Wednesday, December 19, 2012

love is cinta

Bismillahirrahmanirrahim,



Hati yang keras tidak mustahil untuk dilenturkan,

Ibarat batu yang lentur dek titisan air,

Berikan kasih-sayang bukan pada kata-kata tetapi tunjukkan,

Moga2 yang keras menjadi lembut,

Yang lembut menjadi lebih halus,

Halus bukan bermakna tiada ketegasan,

Letaklah kedua-duanya pada masa dan tempat yang betul,

Tetapi, jangan disangka mereka yang halus ini, tidak mempunyai amarahnya,

Mungkin mereka tidak tunjukkan kerana di'halang' oleh sifat kesabaran,

Belajarlah untuk menghormati orang lain secara keseluruhannya,

Bukan kerana takut tetapi ia melambangkan keperibadian seseorang .




SubhanAllah cantik sungguh ciptaanNya.
(abaikan jari tuh)



footnote : tajuk memang nak over tapi percayalah buka minda dan hati dalamilah makna tersirat disebalik yang tersurat.(chehwahh,meghemang bulu roma baca ayat bunga2 nih.haha)

No comments:

Post a Comment