sayalah ni yang berada pada kemalapan.
Makcik belakang tu macam pandang kamera je.


Kami ditauliahkan di UKM dan start berkampung pada 16/8-19/8. 




Start menjejakkan kaki ke padang kawad UKM, terus kitorang dipanggil untuk latihan kawad lalu.
Aku duduk barisan hadapan. Cuak tu lagi la terasa lebih lebih lagi Kontinjen Usim kontinjen pertama lalu. Hoii, ketaq lutut nak nak dengan dua pusingan. Phewww.





D-day, dimana kami ditauliahkan. Dengan kepenatan tambah kemasaman peluh, gagah kami bersiap untuk ditauliahkan. Yayyy.




Inilah aku dan mereka. Ye aku yang biasa, dengan mereka yang awesome. Seronok dapat kenal mereka. Dengan ragam yang macam-macam. Kepala semua senget-senget. Tapi, bila buat mesti bersatu hati. 





Terima kasih buat semua pegawai yang melatih kami, walau ku tahu mereka tak baca pun blog ni, yang bertungkus lumuih, well ini adalah yang terbaik dapat aku berikan. 

So, lepas ni, yang tinggal adalah amanah dan tanggungjawab. Adanya pangkat bukan untuk dibanggakan, bukan untuk ditayang tinggi-tinggi. Yang dipandang, dicelik adalah amanah yang dilakukan dengan ikhlas. In sha Allah, cuba jadi yang lebih baik. Terima kasih daun keladi pada yang sudi membaca already. (saje nak samekan sebutan belakang, hahaha) hambar ---
















No comments:

Post a Comment