Monday, February 16, 2015

Cabaran 5 Hari : #1 Benda yang selalu diajar kepada kanak-kanak

Assalamualaikum =)

Fuhhh, panjang ke tidak title kat atas tuh? Memang sengaja! Hahaha. So, sebelum straight to the point, meh sini nak habaq tujuan utama cabaran yang mungkin tahhapehape bagi korang en, tapi apa ada kesahhh, blog ini ana yang punyaaaa.

It has been a while kan, tak menulis sesuatu yang best mungkin untuk dibaca sebagai pembacaan ringan ringan, So, thats why la I've come up with this to challenge myself. Bukanlah cabaran sebenarnya, saje nak mengrajinkan diri update blog yang tak seberapa. See, merendah diri sangat uolls. Dan, semua tajuk adalah random, mana yang agak-agak tercetus dari mimpi, itulah yang terupdate di sini.

Before this, siapa siapa yang pernah membaca blog ni, akan tahulah yang my mom is a babysitter. Makanya, sedikit sebanyak, perangai budak budak ni tahulah, dari yang sebaik-baik sehinggalah yang nakal-nakal manja. Berdasarkan pemerhatian mata yang tak berapa jelas ni, dapatlah disimpulkan bahawasanya terdapat 4 elemen penting (sungguh skema ayatmu) yang commonly we as an adult teach them.

1. Pengenalan Anggota Badan


Haa, siapa yang ada adik kecik atau sepupu kecik yang dalam linkungan setahun ke atas mesti     pernah ajar benda ni. Betul tak? Contohnya ajar, ni mata, ni hidung, yang kecik ni mulut, yang capang capang sikit ni, telinga.hehe Lepastu setelah sekian kali ajar, tanya balik, mana mata, mulalah diorang pejam-pejam mata, mana gigi, haaa tunjuk sebaris gigi yang cantik. Budak kecik ni comel kan?

2. Greet, Hug and Kiss

Budaya dalam Islam, bila jumpa kita greet either bagi salam atau shake hand atau kedua-duanya. Jadi, selalunya, mak mak, ayah ayah mesti akan ajar untuk salam dan sebut, assalamualaikum. Ada orang akan kata salam uncle tuh, ada jugak kata amin amin kakak (amin dekat sini bukan amin kawan awak tuh okay). 

Sama jugak dengan peluk. Peluk ni untuk kanak-kanak kiranya macam sayang lah. "Sayang ibu sini, peluk mehh". Nanti terkedek-kedek lah die lari lepastu peluk. One of my cousins, dia peluk, tangan dia siap tepuk-tepuk belakang lagi, macam cuba nak tenangkan orang yang dalam kesedihan. Hahahaha. 

Lastly, kiss atau dalam BMnya cium. Cium pipi, cium tangan dan ada jugak flying kiss. Bila nak pergi atau balik, selain cakap bye bye, mesti ada flying kiss dan lepastu kedengaranlah muahhh. Sweet sangat kan kanak-kanak ni. Kalau hakak-hakak atau habang-habang yang buat camne ghopenye ea? Okay, tak suruh bayangkan.

3. Dengarkan Lagu

Well, selalunya bila kanak-kanak ni dah aktif, kita yang dewasa ni mesti try dengarkan atau pasangkan video. Contohnya; learning ABC, video lagu baa baa black sheep dan yang seangkatan dengannya. Sedikit sebanyak nak timbulkan minat belajar kan. Sambil berhibur, sambil menyanyi gittuw. Baru dapat lahirkan generasi yang hebat. Sungguh bercita-cita akak sorang ni kann. 

4. Buat tanda 'V' atau 'Peace' bila bergambar

Hahahaha, yang ni biar bagi gelak kaw kaw dulu. Kalau korang yang dah besar tak buat, menipu namanya. Ce tengok balik gambar lama, bila bergambar, mesti buat simbol 'V' atau peace kan. Kenapa ea? Tak tahulah dari mana asalnya bila bergambar, selain daripada senyum, pose ala-ala model, sign 'V' mesti buat jugak. Dan, kalau suruh budak-budak ni bergambar pun automatik kita sebut, adik adik, buat peace, buat peace, macam kakak ni. Satu, dua, tiga, peaceee..*click* . Tapi, rasanya kanak-kanak zamn sekarang dah upgrade, bkan sahaja buat simbol 'V', siap buat duckface lagi. Disebabkan, awak kanak-kanak, akak lepaskanlah sebab kiut lagi miut. Hehehe.

Akak-akak yang tak boleh move on lagi bila bergambar, still nak buat sign 'V' .
Yang bezanya kedudukan sign tuh je. Hahahaha.

Fuhhh, sungguh mintak ampun maaf, yess this post quite long, type punya type, tak sedar, Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca. =)









No comments:

Post a Comment