Baca saja pada post title pasti dah taw ceghita apa yang inginku cerita.(chehh da semacam pantun tak berapa pantun dah). Straight to the titik, pada Isnin yang lepas, kami pelajar2 jurusan Teknologi Kimia Industri tahun 1 telah mengadakan satu lawatan Ilmiah ke kilang Yakult, sambil nyanyi lagu Yakult..yakult. Dekat mana?dokek je kalau dari kampus den ni ha, tak sampai setongah jam,dekat Seremban duo.
Sesampainya rombongan kami ke kilang Yakult, kami telah dijemput untuk mendengar sedikit briefing tentang Yakult, dari pengasasnya sampailah cara pemprosesannya yang disampaikan oleh Miss ......(maksud kat situ, den dah lupo namo dia) tula banyak makan asam ni,kan da lupe.heehe. sambil mendengar, kami disajikan dengan sebotol Yakult Ace Light free.ulangperkataan FREE taw.ngehngehngeh
Sesi mendengar briefing |
Habis briefing, barulah kami diajak untuk melihat cara pemprosesan dari sebotol Yakult sehinggalah berkaton-katon dan berbillion-billion botol Yakult(nak jugak menang dengan bilangan yang banyak,hambiklah).tapi unfortunately, no camera allowed!maknanya gambar tidak boleh diambil sepanjang jalan menuju ke lorong pemprosesan.What?dakpe la dilla , dapat tengok live pun dah kira untung taw.
Satu perkara yang patut dicontohi daripada pekerja pekerja di kilang ni adalah kebersihan. Dari outfit yang serba putih telah jelas menunjukkan kesucian ditambah pulak dengan mask,penutup kepala dan kasut boot memang sangat menjaga kebersihan. Walaupun boleh dikatakan 95% penghasilan adalah dari mesin berteknologi tinggi, tapi kebersihan is still number one. Bukan sahaja outfit, malah persekitaran juga bersih.
Seusai melawat kilang pemprosesan(habis skema ayat hang!), apalagi sesi bergambar la jawabnya. Ini adalah perkara harus yang perlu dibuat okey! dan sesi membeli minuman kultur strain shirota telah berlangsung, disebabkan lama bebenor tak minum Yakult ni, sempatlah membeli jugak, tapi beli Yakult Ace yang kaler merah dengan harga empatringgitduapolohsen, yang ni tak sure memang harga pasaran ke harga kawtim.ihikihik.
Abaikan muka yang dah terbakar, ni hasil dari kawad sabtu yang lepas.huhu |
pose; V sign |
Oh apa beza Yakult Ace dengan Yakult Ace Light?kalau dah nama pun light, semestinya ianya kurang manis, tapi mungkin ada jugak soalan2 di benak fikiran anda kenapa kurang manis tapi harga tak kurang??Why..tell me2?Kurang manis bukan bermaksud tiada gula, ada gula tetapi digantikan dengan fructose(gula buah-buahan). Itu yang buatkan harga dia mahal sikit dari Yakult Ace.But don't worry be happy, if you are sucrosephilic type, suka yang merah punya., tiada apa-apa implikasi buruk pun terhadap badan kita walaupun dia manis.
Disebabkan tiada peti sejuk di bilik, haruslah habiskan air ni cepat-cepat |
Indeed, Yakult strain shirota ni adalah minuman kultur Probiotic. Satu-satunya minuman yang dibekalkan dengan bacteria baik untuk badan kita.terima kasih Shirota kerana berjaya menemui bacteria ini!hehee
Overall, lawatan ini sangat best dan terima kasih pada ahlijawatankuasa tertinggi yang bersusah payah agar lawatan ini menjadi dan ofkos to our lecture, Dr Farawahida yang sudi ikut kami!
Pemberian cenderahati oleh Dr. Farawahida |
Kalendar Yakult free motif tunjuk bulan JUN? |
Agak-agak CEO Yakult Malaysia ni baca tak post ni.*wondering*, mne la tawu boleh jadi duta kecil Yakult ke.chehhh angan-angan tinggi , kalau muka ada iras-iras Jepun tu bolehlah ni,kulit sawo matang ada hati nak jadi duta.mihmihmih
Arigato Gozaimas!
dila, bab tunjuk bulan jun tu yg tak tahan. haha
ReplyDeletetahu dia lahir bulan tu. eyh mayb tahun ni terskip aj bulan tu. hahaah
haha..hruslah diba..tpi sedeyh taw.tyme tu minggu exam.huahua
ReplyDelete