Friday, February 10, 2017

Rezeki Tak Siapa Tahu

Assalamualaikum =)

Rezeki itu daripada siapa?
Tuhan kan ----
Andai Tuhan kata benda tu bukan untuk kita,
Perlukah kita salahkan takdir, salahkan Tuhan?

Dan bila si Dia dapat apa yang diimpikan,
Impian itu pula impian bersama,
Tapi hanya si Dia yang dapat kecapi,
Itu adalah rezeki si Dia,
Rezeki kita?
Ada--
Cuma belum tiba masa yang sesuai,
Bukan di tempat yang sepatutnya.

Perlukah ragu-ragu dengan keputusan Tuhan?
Jangan sama sekali!
Kerana keraguan itu membuka jalan kepada syaitan.
Jadi, kena meratap kesedihan ke?
Siapa yang suruh bersedih?
Teruskan berusaha dan berdoa,
Redha dan tawakkal!

Positifkan diri!
Tidak dapat yang diingini bukan bermaksud
Gagalnya hidup,
Tetapi, peluang untuk yang lebih baik.

Jika dah dapat?
Gunakan sebaik-baiknya,
Jangan sombong pada yang memberi--
Tuhan kita.



NotaKaki: Jangan pernah menghakimi kejayaan/kesenangan seseorang bila mana kita tidak pernah tahu perit jatuhnya dia. Everyone has their own story.

No comments:

Post a Comment