Friday, May 10, 2013

Rejab datang sebelum Ramadhan

Assalamualaikum =)


It has been a while I didnt share something yang bersifat kerohanian kan???an an an?*bajet cute jap. so, i've decided to share THIS and I hope kita semua dapat manfaat daripadanya.

Dari Riwayat Al-Thabrani dr Said b Rsyid

“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun…


Masha Allah, betapa besarnya ganjaran puasa di bulan Rejab dan tahukah anda semua(ya anda yang dihadapan laptop mahupun di tepi laptop) esok, 11 Mei adalah bersamaan 1 Rejab, how fast time flies!(ini tarikh Malaysia la)
Banyak sebenarnya amalan2 yang boleh kita amalkan sementelahan Rejab merupakan salah satu bulan suci. Antara amalan yang disunatkan adalah puasa dan memperbanyakkan Istighfar.

Kenapa kita disunatkan berpuasa?
  • Sebagai persediaan untuk puasa wajib pada bulan Ramadhan
  • Kerana padanya penuh kebaikan ;
    • puasa satu hari(mendapat keredhaan yang besar drpd Allah)
    • puasa dua hari(dilipatkangandakan pahalanya)
    • puasa tiga hari(dijadikan parit yang panjang untuk menghala ke neraka)
    • puasa empat hari(dia'afiatkan daripada bala dan penyakit yang besar)
    • puasa lima hari(aman daripada azab kubr)
    • puasa enam hari(keluar dari kubr dgan mka yang bercahaya)
    • just name a few dan kalau nak baca yang lebih lagi bolehlah ke LINK ini
Istighfar itu banyak. dan semestinya Istighfar itu banyak kebaikannya apatah lagi di bulan Rejab.

  • Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:
    • Astaghfirullah al-'Adheemal-ladhi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih (I seek the forgiveness of Allah the Mighty, Whom there is none worthy except Him, the Living, The Eternal, and I repent unto Him)
  • Kedua: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan petang sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:
    • Rabbighfirli wa tub alayya (My Lord, forgive me and pardon me; Thou art the Pardoning and the Forgiving One)
  • Ketiga: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”
    •  Lailâha illallâh (1000 kali).
  • Keempat :Membaca doa bulan Rejab



Ya ,sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.In sha Allah, sama2lah kita memperbanyakkan amalan2 sunat pada bulan Rejab ini. Sesungguhnya,  setiap perkara yang kita lakukan dengan niat padaNya, walau sekecil zarah sekalipun, Dia Maha Mengetahui. Bukan pada mata manusia yakni hambaNya yang kita mahu tunjukkan , tetapi pada mata Dia yang mencipta.

Feel free to practice!


No comments:

Post a Comment